blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Akhirnya PENGEBOM LOCKERBIE Meninggal Dunia

Monday, May 21, 2012

Megrahi dikatakan seorang pesalah kerana terlibat dalam tragedi pengeboman pesawat AS. Lelaki berasal dari Libya, Abdelbaset al Megrahi yang bertanggungjawab mengebom pesawat di Lockerbie, Scotland pada tahun 1988 telah meninggal dunia di rumahnya di Tripoli, Libya.

Abdelbaset al Megrahi, 60, meninggal dunia pada hari Ahad di Tripoli (20/05) setelah berjuang melawan kanser sejak berbulan-bulan. Berita kematian bekas anggota perisik Libya tersebut telah disampaikan oleh saudaranya, Abdelhakim al Megrahi.

Menurutnya al Megrahi terlalu lemah untuk berbicara menjelang saat kematiannya. "Kami ingin memberitahu kepadanya bahawa dia tidak bersalah," kata Abdelhakim al Megrahi.

Abdelbaset al Megrahi adalah satu-satunya orang yang disabitkan sebagai pesalah dalam serangan pesawat Amerika Syarikat di atas bandar Lockerbie yang mengorbankan 270 orang.

Dia bagaimanapun sering menafikan terlibat dalam pengeboman pesawat Pan Am penerbangan nombor 103 pada Desember 1988.

Sebelum ini dia dijatuhi hukuman penjara seumur hidup tetapi dibebaskan tiga tahun lalu atas dasar kemanusiaan. Ketika kembali ke ibu kota Libya, Tripoli, Abdelbaset al Megrahi disambut bagaikan pahlawan.

Al-Megrahi (kiri) disambut anak kepada Kolonel Gaddafi, Saif, selepas dibebaskan daripada penjara Scotland pada Ogos 2009.


Abdelbaset al Megrahi menderita kanser prostat peringkat akhir dan dikatakan hanya akan mampu bertahan hidup selama lima bulan tetapi pembebasannya menimbulkan pelbagai protes khususnya dari pemerintah Amerika Syarikat dan keluarga korban.

Bagaimanapun sebahagian keluarga korban yakin lelaki Libya itu tidak bersalah.

Seorang wakil keluarga korban pengeboman Lockerbie, Dr Jim Swire mengatakan kematian al Megrahi "sangat disesalkan".

"Sebagai orang yang menghadiri sidang, saya tidak pernah berfikir  Megrahi bersalah," katanya.

"Megrahi adalah korban Lockerbie ke-271," tambahnya.

Dr Jim Swire: Percaya segala bukti menunjukkan beliau tidak bersalah.



Sumber :AP,Birminghammail,DailyMail
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks