blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

(GAMBAR) Majlis Angkat Sumpah DR AHMAD YUNUS Sebagai EXCO SELANGOR

Wednesday, January 18, 2012
SHAH ALAM, 18 Jan -- Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sijangkang Dr Ahmad Yunus Hairi mengangkat sumpah sebagai anggota exco kerajaan negeri Selangor yang baru dihadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Bukit Kayangan, hari ini.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyampaikan watikah perlantikan sebagai anggota exco kerajaan negeri Selangor yang baru kepada Dr Ahmad Yunus Hairi (kiri) di Istana Bukit Kayangan, hari ini.


Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sijangkang Dr Ahmad Yunus Hairi (kiri) menandatangani surat perlantikan di hadapan Hakim Utama Mahkamah Tinggi Shah Alam Datuk Siti Mariah Ahmad (kanan) selepas mengangkat sumpah sebagai anggota exco kerajaan negeri Selangor yang baru dihadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Bukit Kayangan, hari ini.


Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sijangkang Dr Ahmad Yunus Hairi (kiri) menerima ucapan tahniah dari Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abd Rani Osman (kanan) selepas mengangkat sumpah sebagai anggota exco kerajaan negeri Selangor yang baru.

Dr Ahmad Yunus mengangkat sumpah sebagai ahli Exco Selangor di depan Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam pagi ini. Beliau memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pula mengambil alih jawatan sebagai Pengerusi Hal Ehwal Islam, Infrastruktur dan Kemudahan Awam dalam satu rombakan kecil Exco Kerajaan Negeri Selangor, hari ini. Dalam sidang akhbarnya, rombakan portfolio itu bagi memastikan kesinambungan kerja dan perkhidmatan yang lebih baik dapat diberikan kepada rakyat.

Perubahan portfolio itu berikutan pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sijangkang, Dr Ahmad Yunus hari ini sebagai Exco kerajaan negeri yang baru menggantikan Datuk Dr Hasan Ali yang dipecat PAS dua minggu lalu. Hasan Ali sebelum ini memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor.









Kredit : Bernama
Read Full 2 comments

(GAMBAR) Keadaan KL SENTRAL Selepas KEBAKARAN

KUALA LUMPUR, 18 Jan -- REHAT SEBENTAR... Anggota pasukan Bomba dan Penyelamat berehat sebentar selepas berjaya memadamkan kebakaran yang berlaku jam 3 pagi melibatkan tingkat 30 dan 31 sebuah bangunan yang sedang dalam pembinaan di KL Sentral, hari ini.


LANGKAH KESELAMATAN... Anggota polis trafik terpaksa menutup sebahagian daripada laluan di Jalan Tun Sambanthan sebagai langkah keselamatan ketika pasukan Bomba dan Penyelamat mengawal dan memadamkan kebakaran yang berlaku jam 3 pagi tadi yang melibatkan tingkat 30 dan 31 sebuah bangunan yang sedang dalam pembinaan di KL Sentral, hari ini.



SELESAI TUGAS... Anggota pasukan Bomba dan Penyelamat mengemas peralatan mereka selepas berjaya memadamkan kebakaran yang berlaku jam 3 pagi melibatkan tingkat 30 dan 31 sebuah bangunan yang sedang dalam pembinaan di KL Sentral, hari ini.


BERJAYA DIPADAMKAN... Anggota pasukan Bomba dan Penyelamat berjaya memadamkan kebakaran yang berlaku jam 3 pagi melibatkan tingkat 30 dan 31 sebuah bangunan yang sedang dalam pembinaan di KL Sentral, hari ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 3.53 pagi mengenai kebakaran bangunan di alamat 348 Sentral berhampiran Little India, Brickfields.

Anggota bomba menghadapi kesukaran mengawal api dan terpaksa menggunakan perancah mulai aras 26 untuk naik ke tingkat atas berikutan bangunan tersebut yang masih dalam pembinaan.




Kredit : Bernama
Read Full 0 comments

HUDUD - Lelaki JERMAN BERTANYA, Pemuda PAS MENJAWAB

"Kenapa Islam minta potong tangan orang yang mencuri? Tidakkah itu sangat kejam?" soal lelaki German itu dengan nada separuh provok dan ingin tahu.

Suasana menjadi diam seketika.

Tengahari itu kami berehat sebentar melepaskan lelah setelah travel beratus kilometer ke kuala lumpur. Sebelah petangnya ada lagi 2 program besar menanti dan perlu berada semula di Perak pada waktu Isya' sebelum meneruskan ekspedisi dakwah ke bumi Kedah keesokan harinya.

Peluang berehat seketika itu memang sangat mustahak demi mengekalkan kesegaran untuk mengharungi jadual padat kami pada hari itu.

Di saat berehat itu, kami didatangi seorang lelaki Eropah, memperkenalkan dirinya sebagai Frank Michel. Rupanya beliau merupakan fisrt secretary kedutaan German di Malaysia. Beliau menghampiri kami kerana tertarik kepada lambang jemaah Islam yang tertera di jaket yang kami pakai.

Peluang keemasan ini kami gunakan sepenuhnya untuk menerangkan dasar Islam serta polisi jemaah dakwah kami ini. Ternyata beliau seolah-olah mendengarnya buat kali pertama.

Kami tidak hairan dengan keadaannya itu. Maklumat sebenar Islam telah lama disorokkan, hanya perkara berkaitan solat, puasa, haji dan zakat sahaja yang sering dikaitkan dengan Islam, sedangkan Islam itu adalah cara hidup dan lebih dari 5 rukun Islam itu sahaja.

Justeru, soalannya berkaitan dengan perkara selain 5 rukun Islam terutamanya berkaitan hukum hudud sudah boleh dijangka bentuk nada soalannya.

Setelah diam buat beberapa ketika, saya membalas soalannya dengan nada yang sangat lembut dan senyuman yang tidak lekang di bibir, "Soalan anda itu sangat menarik!". Saya menunjukkan minat kepada soalan provokasinya itu.

"Dalam Islam, kita mengutamakan keadilan. Kepada siapa sahaja, samada seorang lelaki atau wanita, kanak kanak atau dewasa, sihat atau sakit, tanpa mengira kaum dan warna kulit" saya memulakan muqaddimah. Dia mendengar dengan penuh minat sambil mengangguk angguk kepala.

"Begitu juga keadilan bagi orang telah kehilangam barangnya kerana dicuri. Haknya perlu dibela. Keadilan perlu ditegakkan" saya mula masuk ke topik perbincangan.

Tiba-tiba lelaki German itu mencelah, " Betul, saya setuju keadilan perlu ditegakkan. Tapi takkanlah sampai kena potong tangan? " soalnya lagi.

Saya tersenyum. Teringat perbincangan dalam kelas Syariah saya tempoh hari dalam madah Siasah Syariah. Suasana hampir serupa kerana kami telah mensimulasikan suasana dialog seperti ini dalam kelas. Lucu juga rasanya bila tiba tiba terbayang lelaki German di hadapan saya sekarang ini seperti kawan sekelas yang merupakan orang Banjar berasal dari Bagan Serai!

Saya mengawal semula eksperisi muka agar kelihatan tenang dan tidak menyinggung perasaan lelaki German itu.

"Tuan, salahkah doktor kalau dia mengarahkan pesakit Diabetis untuk dipotong kakinya? Jika tidak salah, mengapa? " soalan retorik dilontarkan.

Cepat-cepat lelaki German itu menjawab, "Sudah tentulah tidak salah. Sebab doktor itu tahu apa yang terbaik untuk pesakitnya. Dia ahli dalam bidang perubatan"

Saya bertanya lagi, "Eh, bukankah kaki itu sangat berharga dan penting untuk kegunaan seharian?"

"Memanglah penting, tapi ia sudah berpenyakit, jika tidak dipotong, akan merebak dan membahayakan anggota lain pula. Silap silap membawa maut pula" petah lelaki German itu menjawab.

Saya sekali lagi tersenyum. Alhamdulillah, sudah nampak sinar di hujung dialog ini.

Segera saya menyambung bicara, " Jika demikian, begitulah dengan si pencuri tadi, dia adalah seorang manusia yang "berpenyakit." Dan ubat kepada sakit itu ada pada pembuat manusia itu, iaitu Allah. Dan Allah tentukan bahawa cara mengubatnya ialah dengan memotong tangan si pencuri. "

"Tapi kenapa perlu potong, tak bolehkah jika kita penjarakan sahaja. Tangan tu penting untuk kegunaan seharian." bentaknya.

Saya tenang mendengar respon spontannya.

"Tuan, jika dalam kes diabetis tadi, bukankah doktor itu tidak salah apabila memotong kaki peskitnya, begitulah dengan kes curi ini. Ia jika dibiarkan akan membarah, akan menggangu ketenteraman anggota masyarakat yang lain. Dan yang menariknya, bukan semua kes curi kita akan potong tangan. Barang curian yang terdedah kepada curian seperti ditinggalkan di tempat terbuka, harga barang curian yang murah seperti gula gula seringgit, keadaan masyarakat yang dhorurat seperti kebuluran yang melampau, semua ini tidak tergolong dalam kes potong tangan apabila mencuri." panjang lebar saya terangkan.

Lelaki german itu kelihatan terkejut dan kemudiannya nampak kelegaan di wajahnya. Kelihatan sangat puas dengan jawapan yang diberikan. Maklumat ini tidak pernah dia dengar dari media perdana. Senyuman terukir di wajahnya menghapus semua kerutan di dahi.

Saya menghabiskan sedutan terakhir air jus oren di depan saya dan banguN meminta diri ke Masjid kerana mahu menunaikan solat Jumaat.

Tiba- tiba dia bangun menghalang, " Ustaz, boleh tak saya ikut serta ustaz ke masjid? " tanya penuh mengharap sambil memegang lembut tangan saya.

"Kenapa ya anda mahu ikut kami ke Masjid?" saya meminta kepastian.
"Saya mula berminat dengan Islam. Saya mahu belajar mengenai Islam." jawabnya penuh semangat.

Saya tersentuh dengan jawapannya. Terharu sehingga terasa bergenang air mata ini.

Saya merangkul tangannya erat seraya berkata, " Let's go my brother," dengan senyuman puas di bibir.



Kredit - Hakimi, Penolong Setiausaha, Lajnah Antarabangsa Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP)
P/s : secoret pengalaman Lajnah antarabangsa DPPP yang diketuai oleh Dr Raja Ahmad Al Hiss (Naib Ketua DPPP)
Read Full 3 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks