blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Lelaki Jepun MASAK, Hidangkan ORGAN KEMALUAN Kepada Pelanggan

Sunday, May 27, 2012
Artis Jepun, Mao Sugiyama, membuang zakar dan testikel di dalam sebuah operasi pembedahan pada bulan Mac lalu dan dibekukan selama dua bulan sebelum dimasak dan dihidangkan kepada pelanggan.

TOKYO - Seorang pelukis Jepun telah memasak kemaluannya sendiri dan disajikan kepada lima pelanggan yang sanggup membayar di Tokyo demi untuk menampung kos perubatan. Perbuatan ini dilakukan demi meningkatkan kesedaran terhadap kumpulan minoriti seksual.

Mao Sugiyama telah melakukan pembedahan untuk membuang zakar dan testikelnya pada bulan Mac lalu di sejuk bekukan selama dua bulan sebelum dimasak kepada pelanggan pada 13 Mei lalu, menurut catatan pada akaun Twitter miliknya.

Hidangan jamuan makan malam itu dibayar pada harga 20,000 yen (lebih RM 700) untuk sepinggan makan yang mengandungi sebahagian kemaluannya. Gambar sajian yang muncul di dalam internet menunjukkan hidangan makanan itu lengkap dengan hiasan cendawan dan pasli.

Pelukis berusia 22 tahun itu menulis di dalam Twitternya berkata, organ intimnya itu telah dibuang oleh seorang doktor dan disahkan bebas daripada jangkitan.

Hidangan itu disediakan di bawah pengawasan tukang masak yang disahkan dan dikehendaki untuk menandatangani  perjanjian antara Sugiyama dan pihak penganjur.

Pada bulan tweetnya 18 Mei lepas, pelukis ini berkata pelbagai langkah telah diambil supaya perbuatannya ini tidak menyalahi semua undang-undang yang berkaitan, termasuk larangan ke atas jualan organ, pemprosesan sisa perubatan sehinggalah kepada keperluan sanitasi makanan.

"Saya menerima soalan dari beberapa wanita dan lelaki ... 'Adakah akan ada lagi (hidangan seperti ini) pada masa yang akan datang? Saya menjawab.' Hanya ada satu set organ lelaki sahaja," katanya di dalam tweet bertarikh 16 Mei.

"Malangnya, saya tidak mempunyai rancangan untuk masa akan datang."

Sugiyama yang menganggap dirinya "aseksual" yang bermaksud tanpa jantina, pada mulanya berfikir untuk memakan kemaluannya sendiri, tetapi memutuskan untuk meminta pelanggan membayar untuk sajian istimewa tersebut untuk membantunya membayar bil hospital untuk pembedahan berkenaan.

Dalam e-melnya kepada AFP, beliau mengesahkan kejadian peristiwa tersebut dan berkata ia telah dianjurkan untuk meningkatkan kesedaran tentang "minoriti seksual, x-jantina, aseksual".

Polis di Tokyo sedar akan kejadian tersebut dan berkata ia tidak melanggar undang-undang kerana kanibalisme tidak haram di Jepun.

"Kami tahu kes itu. Ia tidak melanggar mana-mana kesalahan (jenayah). Jadi tidak perlu untuk diambil tindakan," kata seorang pegawai polis di Balai Polis Suginami kepada AFP.


Pelanggan sanggup membayar 20,000 yen untuk sepinggan hidangan mengandungi sebahagian kemaluannya. Hanya lima pengunjung dapat merasai hidangan tersebut manakala laporan menyebut pelanggan yang hanya dapat mendapat hidangan daging buaya.


Zakar, skrotum dan testis yang sudah dimasak.


Hidangan yang sudah dimasak dihidangkan lengkap dengan hiasan cendawan dan pasli.


Organ kemaluan yang sejuk beku sebelum dimasak.





Kredit : AFP
Read Full 1 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks