blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Rakaman Peserta Perhimpunan 901 BAWA SENJATA BERBAHAYA

Monday, January 9, 2012
Senjata berbahaya atau sekaki payung?. Apabila rakaman ini di zoom dekat, imej pemegang payung yang disangkut pada tali pinggang semakin jelas.

Dalam keriuhan orang ramai yang menghadiri perhimpunan 901, pihak polis berjaya merakamkan gelagat seorang peserta yang 'membawa senjata berbahaya'. Rakaman tersebut menunjukkan seorang lelaki yang sedang berdiri di lereng bukit, sambit 'senjata' tersebut tergantung di tepi seluarnya.

Bagaimanapun rakaman yang dirakam dari jauh itu tidak jelas menunjukkan jenis senjata tersebut. Selepas diperhatikan, 'senjata' yang dimaksudkan lebih menyerupai sekaki payung. Mungkin kerana payung ini disangkutkan pada tali pinggang lelaki tersebut menyebabkan ia kelihatan seakan senjata berbahaya - pedang jika dilihat dari jauhAda beberapa faktor yang menguatkan bahawa objek tersebut bukan senjata :

1. Lelaki itu berdiri dihadapan orang ramai dengan jelas, tenang dan terbuka. Jika dia membawa senjata merbahaya, pasti orang ramai yang memberikan reaksi. Sama ada mereka menangkap lelaki tersebut dan menyerahkan kepada polis, atau orang ramai berlari bertempiaran kerana ketakutan dengan senjata tersebut.

2. Polis yang menjaga keselamatan (termasuk jurukamera polis yang merakamkan kejadian tersebut) pastinya akan mengambil tindakan segera dengan melaporkan dan menangkap suspek tersebut. Polis pastinya tidak akan membiarkan suspek yang sengaja mendedahkan dirinya dihadapan orang ramai secara terbuka itu begitu sahaja.

3. Imej pemegang payung yang disangkut pada tali pinggang seluar agak jelas kelihatan ketika rakaman ini di zoom lebih dekat.




Syukur semuanya berjalan dengan baik walaupun ada provokasi menggunakan letupan mercun berhampiran bangunan medan Mara. Polis yang mengawal dengan baik hari ini juga telah meminta orang ramai bersurai selepas ada provokasi tiga letupan tersebut.Para peserta yang sebelum ini berkumpul di perkarangan mahkamah telah bersurai sepenuhnya.
Read Full 3 comments

KERETA MANGSA BOM Di Perhimpunan 901

Kereta yang terlibat dalam kejadian letupan di parkir bahu jalan di luar kawasan Mahkamah. 

Perhimpunan 901 dikejutkan dengan tiga kejadian letupan bom buatan sendiri, kejadian yang berselang 10 minit itu berlaku di luar Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

Dua orang cedera dalam kejadian ini, kemungkinan besar ini adalah percubaan pihak tidak bertanggungjawab untuk mencetuskan suasana panik dan mencetuskan suasana huru-hara. Mangsa yang tercedera telah dibawa ke hospital oleh anggota JPA yang bertugas.

Menurut Nik Nazmi, kepada sesiapa yang jumpa sebuah lori berwarna putih dengan nombor pendaftaran WSF6374 sila buat laporan kepada pihak polis kerana disyaki menghantar bahan letupan.
Read Full 0 comments

LIVE 901: Ucapan Pertama ANWAR Selepas Keputusan TIDAK BERSALAH

Sebelum itu, penyokong Anwar seramai lebih 5 ribu orang melaungkan 'Reformasi, Reformasi' di luar pintu pagar mahkamah menantikan Anwar Ibrahim keluar daripada mahkamah selepas hakim membacakan keputusan Anwar tidak bersalah di atas tuduhan fitnah II.




Anwar sedang berucap dihadapan penyokong-penyokongnya.


Anwar bagaimanapun sukar untuk berjalan keluar dari perkarangan mahkamah kerana beliau dikerumuni penyokong-penyokong yang mahu bersalaman dengannya. Selepas keluar daripada mahkamah, Anwar berucap di tempat parkir motosikal kompleks mahkamah. Saifuddin Nasution Ismail membuka majlis sebelum menyerahkannya kepada Anwar Ibrahim.

Anwar mengucapkan terima kasih kepada Azizah dan keluarga, barisan peguam yang hebat, serta pimpinan KEADILAN, pimpinan Pas yang datang dengan penuh kekuatan. Anwar turut menegaskan bahawa tugas yang lebih penting selepas ini ialah membebaskan rakyat.

"Rakyat hakim negara!. Kita jumpa di mana nanti?" tanya Anwar.
"Putrajaya!" sambut penyokong-penyokong yang hadir.

