JENAZAH TIBA... Jenazah Pegawai Staf Pasukan Tentera Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan (UNIFIL), Leftenan Kolonel Habibullah Ismail, 42, selamat tiba dari Kuala Lumpur di bawa masuk ke kediamannya di Batu 1/2 Lorong Madrasah Tambak Bunga, Jalan Kuala Kedah, di sini, malam tadi.
Siti Raudzoh Ismail (tengah), 72, ibu kepada Pegawai Staf Pasukan Tentera Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan (UNIFIL), Leftenan Kolonel Habibullah Ismail, 42, dipapah oleh dua anaknya sebaik jenazah anaknya selamat tiba kediaman mereka di Batu 1/2 Lorong Madrasah Tambak Bunga, Jalan Kuala Kedah, di sini, malam ini.
Maryani Mahadzir (tengah), 40, isteri kepada Pegawai Staf Pasukan Tentera Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan (UNIFIL), Leftenan Kolonel Habibullah Ismail, 42, ditenangkan ahli keluarga sebaik jenazah suaminya di bawa masuk ke kediaman mereka di Batu 1/2 Lorong Madrasah Tambak Bunga, Jalan Kuala Kedah, di sini, malam tadi.
HIBA... Ahli keluarga Pegawai Staf Pasukan Tentera Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan (UNIFIL), Leftenan Kolonel Habibullah Ismail, 42, membaca doa sebaik jenazah Allahyarham di bawa masuk ke kediaman mereka di Batu 1/2 Lorong Madrasah Tambak Bunga, Jalan Kuala Kedah, di sini, malam ini. Turut membaca doa isteri Allahyarham Maryani Mahadzir (kiri), 40, dan dua anaknya Muhammad Hilman Hafiz (empat kanan), 13, Muhammad Haziq Haikal (tiga kanan), 9.
Allahyarham yang bertugas di Naquora meninggal dunia Isnin lalu, kira-kira jam 3.30 petang waktu Lubnan (8.30 malam waktu Malaysia) akibat sakit jantung akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Tambak Bunga.
Kredit : Bernama