blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

SYUKUR, Hasan Ali TIDAK MERAYU!

Sunday, February 5, 2012
Suatu ketika dahulu, apabila anda menyebut nama Hasan Ali, akan ada rasa hormat yang timbul terhadap bekas pemimpin PAS ini walaupun dia sendiri pada dasarnya mempunyai konsep yang berbeza dalam perjuangan. Rasa hormat terhadap pendirian Islamnya itu kemudiannya berlanjutan disebabkan kedudukan beliau sebagai ketua PAS Selangor.

Agak kurang tumpuan yang diberikan pada persona, latar belakang pendidikannya terutama apabila beliau antara muka yang dihormati kerana telah dipilih oleh PAS untuk menjaga Islam di negeri itu, dan dilihat akan menjalankan tugas-tugas agamanya untuk menjaga nama baik Islam . Tetapi keadaan kemudiannya telah berubah. Sesuatu telah berlaku.



Sejak sebelum 2008, Hasan sudah berminat dalam UMNO

Terdapat khabar angin liar selepas pilihan raya yang lepas pada 2008. Hasan Ali mula menjadi terkenal kerana sebab-sebab lain. Daripada agama, beliau mula bergerak ke dalam memperjuangkan bangsa. Pertemuan-pertemuan rahsia antara Hasan Ali dan UMNO untuk membentuk kerajaan negeri Selangor yang baru di bawah Pakatan Rakyat akhirnya keluar secara terbuka.

PAS terpaksa mengeluarkan penafian, dan Presiden Abdul Hadi Awang sendiri terpaksa membuat penjelasan. Di dalam PAS sendiri perbezaan sebelum ini di antara kumpulan liberal dan ulama ultra  konservatif atau kumpulan agama mula kelihatan dan semakin ketara. Gabungam Pakatan Rakyat sendiri berkocak, PAS telah digoncang dan manjadi haru biru dek kerana angkara urusan di antara Hasan dengan UMNO ini.

Bukan rahsia lagi bahawa Hasan sudah memendam impian untuk menjadi Menteri Besar akan datang dan bersedia untuk bergabung dengan musuh semata-mata untuk menafikan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Sejak detik itu, beliau sudah menjadi punca di atas sebab semua masalah, dan kerapkali orang menjadi keliru dan tertanya-tanya sama ada beliau adalah mewakili PAS, Pakatan atau UMNO!.

Kemelut isu arak di kedai mini Shah Alam telah meninggalkan kata-kata yang tidak manis di bibir rakyat. Masyarakat bukan Islam mula mmerhatikannya dengan waspada dan sentiasa mengelaknya seperti mengelak penyakit.


Serbuan-Kristian

Kemudian, apabila dia melemparkan tuduhan kepada orang-orang Kristian kerana memurtadkan umat Islam Selangor di Damansara Utama Methodist Centre, mengesahkan lagi kebimbangan buruk semua orang. Hasan adalah sama seperti Ibrahim Ali - gila berpolitik dan bersedia untuk melakukan apa-apa sahaja perbuatan yang melampau hanya untuk meraih sedikit keuntungan daripada UMNO.

Serbuan DUMC-JAIS bukan sekadar menjejaskan Selangor. Ia telah meninggalkan kesan negatif yang berkekalan di seluruh negara, terutama di Sarawak di mana 43% penduduknya adalah Kristian. Menghairankan, orang politik BN seolah-olah menyedari ketakutan kedua-dua politik 'pyschos' yang telah wujud. Malah, pemimpin BN turut memihak kepada Hasan walaupun dia ketika itu masih seorang ahli PAS. Ia semakin jelas bahawa Hasan telah mengemudi dua buah 'sampan' dalam masa yang sama.

Tetapi bagi Hasan, dirinya umpama pahlawan kesatria putih bersama perisai, yang menentang pemurtadan terhadap umat Islam di negeri ini. Entah bagaimana dia juga gagal meyakinkan umat Islam yang dia ikhlas. Majoriti masyarakat Islam melihat beliau sama seperti oportunis politik yang lain. Tidak lama lagi, serangan harian terhadap Kristian dan deklarasi bahawa tindakannya itu adalah demi untuk kebaikan Islam akan mula hancur.


Syukur dia tidak merayu

Ketika dia sibuk bercakap mengenai memperjuangkan Islam, seperti mana yang didakwanya, orang lain telah bercakap tentang pembelotan beliau kepada UMNO. Ianya adalah tentang bila dan bagaimana - kesahihannya tidak pernah dipersoalkan!

Oleh itu, ia bukanlah satu kejutan apabila PAS akhirnya memecat beliau. Semua orang tahu dia akan dikenakan tindakan itu. Malah, beliau sendiri telah berusaha keras memaksa PAS untuk memecatnya. Hasan mungkin tergoda dengan pujukan dari UMNO, ia percaya bahawa PAS tidak akan berani untuk memecatnya. Masih terasa bahang dari pemecatan beliau yang memalukan, beliau telah memulakan siri jelajah untuk memberitahu orang ramai mengenai parasit politik di dalam PAS, yang sebahagiannya bertanggungjawab di atas pemecatan beliau. Cuba agak siapakah yang akan bersama-sama dengannya? Tidak lain dan tidak bukan adalah Ridhuan Tee, seorang lagi penganut agama Islam yang setia.

Tempoh rayuan untuk Hasan Ali telah tamat dan beliau telah menyatakan tidak mempunyai niat untuk merayu. Pekikan itu merupakan satu kelegaan yang kuat dalam koridor kuasa di dalam PAS dan Pakatan. Jika dia mengemukakan rayuan, ia akan menyebabkan gabungan dan parti itu dalam sedikit masalah. Mereka mungkin mencari alasan buruk untuk mereka menolaknya. Tetapi jika mereka kembali membuka pintu kepadanya, dan beliau memulakan karutnya lagi, mereka juga akan kelihatan lemah - sama seperti Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Tun Razak!






Kredit : Iskandar Dzulkarnain, Malaysia Chronicle
Read Full 1 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks