Kaya...David Choe
Seorang pelukis grafiti yang pernah melukis lukisan mural untuk pejabat Facebook akan mendapat durian runtuh melalui sahamnya di dalam rangkaian sosial itu yang bernilai £126 juta.
Saham David Choe akan menjadi bernilai lebih besar apabila gergasi rangkaian sosial ini terapung di bursa saham.
Beliau pernah menolak daripada menerima bayaran beberapa ribu ringgit untuk pegangan sahamnya di dalam firma itu tujuh tahun lalu - walaupun memikirkan idea itu adalah
"tidak masuk akal dan tidak berguna" pada masa itu.
Bagaimanapun nilasi saham Facebook akan mencecah sehingga £63 billion ($100billion) pada musim bunga ini di Wall St.
Choe, 35, akan menjadi salah seorang daripada sekurang-kurangnya 1,000 pekerja Facebook yang akan menjadi jutawan dalam sekelip mata.
(Dari kiri) Mark Zuckerberg, Dustin Moskovitz dan Sean Parker di ibu pejabat Facebook di Palo Alto, California, pada bulan Mei 2005
Choe telah melukis mural grafiti di ibu pejabat Facebook di Palo Alto, California, pada tahun 2005 dan telah ditawarkan pilihan untuk memilih bayaran wang tunai atau saham syarikat oleh Sean Parker Presiden Facebook ketika itu.
Dia dan pengasas Mark Zuckerberg kemudian turut bergambar di hadapan mural warna-warni itu.
Apa yang Choe tidak jangkakan, Facebook akhirnya akan mempunyai 845 juta pengguna di seluruh dunia dan masih terus bertambah. Keahliannya telah bertambah sebanyak 39 peratus berbanding tahun lepas.
Zuckerberg memiliki 28 peratus saham syarikat dan akan menguasai 57 peratus undi.
Beliau kini menerimal gaji £ 316,000 ($ 500,000) setahun.
Nilai Facebook akan meningkatkan pada anggaran £ 3.1billion ($ 5 billion) apabila menjual saham dalam perniagaan.
Masih belum diketahui sama ada Choe telah menjual apa-apa kepentingan beliau secara peribadi kerana dia enggan untuk membincangkan pegangan sahamnya demi kerana privasinya.
Beliau juga dilaporkan pernah meRompak semasa rusuhan LA pada tahun 1992 dan merengkok di dalam penjara.
Kredit : The Sun