"Adakah pilihan raya umum ke-13 ini UMNO akan berakhir?" begitu ramai daripada anda telah ditanya dengan provokasi daripada mereka yang bersama dengan UMNO dan percaya "UMNO demi KEPENTINGAN Melayu dan Islam!"
Saya ingin mengingatkan kepada anda bahawa pilihan raya umum ke-13 bukan sahaja mengenai UMNO, orang Melayu atau Islam. Ia bukan soal sama ada Najib atau Anwar menjadi Perdana Menteri. Pilihan raya umum ini ialah mengenai kita. Mengenai rakyat Malaysia dan siapa yang kita akan pilih untuk mentadbir negara. Kita tahu apa yang kita mahu dan apa yang kita tidak mahu. Ianya adalah tentang perkara memilih orang yang tepat untuk mewakili diri kita.
Semua politik longkang, cerita-cerita berkaitan seks dan liwat, penyalahgunaan kuasa dan kisah-kisah amalan rasuah sudah pasti menjadi pendesak kepada keperluan untuk perubahan! Perubahan daripada apa?. Sesungguhnya ia bukan sekadar hanya berubah dari UMNO, dari Najib atau Barisan Nasional? Mungkin kita juga perlu berubah!.
Punca masalah kepada kita ialah penerimaan kita kepada pemimpin yang cacat. Ini adalah keadaan yang paling berbahaya berbanding perkara lain. Ia adalah seperti mengetahui bahawa anda menghidap kanser tetapi anda lambat berjumpa doktor untuk rawatan selama beberapa bulan kerana anda ingin melihat jika kanser anda akan sembuh dengan sendiri!. Mengapa kita menerima pemimpin yang cacat? Adakah anda fikir mereka akan berubah menjadi lebih baik?.
Untuk pilihan raya umum ke-13 ini ramai di antara kita bersedia untuk meletakkan sama ada Najib atau Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dengan kepercayaan yang salah bahawa Najib akan berubah menjadi lebih baik atau Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri yang lebih baik berbanding Najib!.
Jika kita tidak melakukan perkara yang betul dari SEKARANG untuk negara kita, kita akan mempunyai sebuah kerajaan yang kita tidak inginkan untuk lima tahun lagi - dan sama juga seperti kanser yang tidak dirawat, ia akan membunuh kita. Lima tahun lagi Malaysia dengan Perdana Menteri yang rosak boleh membawa maut kepada ekonomi kita dan memusnahk harapan semua rakyat untuk sama-sama bersatu di bawah 1Malaysia!.
Kepentingan adalah lebih tinggi dan ganjaran menjadi lebih hebat!
Anda telah berada di bawah kerajaan Najib bertahun-tahun lamanya. Apa yang telah anda rasakan di bawah pentadbirannya?. Rasuah yang sama seperti di bawah pemerintahan Mahathir dan Pak Lah?. Penyalahgunaan kuasa eksekutif yang sama oleh mereka yang dilantik ke jawatan awam tinggi oleh kerajaan?. Dan dalam setahun yang lalu, kita ditaburkan pelbagai janji dan usaha perubahan oleh Najib untuk menyemai
'feel good' dikalangan rakyat apabila semakin hampir dengan pilihan raya umum ke-13. Dan sudah tentu kita tidak boleh mengabaikan 'oommph' yang dibawa oleh Rosmah. Apa yang dilakukan oleh Najib telah menunjukkan kepada kita bagaimana ceteknya pemikiran dan tindakannya dalam usaha terdesak untuk memenangi pilihan raya.
Jika anda tanya kepada saya bagaimana pula jika Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri, saya cadangkan anda untuk lihat ke dalam pemilihan parti PKR dan lihat sendiri apa yang telah berlaku kepada PKR apabila beliau menjadi pemimpin de facto mereka. Adakah anda mahu perkara yang sama berlaku kepada negara kita jika Anwar menjadi Perdana Menteri?.
Berapa ramai wakil yang dipilih PKR telah meninggalkannya?. Berapa ramai atau pegawai PKR telah meninggalkan jawatan dalam parti mereka dan meletakkan jawatan dari parti?. Yang terbaru 'pembelotan' Hata Wahari - tangkapan berharga yang sudah berada dalam kem PKR seperti yang lain, kehilangan kepada PKR adalah keuntungan bagi DAP!. Dan moral Anwar Ibrahims, seperti juga Najib, dipersoalkan. Kita tidak mahu seorang Perdana Menteri yang mempunyai CV
"Dibebaskan dua kali dalam perbicaraan kes liwat, tetapi pernah disabitkan bersalah dengan kes rasuah!"
Jadi fikir sekali lagi kawan-kawan. Pada pilihan raya kali ini Najib dan Anwar tidak berkuasa terhadap kita tetapi sebaliknya kita yang mempunyai kuasa undi kepada mereka. Kita telah mencapai titik puncak dalam sejarah negara kita. Jika Najib dan Anwar boleh menawarkan diri mereka kepada kita, maka saya ingin memberitahu anda bahawa kita patut menapat orang yang lebih baik daripada kedua-dua orang ini.
Ya benar, ramai yang menuntut ABU tetapi berhati-hati jangan sampai kita memiliki satu lagi UMNO. Ya, adalah benar dakwaan yang menyatakan adalah kadang-kadang 'setan' yang kita kenali adalah lebih baik daripada 'setan' yang kita tidak ketahui - tetapi bukankah lebih baik jika kita tidak lagi mempunyai orang jahat untuk dijadikan pemimpin?
Oleh itu, janganlah saudara memilih seorang pemimpin yang cacat. Tanamkan keberanian untuk membuang kebiasaan. Saya tahu bahawa kita tidak mempunyai rangka rujukan yang menarik idea dan alternatif kerana kami hanya dipimpini oleh UMNO dan Barisan Nasional sejak Merdeka tetapi anda tiada pilihan lain selain cuba untuk membuat perubahan sebenar, perubahan tulen bermula dengan pemimpin yang baik.
Dan apabila ia datang, ia pasti akan membawa kita menuju kepada Malaysia baru yang kita mahu!. Satu Malaysia yang penuh harapan. Sebuah Malaysia yang saya mahu gelarkan sebagai rumah - Malaysia saya, Malaysia anda, Malaysia kita - sebuah negara Malaysia untuk semua!.
Kredit : steadyaku47