Anwar bersama keluarganya akan ke Masjid Wilayah Persekutuan untuk melakukan solat sunat syukur.
Read Full 0 comments

LIVE 901: ANWAR BEBAS!

Rakyat bersorak kegembiraan selepas mendapat tahu keputusan mahkamah bahawa Anwar Ibrahim tidak bersalah.

Alhamdulillah keputusan telah dibaca dan Anwar dibebaskan!. Hakim telah membacakan keputusan tersebut berdasarkan keterangan pendakwa yang tidak disokong. Kedua-dua bukti yang dibakwa pendakwa, DNA dan oral-lisan tidak boleh menyabitkan kesalahan.

Sebaik keputusan itu dibacakan, Anwar memeluk anaknya dan Dr Wan Azizah menangis gembira. Keadaan diluar mahkamah turut riuh dengan laungan reformasi dan tangisan kegembiraan para penyokong. Ada penyokong yang beransur pulang, bagaimanapun masih ramai lagi yang masih menantikan kehadiran Anwar Ibrahim di luar mahkamah. Orang ramai juga kelihatan bersalaman dengan anggota-anggota polis yang bertugas dengan baik.

Antara penyokong yang setia menunggu di hadapan pintu utama mahkamah, hendak melihat Anwar Ibrahim.
Read Full 3 comments

LIVE 901: Sekitar 50 Orang PENYOKONG SAIFUL Hadir Ke Mahkamah

Penyokong PEKIDA yang menantikan kehadiran ketua mereka


Pejuang reformasi, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah tiba di mahkamah. Beliau tiba mahkamah kira-kira jam 8.35 pagi tadi dengan diiringi ahli keluarganya. Laungan reformasi bergema menyambut ketibaan beliau.

Kira-kira 100 orang telah memenuhi ruang luar tingkat lima Mahkamah Jalan Duta. Wartawan mula juga sudah dibenarkan masuk ke galeri awam. Bekas menteri, Kadir Sheikh Fadzir juga turut dilihat berada di kamar mahkamah. Beliau kebelakangan ini kerap mengkritik pentadbiran Najib.

Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang dan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat juga telah tiba di mahkamah diiringi laung takbir. Turut hadir bersama adalah pimpinan Mahasiswa iaitu Sdr Safwan Anang dan Sdr Adam Adli.

Menurut laporan MalaysiaKini, penyokong Saiful yang hadir hanya sekitar lima puluh orang sahaja berbanding ribuan penyokong Anwar yang terdiri dari berbilang bangsa dan kaum yang memenuhi parkir Mahkamah.


Pihak media asing yang turut hadir membuat liputan.


Read Full 1 comments

LIVE 901: 8.00 pagi, 10,000 Rakyat MEMBANJIRI MAHKAMAH

Jam 8 pagi, dianggarkan kira-kira 10,000 rakyat telah berada di hadapan mahkamah untuk menyatakan sokongan terhadap Anwar Ibrahim. Antara yang telah hadir termasuklah Sasterawan Negara A.Samad Said, Datuk Ambiga dan Mariah Chin yang turut memberi sokongan. Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali bersama isteri, Yb Zuraida dan Yb Azan Ismail juga telah tiba.

Poster dan banting 'Bebas Anwar 901' oleh rakyat yang hadir, dan nampaknya 10 syarat ditetapkan oleh polis sebelum ini tidak diendahkan. Bagaimana pun setakat ini tiada sebarang tangkapan dilakukan.

Ada di antara mereka yang bermalam di beberapa hotel bajet di Chow Kit, Kuala Lumpur dan telah tiba di lokasi seawal jam 3 pagi. Ada juga yang bermalam di dalam kereta.

 Sasterawan Negara A.Samad Said, Datuk Ambiga dan Mariah Chin yang turut memberi sokongan





Orang ramai melaungkan takbir dan teriakan reformasi dengan penuh semangat. Ramai pemimpin daripada Pakatan Rakyat yang memberikan ucapan bersilih ganti di luar mahkamah, di antaranya YB Nizar dan Ketua Srikandi, Siti Aishah.

Kepada yang mereka yang masih di dalam perjalanan ke Mahkamah, dicadangkan untuk parkir kenderaan di Matrade.

Anwar Ibrahim dan Tok Guru Nik Aziz dalam perjalanan ke mahkamah dan dijangka tiba dalam 3-4 minit saja lagi. Ada laporan yang menyebut Saiful tidak akan hadir ke mahkamah hari ini. Laporan itu memetik kenyataan peguamnya, Zamei Idrus.

Helikopter masih terbang di ruang udara.


Kredit : KD
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks