blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Lendir BABI Akan Ditambah Dalam SUSU BAYI?

Tuesday, May 15, 2012

Atas alasan ia dapat membantu memperkuat sistem pertahanan tubuh, beberapa pengkaji berusaha untuk menambahkan lendir ke dalam susu formula biasa bayi.

Malangnyanya, lendir yang akan ditambahkan ini diperolehi dari perut babi.

"Tidak seperti susu ibu, susu formula bayi tidak memiliki unsur sistem kekebalan tubuh dari ibu yan mampu melindungi bayi daripada penyakit. Ini mungkin salah satu sebab mengapa ramai para ibu tidak menggunakan susu formula," kata Katharina Ribbeck, seorang Jurutera Biologi di Institut Teknologi Massachusetts seperti dilaporkan MyHealthNewsDaily.com.

Ribbeck dan pasukannya menemui mucin, protein yang merupakan komponen utama dari lendir.

Komponen ini kebal melindungi sel-sel tubuh dari jangkitan human papillomavirus (HPV), influenza A (sejenis virus flu) dan Merkel cell polyomavirus (virus yang dapat menyebabkan kanser kulit).

Walaupun baru melakukan ujian terhadap 3 jenis virus, para pengkaji menjangkakan mucin ini mampu melindungi jangkitan dari pelbagai jenis virus.

Hasil penemuan menunjukkan mucin dapat ditambahkan ke dalam pelbagai produk sebagai suplimen antivirus, dari produk kebersihan sehingga susu bayi.

Dalam istilah perubatan, lendir ini disebut mucin dan banyak diperoleh dari perut babi. Beberapa ilmuwan berpendapat dengan menambahkan mucin ke dalam susu formula bayi akan menambah kemampuannya dalam meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Namun jika dilihat sumber mucin yang akan diproduksi ini, pastinya ia akan menimbulkan pelbagai kontroversi.

Mucin sebenarnya tidak hanya diproduksi dari perut babi sahaja. Tubuh manusia juga dapat menghasilkan mucin. Babi dalam kajian dipilih kerana mucin yang dihasilkan menyerupai mucin manusia dan dapat dihasilkan dalam jumlah yang banyak, menurut beberapa pengkaji.

Tidak sekadar babi, lembu juga dapat digunakan untuk menghasilkan mucin. Namun penggunaannya masih jarang digunakan sebab masyarakat khuatir dengan jangkitan Bovine spongiform encephalopathy atau penyakit lembu gila.

Sebuah kajian juga menemui sumber lain yang memiliki mucin mirip dengan mucin manusia dan lebih selamat digunakan, iaitu obor-obor.

Pengkaji dari National Institute for Materials Science di Jepun menemui bahawa mucin yang diperolehi dari obor-obor dapat menggantikan mucin yang diambil dari babi.

Namun ia  berkata pihaknya masih harus melakukan ujian untuk memastikan apakah mucin obor-obor ini dapat menimbulkan reaksi alahan kepada manusia atau tidak.

Seperti diketahui, jika benar produk susu formula bayi akan ditambahkan mucin dari perut babi maka produk tersebut haram digunakan oleh mereka yang mengaku Muslim. Walaupun ia bermanfaat namun hukumnya haram, baik atas daging, lemak, mahupun bahagian-bahagian babi yang lain.

Firman Allah dalam Al-Maidah (3): mengharamkan memakan bangkai, darah, dan daging babi. Demikian juga dengan firman-Nya dalam Al-An'aam (145) dan Al-Nahl (115) yang mengharamkan memakan bangkai, darah, dan daging babi. Dalil-dalil pada beberapa ayat ini merupakan nas yang jelas, yang menegaskan tentang keharaman, antara lainnya memakan babi. Wallahualam.
Read Full 3 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks