blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

(GAMBAR) Keadaan Rumah WARDINA Yang Dimasuki PEROMPAK

Thursday, January 12, 2012
Pelakon Wardina Safiyah bersama suaminuya, Ikhwan Johari menunjukkan barang yang diselongkar oleh perompak yang memecah masuk rumahnya di Taman Bukit Utama, Tropicana Villa Home pagi tadi di sini, hari ini.


Ikhwan Johari menunjukkan barang yang diselongkar oleh perompak yang memecah masuk rumahnya di Taman Bukit Utama, Tropicana Villa Home pagi tadi di sini, hari ini.



Perompak berparang itu dipercayai buruh warga Indonesia jam 5 pagi tadi. 5 buah laptop hilang. Suami Wardina dikatakan dipukul oleh perompak tersebut akibat tidak berpuas hati kerana tiada barang kemas.


Pelakon Wardina Safiyah ketika ditemubual media berkaitan kes pecah masuk rumahnya di Taman Bukit Utama, Tropicana Villa Home yang berlaku pagi tadi di sini, hari ini.


Agak melucukan apabila perompak-perompak yang dipercaya warga Indonesia itu sempat memarahi Wardina sekeluarga kerana tidak menyimpan barang kemas di rumah mereka untuk dicuri. Wardina atau nama sebenarnya Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot, 33, membuat laporan di balai polis berdekatan dan polis dan pihak polis masih menyiasat kejadian tersebut di rumahnya.

Buat masa ini, Wardina terpaksa meminjam komputer riba milik jiran untuk berkomunikasi dengan dunia luar.

Beliau juga percaya bahawa perompak yang memasuki rumahnya itu masih berkeliaran di sekitar Ampang dan meminta orang ramai melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya ternampak beberapa warga Indonesia yang mencurigakan.






Kredit : Bernama. Harakah
Read Full 2 comments

Kes LIWAT II Belum Selesai, Pendakwaraya BUAT RAYUAN

Azlan Mohd Lazim, bapa kepada Mohd Saiful Bukhari (kanan) diajukan soalan oleh para wartawan pada sidang media mengenai kekecewaannya dengan kenyataan Majlis Peguam yang menyarankan agar pihak Peguam Negara tidak mengemukakan rayuan keputusan kes anaknya yang telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi pada 9 Jan lalu.


Semalam, Azlan Mohd Lazim, bapa kepada pengadu kes liwat II, Mohd Saiful Bukhari berkata beliau akan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan sivil sekiranya Peguam Negara tidak mengemukakan rayuan. Bagaimanapun, beberapa peguam kes jenayah memaklumkan bahawa hak untuk membuat rayuan terletak di tangan Peguam Negara yang mempunyai 14 hari untuk berbuat demikian.

Akhirnya pihak pendakwaan kes perbicaraan liwat II yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membuat rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membebaskan Anwar Ibrahim daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Isnin lalu. Menurut laporan berita bahasa Inggeris Nightline, terbitan TV3, Peguam Cara II Negara, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden dipetik berkata keputusan membuat rayuan dibuat setelah mengkaji semua bukti berhubung kes berkenaan.

Mohd Yusof juga berkata cadangan berkenaan akan dikemukakan kepada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail tidak lama lagi supaya rayuan boleh difailkan dalam tempoh 10 hari.

Isnin lepas, hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, mengambil masa kurang dari lima minit untuk membuat keputusan membebas dan melepaskan Anwar selepas memutuskan tidak menerima bukti DNA sedangkan sebelum ini beliau menerima bukti berkenaan ketika dibentangkan oleh pihak pendakwaan.

Menurut Mohamad Zabidin, meskipun mahkamah menerima bukti yang dikemukakan oleh ahli kimia yang dilantik oleh kerajaan – Dr Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon, namun mahkamah memilih menolak kenyataan mereka selepas mendengar keterangan dari dua saksi pakar Anwar dari Australia.







Sumber : Bernama, KL-TODAY
Read Full 0 comments

Bukan PAGAR, Tapi PEGAR. MELAYU SILAP Selepas JAWI DIMANSUHKAN

Ayam Pegar atau burung Pegar - atau dalam perkataan English berbunyi ‘pheasant’

Pertama sekali terima kasih diucapkan kepada Sdr Rashid Rahman Hassan, atau nama sebenarnya Awang Haji Abdul Rashid bin Awang Haji Damit. Pemuda melayu Brunei ini akhirnya berjaya memberi mencerahan kepada anak bangsa Melayu di Malaysia selepas berpuluh tahun kami keliru selama ini. Rashid ialah pemenang tempat kedua Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri (PABM) 2011 Kategori Nusantara yang diadakan di PICC mewakili negara Brunei.

Pemuda melayu Brunei ini lah yang telah membetulkan kesilapan peribahasa melayu lama di dalam status FB-nya bahawa 'Harapakan PAGAR, PAGAR makan padi' itu salah. Yang betul ialah 'Harapkan PEGAR, PEGAR makan padi'.

Mana ada pagar yang makan padi?. Sebaliknya ialah burung pegar. Jika di Indonesia ia dikenali sebagai ayam pegar. Pernahkah juga kita dengar pemilik sawah padi memagar batas padi mereka?. Tidak pernah. Sejak dahulu lagi batas atau petak padi tidak pernah dipagar!.

Persoalan yang lebih penting di sini. Mengapa kesilapan ini berlaku?. Apakah punca kesilapan ini berlaku?.



Menurut status FB Rashid Rahman, kesilapan ini berlaku apabila terjemahan tulisan Jawi kepada tulisan rumi. FA-GA-RA di dalam tulisan Jawi lama, berbunyi PEGAR dan juga PAGAR. Penterjemah telah tersilap dengan memilih PAGAR. Dan kesilapan ini berlaku sehingga ke hari ini. Ramai yang tidak tahu tentang perkara ini sebelum ini, (mungkin) termasuk juga guru-guru Bahasa Melayu.

Burung Pegar ni digunakan sebagai burung peliharaan yang berperanan seperti burung hantu. Ia akan membunuh tikus dan serangga perosak di sawah padi. Tetapi ketika mengharapkan burung pegar ini untuk memakan tikus dan serangga di sawah, burung pegar ini turut juga memakan padi. Dia mengkhianati kepercayaan tuannya untuk menjaga sawahnya daripada dimakan binatang perosak kerana dia sendiri adalah binatang perosak. Jadilah pepatah ‘harapkan pegar, pegar makan padi’.

Inilah padahnya apabila bangsa Melayu sendiri telah membuang tulisan Jawi. Bukan British atau penjajah yang membuang tulisan jawi di negara kita, sedangkan semasa zaman penjajahan di Tanah Melayu sekitar tahun 40-50an, tulisan jawi digunakan secara meluas.

Mari kita perhatikan sekeliling kita. Kebanyakan warga emas di Malaysia lebih fasih membaca tulisan jawi berbanding tulisan rumi kerana itulah tulisan rasmi sewaktu mereka di bangku persekolahan.

Ayah-ayah dan atuk-atuk kita sendiri banyak menulis di dalam tulisan jawi. Utusan Melayu juga kini telah terkubur. Pemasyhuran kemerdekaan pada tahun 1957 turut ditulis di dalam tulisan jawi.

Semua bencana mala petaka bagi bangsa Melayu ini bermula ketika pendita Za'ba telah memberikan nafas baru kepada tulisan jawi dengan karya agungnya 'Rahsia Tulisan Jawi', dan ia bertukar menjadi malang apabila pemimpin yang mengakui berjuang untuk Melayu itu sendirilah yang telah mentalkinkannya di dalam sistem pendidikan negara kita.

Permulaan kepada pengakhiran tulisan jawi, ialah selepas perlaksanaan Akta Bahasa 1963 di mana tulisan rumi telah dijadikan tulisan rasmi di dalam semua urusan kerajaan khususnya di dalam sistem pendidikan.

Apa yang berlaku di negara kita pada waktu tersebut ialah duplikasi sekularisasi daripada negara Turki, setelah kejatuhan khilafah Uthmaniyyah, antara keutamaan anak didik penjajah ketika itu ialah me'latin'kan tulisan Turki yang asalnya menggunakan huruf Arab.

Daripada wujudnya kelas jawi di sekolah rendah, akhirnya jawi hanya dipelajari dalam mata pelajaran Pengajian Islam sahaja. Kesannya, ramai generasi muda pada hari ini tidak tahu membaca jawi dan lebih sedih menjejaskan 'kelancaran' bacaan al-Quran mereka.

Agak-agaknya, mampukah kumpulan pejuang Melayu atau yang mendabik diri mereka sebagai panglima Melayu ini menulis nama mereka sendiri di dalam tulisan Jawi?.








Kredit - Kisah Seorang Budak U
Read Full 3 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks