blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Papan Tanda Parti KITA Cawangan Melaka DITURUNKAN

Wednesday, January 11, 2012
Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Cawangan Melaka, Kol (B) Hashim Puteh (kanan) memerhatikan penurunan papan tanda parti di pejabat mereka di Taman Gadong Perdana, berikutan pembubaran parti tersebut hari ini.

MELAKA, 11 Jan -- Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) cawangan Melaka telah dibubarkan pada hari ini apabila 60 ahlinya keluar daripada parti itu dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Borang keahlian kesemua mereka diserahkan oleh bekas pengerusi cawangan tersebut Kol (B) Hashim Puteh kepada Pengerusi PKR Melaka, Shamsul Iskandar Mohd Akin yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan.

Hashim memberitahu pemberita pihaknya tidak lagi yakin dengan pucuk pimpinan KITA, Datuk Zaid Ibrahim yang dilihat tidak konsisten dalam perjuangannya.

"Ahli akar umbi mula keliru dengan perjuangan Datuk Zaid yang ada kalanya menyebelahi Umno dan Barisan Nasional, kadang-kadang mirip Pakatan Rakyat. Jadi kita merasakan sebenarnya beliau (Zaid) berpolitik untuk diri sendiri," katanya.


Beberapa ahli Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Cawangan Melaka, memerhatikan kerja-kerja penurunan papan tanda parti di pejabat mereka di Taman Gadong Perdana, simbolik pembubaran parti tersebut hari ini.


Beliau berkata kepimpinan KITA di peringkat pusat juga tidak mempunyai gerak kerja serta program untuk dijalankan bagi mengatasi isu rakyat yang menjadi teras kepada perjuangan parti itu.

Katanya kepimpinan pusat juga tidak mengendahkan cawangan itu sehingga beliau sendiri tidak mengetahui sama ada cawangan berkenaan telah diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) atau masih di peringkat jawatankuasa penaja.

Bekas Setiausaha Agung KITA, Abdul Latif A.Tambi berkata beliau yakin cawangan lain akan mengikut jejak langkah cawangan Melaka.

"Daripada enam cawangan parti ini di seluruh negara, hanya cawangan Kedah yang aktif manakala cawangan lain iaitu Melaka, Pulau Pinang, Pahang, Selangor dan Kelantan tidak ada program," katanya.

Sumber - BERNAMA
Read Full 1 comments

BOB KUMAN Ingin Bersama Gerakan Islam TAPI...: Ust. Azhar Idrus


Sudah lebih seminggu sambutan tahun baru 2012 yang diadakan di Dataran Shah Alam meninggalkan satu fenomena yang hebat. Sambutan meriah yang turut dihadiri oleh artis-artis yang 'jiwa' mereka dekat bersama gerakan Islam. Rupa-rupanya masih ramai lagi artis-artis di luar sana yang ingin bersama-sama dalam gerakan Islam ini. Walaupun menjalani kehidupan yang serba-serbi menyeronokkan - sentiasa bersosial dan berhibur. Namun apabila mereka kembali ke rumah dan berfikir, ramai di antara mereka yang merasakan ada kekosongan dalam diri mereka. Antara artis yang mengkagumi Ust Azhar Idrus adalah Bob Kuman.

Bob Kuman atau nama sebenarnya Husni Mohd Rawi memperolehi nombor telefon Ust Azhar Idrus daripada Zizan dan telah menghubunginya baru-baru ini ketika berada di dalam hospital. Mengakui telah mengikuti siri kuliah dan ceramah Ust Azhar Idrus melalui internet sejak setahun yang lalu, akhirnya beliau berjaya bercakap dan berbual dengan Ust Azhar Idrus sendiri.

Di dalam perbualannya itu, Bob menyampaikan hasrat hati ingin berada bersama-sama dalam gerakan dalam Islam tetapi sentiasa ada halangan. Lebih menarik lagi, beliau turut memaklumkan bahawa bapanya sendiri merupakan penyokong kuat PAS suatu ketika dahulu dan pernah di rumah mereka menjadi markaz PAS.

Bapa Bob Kuman, Hj Mohd Rawi merupakan penyokong kuat PAS

Berdasarkan sambutan dan sokongan yang diterima oleh Ust Azhar Idrus daripada kalangan artis, Ust Azhar telah menyeru kepada orang ramai supaya berdoa kepada Allah, semoga membuka hati orang-orang hiburan seperti ini supaya peminat-peminat mereka akan turut mengikuti jejak langkah mereka (artis) yang ingin mendekati kepada Islam.

Lihat video di sini.
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks