blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Tiga Beradik LELAKI BUANG PAYUDARA Gembira Jalani Hidup Normal

Saturday, May 26, 2012

Tiga adik-beradik mempunyai payudara disebabkan gangguan genetik yang jarang berlaku kini dapat 'hidup normal' selepas menjalani pembedahan membuang payudara tersebut.

Tiga saudara yang membesar dan mempunyai payudara disebabkan oleh gangguan genetik yang jarang berlaku kini dapat menjalani hidup normal selepas menjalani pembedahan membuang payudara tersebut.
Adik beradik berasal dari Republik Dominican berkata mereka 'sangat gembira' kerana mereka tidak lagi akan dibuli, dipukul dan diejek kerana mempunyai payudara.

Yeuri, 17 tahun, berkata di dalam sebuah TV tempatan: "Ia (pembedahan) sangat menyakitkan tetapi sekarang ini saya rasa gembira. (Sekarang) mereka tidak boleh mengejek kami lagi."

Nasib tiga adik-beradik ini yang pada mulanya dianggap hanya sebagai satu penipuan, telah mula mendapat perhatian apabila bapa mereka, Felipe merayu meminta bantuan melalui sebuah program TV Zona5.

Sumber pendapatan sebagai peniaga kecil, serta ketiadaan ibu yang meninggalkan anak-anaknya sejak daripada mereka kecil menyebabkan dia tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membayar operasi pembedahan.

Rayuannya akhirnhya mendapat perhatian doktor di Marcelino Velez Santana Hospital, yang diketuai Dr Pedro Antonio Delgado dan bersetuju untuk menanggung operasi pembedahan tersebut. Selepas melakukan ujian untuk melihat jika Yeuri, Gabriel (11 tahun) dan Daniu (12 tahun) boleh menjalani rawatan, mereka masing-masing telah melakukan pembedahan membuang payudara selama 2 jam.

Gembira :Felipe Ramirez bapa kepada tiga beradik malang tersebut gembira dengan hasil pembedahan.

Dr Elbi Morla (kiri) berkata operasi pembedahan ini akan menjadi saat yang penting dalam kehidupan kanak-kanak itu, manakala Dr Pedro Antonio Delgado (kanan) mengesahkan hospital itu membiayai sepenuhnya kos pembedahan tersebut.

Selepas menjalani pembedahan kerana keadaan yang dipanggil 'gynecomastia' yang menyebabkan lelaki mengalami ketidakseimbangan hormon, Dr Elbi Morla berkata: "Ini adalah saat yang penting dalam hidup mereka. Ia memberi kesan (baik) pada diri mereka."

Felipe yang bersyukur menambah: "Mereka kini lelaki biasa. Semua (payudara) sudah dibuang. Saya tidak pernah mempunyai harapan ini akan berlaku.


Saya tidak mempunyai wang untuk melakukan ini. Saya amat berterima kasih kepada pihak media kerana membantu."


Felipe Ramirez (kanan) bersama ketiga-tiga anaknya selepas menjalani operasi pembedahan dan pengacara rancangan Zona5, yang memainkan peranan penting dalam menjayakan pembedahan mereka.
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks