Walaupun baru sahaja Disember lalu, Hasan Ali muncul di dalam rancangan Soal Jawab TV3 untuk menuduh perjuangan Pas yang semakin terkeluar dari landasan Islam - menurutnya. Malam ini, Hasan Ali sekali lagi diberi ruangan yang sama untuk berhujah pastinya kali ini ia ada kaitan tentang isu pemecatan beliau. Ini bermakna, program Soal Jawab di TV3 telah memanggilnya dua bulan secara berturut-turut. Dan secara tidak langsung juga, merupakan pentas pertama beliau untuk selepas dipecat daripada Pas.
Antara isu yang dijangka akan dibincangkan malam ini, selain daripada isu pemecatan dirinya, Hasan Ali juga dijangka akan menyentuh perubahan portfolio agama Islam yang diambil alih oleh Khalid Ibrahim.