blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Mahasiswa UGUT BOM Helikopter NAJIB Disoal Siasat

Sunday, January 15, 2012
"Najib akan datang ke kampus kita, marilah kita letupkan helikopter itu." - mesej ugutan di Facebook.

Pulau Pinang - Seorang mahasiswa berusia 24 tahun dari USM yang telah mengancam untuk meletupkan helikopter Perdana Menteri telah dipanggil polis untuk disoal siasat.

Mahasiswa India tersebut telah menulis di dalam Facebook beliau pada jam 3:00 petang semalam dengan mesej, "Najib akan datang ke kampus kita, marilah kita letupkan helikopter itu." Kandungan mesej tersebut turut dipaparkan di blog-blog lain dan mendakwa mahasiswa universiti pada hari ini semakin tidak dapat dikawal serta telah meminta pihak polis mengambil serius perkara ini.

Satu laporan polis telah dibuat di balai polis Jelutong terhadap blog yang memaparkan screenshot profil Facebook mahasiswa tersebut.


Polis menafikan penangkapan mahasiswa


Pihak polis telah mengesahkan mahasiswa tersebut telah dibawa untuk disoal siasat bagaimanapun menafikan telah menahannya. OCPD Asst Comm George Town Gan Kong Meng berkata pelajar itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah di Patani Road untuk disoal siasat sekitar 1:30 petang tadi.

"Polis sedang menyiasat kes di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah. Beliau sebelum ini dikesan berada di kampus Nibong Tebal."

Perdana Menteri Datuk Seri Najib dijadualkan akan ke USM pada 24 Januari ini untuk menyertai satu upacara berkaitan Sambutan Tahun Baru Cina. Mesej letupan bom daripada mahasiswa ini telah menarik perhatian polis sehingga membawa kepada siasatan.






Kredit : SCD
Read Full 1 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks