blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Pekerja MATI Dihempap BUMBUNG

Tuesday, January 17, 2012
GEORGE TOWN, 17 Jan -- Anggota pasukan Bomba dan Penyelamat mengeluarkan mayat seorang pekerja yang mati dihempap bumbung di sebuah kawasan perumahan di Bayan Lepas, hari ini.


Anggota pasukan Bomba dan Penyelamat menggunakan sebuah kren dan traktor untuk mengalihkan bumbung sebelum mengeluarkan mayat seorang pekerja yang maut dihempap bumbung pondok berkenaan di sebuah kawasan perumahan di Bayan Lepas, hari ini.


Sebuah kren dan traktor terpaksa digunakan untuk mengalihkan bumbung sebelum pihak anggota Bomba dan Penyelamat boleh mengeluarkan mayat seorang pekerja yang maut dihempap bumbung pondok berkenaan di sebuah kawasan perumahan di Bayan Lepas, hari ini.

Dua pekerja rakyat Indonesia yang membuat kerja-kerja pembinaan pondok berkenaan dihempap bumbung pondok itu yang mengakibatkan seorang maut dan seorang lagi cedera parah.





Kredit : Bernama
Read Full 1 comments

Belanja SEGELAS TEH TARIK Untuk BN Menang Dalam Pilihanraya

Jika anda melihat pada tajuk, anda mungkin dapat membayangkan apa yang saya akan cakap pada hari ini. Saya tahu agak lewat untuk memberi komen tentang pemberian RM 500 kepada individu yang berpendapatan isi rumah kurang RM 3000. Isu ini telah dikritik dengan cukup ramai oleh penulis-penulis blog di luar sana. Tetapi saya berpegang kuat dengan pandangan bahawa "rakyat Malaysia mudah lupa".

RM 500 dalam tahun 2012, dengan kadar purata RM1.37 sehari adalah apa yang kita dapat di atas sesuatu kehilangan yang lebih besar pada hari ini.

RM 1.37 sehari, apa yang boleh kita lakukan dengan wang sebanyak itu?. Kos satu liter petrol kita ialah RM 1.90. Jika anda memilih RON 97, maka ia adalah RM 2.90 iaitu lebih dari jumlah dua kali ganda daripada kita dapat. Wang saku sehari untuk anak- anak kita adalah pada standard minimum RM 1.50. Wang pengangkutan awam paling minima ialah RM 0.70, ini bermakna RM 1.37 tidak cukup bagi anda yang melalui perjalanan pergi dan balik. Bagi seorang penduduk di Rawang yang bekerja di Kuala Lumpur, mereka perlu membayar RM 7.20 untuk tol PLUS pergi dan balik. Bagi penduduk Bangi yang bekerja di Kuala Lumpur, mereka perlu membayar RM 23.00 tol untuk pergi dan balik. Dua roti canai sahaja menelan belanja lebih daripada apa yang mereka berikan kepada kita. Pada asasnya, BN hanya membelanja kita satu hari dengan segelas satu 'teh tarik'. Ia masih tidak cukup untuk saya, kerana saya seorang penggemar 'teh halia'.


Segelas teh tarik setiap hari, akan menjadikan BN terus kekal

Ini hanyalah satu lagi helah kotor yang dimainkan oleh kerajaan Barisan Nasional untuk terus kekal dengan jawatan mereka sekarang dan untuk mengalihkan perhatian rakyat terhadap reformasi. RM 500 digunakan sebagai umpan kepada pengundi dan mengekalkan penyokong luar bandar. Nyata sekali, bagi seorang lelaki yang berpendapatan RM 500 sebulan, jumlah ini akan bagaikan bonus sebulan gaji. Seperti yang kita tahu pengundi luar bandar adalah aset BN untuk memenangi pilihan raya. Itu mungkin antara sebab kukuh bagi mereka untuk mengekalkan taraf penduduk di luar bandar dengan cara begini

Adakah RM 500 ini akan menyelesaikan masalah sistem pendidikan substandard di negara kita?. Adakah ia akan menyelesaikan diskriminasi kepada golongan miskin di negara ini?. Adakah ia akan menyelesaikan masalah perkauman atau gengsterisme di negara ini?. Adakah ini akan menyelesaikan masalah sistem kehakiman dan jabatan polis di negara ini yang berat sebelah?. Adakah ini akan menyelesaikan pertumbuhan besar-besaran rasuah di negara ini?.

Ganjaran ini tidak menyelesaikan masalah kewangan rakyat, sosial ataupun dari segi politik. Adakah kita sebenarnya perlu dengan RM 500 ini DS Najib?

Jadi, ini jelas dan nyata adalah sekadar gimik politik yang dimainkan oleh Barisan Nasional (BN). Keadaan ini seolah-olah seperti menyapu varnis pada kayu reput, ia mungkin kelihatan cantik tetapi kualitinya tetap sama. Kayu reput di sini ialah Barisan Nasional (BN)!!











Kredit : suarajd
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks