Kurang lagi dua minggu untuk sambutan Tahun Baru Cina, tiket bas dan tiket kereta api telah mula menjadi rebutan. Tiket kereta api untuk perjalanan dari Ipoh ke Singapura telah lama habis dijual!.
Bagaimanapun untuk tiket bas dan tiket kereta api perjalanan daripada Ipoh ke Kuala Lumpur masih dijual. Bagi tiket bas untuk tarikh 20 Januari (Jumaat) ada beberapa syarikat bas yang menyatakan telah habis dijual.
Tiada kenaikan harga semasa Tahun Baru Cina
Tiket perjalanan pagi 22 Januari (Ahad, iaitu pada malam Tahun Baru Cina) juga telah habis dijual dengan cepat.
Menurut seorang kakitangan KTM cawangan Ipoh, untuk perjalanan dari Ipoh ke Singapura kesemua tiket sudah habis dijual. Pada Tahun Baru Cina, perjalanan kereta api dari Ipoh ke Kuala Lumpur, hanya dijual pada 21 Januari. Untuk tiket perjalanan pagi 22 Januari (Ahad, iaitu pada malam Tahun Baru Cina) juga telah habis dijual dengan cepat. Untuk tiket-tiket pada hari-hari lain seperti 26 hingga 28 Januari, perjalanan kereta api balik ke Kuala Lumpur, juga sudah terjual kira-kira 70%.
"Harga tiket keretapi kelas pertama dari Ipoh ke Singapura ialah RM 100, kelas kedua RM48, tiada pelarasan harga pada Tahun Baru Cina, sama seperti biasa."
Untuk tiket kereta api dari Ipoh ke Utara, pukul 2:00 pada tarikh 20 Januari juga telah habis dijual, bagaimanapun tiket untuk hari-hari lain masih ada.
Tiker Kereta api elektrik tidak dijual
Buat masa sekarang tiket untuk sebelum Tahun Baru Cina masih dijual.
Bagi kereta api elektrik dari Ipoh ke Kuala Lumpur (ETS) , menurut kakitangan kaunter jualan masih terdapat tiket dijual. untuk Tahun Baru Cina.
Menurut beberapa pekerja syarikat bas juga, pada masa sekarang tiket untuk sebelum Tahun Baru Cina masih dijual. Hanya tiket pada tarikh 20 Januari yang paling cepat dijual.
Hanya ada beberapa syarikat bas yang sudah kehabisan tiket untuk perjalan pada Tahun Baru Cina dari Ipoh ke Singapura. Masih ada beberapa syarikat yang masih mempunyai beberapa tiket lagi. Dipercayai juga bahawa tiket-tiket ini juga akan habis dijual tidak lama lagi.
Kredit :SCD