MOSCOW - Sumber berita Rusia melaporkan Sergey Aslanyan, seorang wartawan radio dari stesen radio Mayak yang telah menghina nabi Muhammad S.A.W pada (14/5/2012) ketika ke udara telah diserang oleh lelaki tidak dikenali dengan menggunakan pisau di rumahnya di jalan Chertanova di selatan Moscow pada Isnin (28/5/2012).
Sumber itu mendakwa Aslanyan telah ditikam 20. Dia telah dirawat di hospital Sklifosovsky dan dikatakan bahawa kecederaanya agak serius.
Dalam sebuah temubual bersama
Life News, Aslanyan berkata seorang lelaki telah menghubunginya melalui interkom pada jam 11:15 malam dan memintanya keluar untuk berbual.
Sergey Aslanyan
"Saya pergi ke pintu masuk dan melihat seorang lelaki disana. Dari penampilannya, dia kelihatan seperti orang Tatar (Bulgaria). Ketika saya mendekatiknya, dia menyerang saya dengan pisau dan berteriak: "Anda adalah musuh Allah!" kata Aslanyan, mengingati insiden itu.
Aslanyan telah cuba untuk melarikan diri, tetapi lelaki itu terus menyerangnya. Aslanyan yakin bahawa penyerangnya adalah orang Muslim, yang membalas dendam kepadanya di atas penghinaannya terhadap nabi Muhammad S.A.W.
Sejak saat itu, Aslannyan merasakan bahawa hidupnya tidak lagi selamat dan merasa bahawa orang Islam tidak akan diam sahaja terhadapnya.
"Sekarang saya akan menjadi Budanov kedua, dan (serangan) itu akan terus berlanjutan selagi saya masih hidup," kata Aslanyan.
Budanov adalah seorang mantan kolonel Rusia yang memperkosa dan membunuh seorang Muslimah Elza Kungayeva di Chechnya. Akhirnya dia ditembak mati di Moskow pada 11 Jun 2011.