blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

[GAMBAR] POLIS BERPENDAPATAN RENDAH Didakwa Pukul Jurugambar

Friday, May 18, 2012
Gambar ketika pihak polis melakukan kekerasan terhadap Wong Onn King yang dapat dirakamkan - foto Sin Chew


KUALA LUMPUR: Dua anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang jurugambar pada perhimpunan Bersih 3.0, 28 April lepas.

Lans Koperal Mohd Khairul Asri Mohd Sobri, 30, dan Konstabel Shahrul Niza Abd Jalil, 24, didakwa melakukan kesalahan itu terhadap jurugambar Guang Ming Daily, Wong Onn King, 33, di persimpangan Jalan Tun Perak dan Jalan Raja antara pukul 5.20 petang dan 5.30 petang.

Wong Onn King menunjukkan kecederaan yang dialaminya kerana keganasan pihak polis.

Mohd Khairul Asri, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis (IPD) Tanjung Malim, Perak manakala Shahrul Niza, dari IPD Dang Wangi, didakwa mengikut Seksyen 352 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tiga bulan atau denda RM1,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Farizul Hassaniah Bakri menawarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh.

Peguam Salim Bashir, yang mewakili kedua-dua anggota polis, membantah jumlah jaminan itu atas alasan ia tinggi dan tertuduh juga berpendapatan rendah.

Majistret Zulkipli Abdullah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 18 Jun depan untuk sebutan kes.

Mereka membayar jaminan tersebut.



Kredit - BERNAMA, Sin Chew
Read Full 2 comments

Ketua Saman FELDA Pun Dapat RM5,000

PEKAN, 18 Mei -- Jamaludin Shariff yang juga Ketua Cabang Parti Keadilan dari Felda Chini tidak ketinggalan mengambil cek durian runtuh RM5,000 peringkat pertama di Dewan Sivik Felda Chini Timur dekat sini, hari ini.

Jamaludin juga ketua yang menyaman Felda atas dakwaan penipuan dan pecah amanah yang dikatakan melibatkan nilai sehingga RM433 juta.

Pemberian ini melibatkan 3,350 peneroka bernilai lebih RM16 juta. Pemberian itu hasil daripada pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa menyampaikan ucapan pada Majlis Mesra Bersama Peneroka di Felda Jengka 8, Jerantut pada 8 Mei lalu.

Barisan kepimpinan PAKATAN RAKYAT Dun Chini antaranya Mohd Kamal Yusof, Jamaludin Shariff (duduk kiri) keduanya pengerak utama dalam PKR Pekan.



Kredit : Bernama
Read Full 1 comments

Kenapa DURIAN SEGAMAT Sedap?


Musim durian akan tiba tidak lama lagi, pemilik kebun durian sudah mula sibuk dengan kerja-kerja yang menyeronokkan - mengikat dahan pokok durian. Kerja-kerja ini dilakukan bagi menjamin durian yang akan gugur itu benar-benar sudah masak.

Daerah Segamat sememangnya terkenal sebagai salah satu pusat pengeluaran durian yang popular. Ia mula menjadi daerah pengeluar durian sejak awal 1990an, namun apabila harga durian mula jatuh telah ramai pemilik kebun durian yang beralih kepada penanaman kelapa sawit atau getah.

Apabila buah durian semakin masak dan matang, pengusaha kebun durian akan mengikat dahan-dahan pohon durian bagi mengukuhkan dahan tersebut supaya tidak patah kerana menanggung beban buah durian yang berlebihan.

Ini perlu dilakukan dengan memanjat pokok durian yang tinggi dan melakukan kerja-kerja yang sukar dan juga mendebarkan. Seorang pekerja yang mahir untuk memanjat pokok juga perlu mahir dalam menentukan cara dan kaedah yang betul supaya dahan-dahan pokok durian ini diikat dengan baik pada batang pokok durian. Wartawan dan jurugambar dapat menyaksikan sendiri aksi seorang pekerja asing sedang memanjat sebatang pokok durian untuk mengikat dahan-dahan pokok durian pada batang pokok utama. Saksikan aksi-aksi mendebarkan di bawah.












Kredit : Sin Chew
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks