blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

ISRAEL BIADAP Kibar Bendera Di MASJID AL-AQSA

Tuesday, May 29, 2012

AL-QUDS - Sekelompok pasukan zionis Israel telah menaikkan bendera Israel setinggi tiga meter di dalam Masjid Al-Aqsa pada hari Isnin (28/5/2012) dan mereka telah mengambil gambar, seperti dilaporkan PIC.

Azzam Al-Khatib, Pengarah Badan Wakaf di Al-Quds berkata kira-kira 160 tentera zionis dari pasukan khusus dengan provokatif telah menaikkan bendera Israel di dalam Masjid suci umat Islam itu.

Al-Khatib menambah, salah satu penjaga Masjid Al-Aqsa meminta kepada pasukan zionis itu untuk menurunkan bendera Israel dan menyuruh mereka keluar dari lingkungan Al-Aqsa, tetapi mereka menolak dan bertindak mencacinya.

Ini merupakan tindakan provokasi dan penghinaan terhadap umat Islam, khususnya umat Islam Palestin.

Al-Khatib menekankan bahawa insiden tersebut adalah yang pertama kali berlaku sejak penjajahan Israel atas Al-Quds sejak 1967.
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks