blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

RUMAH TERBALIK Di Tamparuli, Sabah

Friday, February 3, 2012

KOTA KINABALU - Rumah yang dibina terbalik ini menyebabkan ramai orang memberhentikan perjalanan mereka semata-mata untuk melihat sendiri keunikan rumah yang terletak berhampiran bandar Tamparuli di Tuaran.

Itu sebab utama mengapa ia dibina - untuk menarik perhatian orang ramai supaya berhenti sebelum meneruskan perjalanan mereka.

"Rumah Terbalik" berwarna merah ini terletak di tengah-tengah untuk tumpuan pelancong yang juga lengkap dengan sebuah kafe dan kedai cenderamata.

Pemiliknya Alex Yee berkata Tamparuli merupakan "pintu masuk" ke Gunung Kinabalu, daerah-daerah pantai timur dan tempat-tempat tarikan pelancongan lain seperti Kiulu.

"Pelawat yang menuju ke arah itu pasti akan melalui laluan ini dan rumah terbalik ini akan menarik mereka.


"Pelawat akan singgah kira-kira 30 minit dan kami tidak berniat untuk menjadi tuan rumah mereka pada kadar masa yang lama.


"Tarikan utama mereka adalah di tempat lain, seperti gunung, berakit atau Kolam Mata Air Panas."



Pemilik Rumah Terbalik, Alex Yee.

Yee, yang telah memulakan projek ini pada Mac lepas, berkata mendirikan rumah yang unik ini adalah satu cabaran.

"Sehinggakan pekerja yang melakukan kerja-kerja hiasan dalaman sendiri memerlukan rehat setiap 30 hingga 45 minit kerana mereka akan terkeliru dan pening semasa bekerja."

Rumah tersebut direkabentuk untuk sebuah keluarga dengan seorang kanak-kanak. Ia mempunyai dua bilik tidur, dapur, bilik mandi, ruang tamu dan serambi.

Perabot dan barangan lain dalam rumah seperti kipas siling, set televisyen, mesin jahit, set sofa, dan lain-lain telah dipaku pada "lantai".

 Semua perabot telah dipakukan pada lantai.


Sebuah kereta terbalik turut ada di garaj rumah berkenaan.


Untuk menambah perspektif terbalik, ada juga sebuah kereta yang diletak terbalik dalam sebuah garaj. Walaupun begitu kereta tersebut tiada enjin di dalamnya.

Hiasa dalaman juga menekankan kraftangan tradisional yang digunakan oleh kaum asli dan disertakan bersama keterangan yang jelas.

Pelawat hanya perlu membayar RM18 untuk melihat bahagian dalaman rumah dan hanya dibenarkan untuk mengambil gambar dari luar sahaja.



Kredit : NST,FB
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks