blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Lepas Najib, Shahrizat Pula Buat ISYARAT FREEMASON

Wednesday, January 4, 2012


PUTRAJAYA, 3 Jan -- Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil ketika menyampaikan ucapan sempena penyampaian barangan permulaan perniagaan berjumpa RM 2.63 juta kepada 526 orang kurang upaya (OKU) pada program KAR1SMA Teman 1AZAM OKU di KPWKM di sini hari ini.


Bantuan yang diberikan adalah bagi membantu golongan OKU menceburi perniagaan berteraskan konsep Keusahawanan Sosial dan Pendekatan kebajikan produktif dalam usaha memperbaiki taraf kehidupan golongan OKU.


-Bernama



Hahaha..
Dalam banyak-banyak pose yang jurugambar Bernama ambil, gambar Shahrizat dengan pose ini juga yang terpilih. Rasanya ramai yang masih ingat lagi isyarat tangan dari Najib sewaktu ucapan pengulungannya di Perhimpunan Agung UMNO tempoh hari.

Dan hari ini, Shahrizat mengulangi isyarat tangan itu di Putrajaya dalam sebuah program bantuan yang diberikan untuk membantu golongan OKU menceburi perniagaan.

Samada ianya merupakan satu isyarat Freemason yang tersembunyi atau mungkin ianya terjadi secara tanpa disedari, allahu'alam.



Tetapi bagi fanatik freemason, pasti mereka yakin bahawa Shahrizat sedang menyampaikan mesej freemason. Mereka amat mempercayai bahawa simbol-simbolyang ditunjuk oleh Shahrizat ini menunjukkan sifat 'penyembahan' dan kecintaan kepada unsur-unsur kesyaitanan.

Marrs (salah seorang pengkaji Freemason) menyimpulkan simbol ini sebagai 'I Love You, Syaitan'. Mengikut fahaman freemason juga, ianya membawa maksud simbol alat kelamin perempuan atau juga disebut 'yoni'. Bagi pengamal ajaran kesyaitanan tersebut, tiga jari yang terbuka merujuk kepada tiga tuhan sembahan iaitu Iblis

Tetapi kebiasaan yang kita faham, isyarat jari tersebut juga sering digunakan oleh kebanyakan remaja sebagai isyarat 'I love U'. Adalah terlalu ekstrim jika kita menuduh Shahrizat ini pengikut fahaman freemason semata-mata kerana isyarat tangannya itu. Mungkin Shahrizat sekadar ingin menyampaikan rasa 'cinta' dan 'kasih' kepada orang ramai yang ada pada program itu.

ATAU..

Mungkin juga Shahrizat ingin menyampaikan maksud tersirat bahawa dia begitu 'kasih dan sayang' pada jawatannya yang disandang ketika ini. Ya. Barangkali itu maksudnya. Jika tidak, sudah tentu dia melepaskan semua jawatannya itu berikutan isu skandal lembu disebabkan oleh ahli keluarganya.
Read Full 2 comments

Raja Petra, Seorang IKON YANG JATUH

Akhirnya Raja Petra Kamarudin telah dapat tiket untuk pulang ke rumah!. Berapa lama lagi anda boleh hidup dalam buangan dan berpura-pura berjuang untuk demokrasi di Malaysia tetapi tinggal di United Kingdom, ini membuatkan kami sentiasa tertanya-tanya. Lagipun, kita semua mempunyai perut untuk diisi sahabat!.

Saya masih ingat ayat-ayat RPK yang ditulis melalui Malaysia Today yang menyebabkan orang-orang seperti saya berpaling dari Barisan Nasional (BN) demi untuk masa depan Malaysia yang lebih baik, untuk diri kita dan anak-anak kita tanpa dipimpin oleh kerajaan Umno. RPK menyebabkan kita terpaut dengan blognya, dia telah membuatkan kita menge-mel semua tulisannya kepada kawan-kawan kita, dan juga menyebabkan kebanyakan antara kita kembali menulis. Ya, saya tidak pernah menulis tentang apa-apa hal mengenai subjek politik sehingga hari saya menjadi peminat RPK.

Tiap-tiap pagi perkara pertama yang dilakukan ialah Malaysia Today, ia seperti membaca surat khabar dan kemudiannya perkara-perkara lain jatuh ke tempat kedua, dia telah menyebabkan saya tidak lagi membaca akhbar New Straits Times yang saya baca sejak saya berusia 10 tahun, dan menyebabkan saya membaca berita tempatan serta berita luar negara secara on-line. Ya, ia menjimatkan beberapa ringgit setiap hari, dan ia sudah hampir 5 tahun saya sudah tidak membeli mana-mana akhbar arus perdana. Bilangan orang yang saya yakin juga telah berhenti membeli mana-mana akhbar juga mungkin di dalam angka beratus-ratus. Tiada keraguan tentang hal itu, RPK telah mengagumkan kita semua dengan pendedahan dan cerita-cerita disebalik kepincangan. Beliau juga sentiasa mengambil masalah untuk dirujuk kepada manuskrip, undang-undang, dan perlembagaan persekutuan lalu memberikan kita gambaran bahawa beliau adalah pakar yang terbaik setakat ini di dalam hal undang-undang di negara yang kita sayangin ini.

Kali pertama rakyat Malaysia mempunyai akses kutukan terhadap Umno!.

RPK mungkin telah membuatkan kita melihat sesuatu perkara dari perspektif beliau, TETAPI biasanya hentaman kepada Umno yang sentiasa menjadi perhatian, terutama kes pembunuhan Altantuya dan penglibatan First Lady Rosmah Mansor di dalamnya, termasuk Akuan Berkanun oleh penyiasat persendirian P Balasubramaniam yang rumit. RPK menghentam Najib dan Rosmah habis-habisan, dan kerana itu, dia dihormati dan dialu-alukan begitu jauh dan meluas. Ia adalah gambaran sebenar bagaimana begitu tidak popularnya pasangan pertama itu.

Kita dapat melihat, Umno dan BN telah didedahkan dan ditonjolkan sebagai penjenayah murahahan. Ia menjadi satu obsesi bagi kita yang mahu dan ingin melihat rejim jahat ini ditunjukkan jalan keluar. Akhirnya, ketika kita makan, bernafas dan tidur di atas politik Malaysia ini dalam keadaan menentang Barisan Nasional. Nampaknya hampir semua perkara-perkara yang dia katakan terhadap UMNO dan Barisan adalah benar, atau akhirnya menjadi benar, walaupun Hishamuddin Menteri Dalam Negeri, berkata bahawa apa-apa yang dikatakan di dalam Malaysia Today adalah hanya 40% fakta.

Keghairahan yang pembangkang cipta pada PRU-12 Mac 2008 mencapai takat didih, dan ceramah RPK di Kampung Raja Uda, Klang adalah salah satu daripada ceramah yang akan diingati untuk tempoh masa yang lama bersama-sama dengan penceramah utama - Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahims dengan ucapan-ucapan mereka yang menghentam Umno, khususnya di Selangor, meyebabkan semua orang bersemangat. Mungkin ini apa yang Umno sedang cuba usahakan bersama RPK - cuma kali ini dalam mod yang bertentangan. Tetapi bolehkah RPK yakinkan rakyat Selangor bahawa Anwar sebenarnya mempunyai dua tanduk dan ekor manakala Najib seorang yang cool dan sempurna?. Adalah menyedihkan melihat taraf hidup yang telah jatuh sehingga ke tahap itu bagi seorang manusia seperti RPK, yang sepatutnya perlu dihormati dan tidak diturunkan ke dalam kumpulan 'pembantu Umno' yang semakin bertambah.


2008, dia ditangkap dan dalam buangan

Keputusan pilihan raya 2008 adalah titik kejayaan yang tinggi untuk RPK. Pembangkang mengambil lima negeri termasuk mahkota permata di Selangor , dan mengurangkan majoriti dalam Parlimen Barisan Nasional (BN). Saya tidak tahu tentang anda, tetapi dia menyebabkan kita bekerja semasa pilihan raya - saya dan kawan-kawan saya telah menghabiskan masa kami di Sungai Siput berkempen menentang Samy Vellu di atas kehendak kami sendiri. Tidak, kami tidak mahu Samy Vellu untuk menang dan terus untuk menindas kaum India jadi kami membelanjakan hampir RM7,000 untuk kempen itu termasuk menghantar beribu-ribu SMS kepada orang yang tidak dikenali.

Kemudian dia ditangkap di bawah ISA dan dakwaan yang akan dibuat. Beliau menjadi Hero di kalangan kami, beliau dengan mudah menarik lebih daripada 50,000 pembaca dan peminat . Saya masih ingat ketika vigil lilin di semua bandar utama termasuklah di pusat membeli-belah Amcorp, kami semua bersama isterinya Marina mengadakan vigil, kami sanggup berdiri di luar mahkamah untuk beberapa jam ketika pendakwaannya, tidak kisah panas atau sakit. Ada beberapa di antara kami telah ditangkap ketika vigil tetapi kami tidak peduli, kami bersamanya kerana dia telah menunjukkan kepada kami cara untuk ke arah Malaysia yang lebih baik.

Kemudian dia melarikan diri dan hidup dalam buangan. Kami gembira untuknya, kami berharap yang terbaik untuknya dan Marina, sekurang-kurangnya dia boleh menulis dan memberi pandangan dari luar Malaysia dengan aman dan selamat. Kami menangis apabila anaknya telah ditangkap dan diseksa, kami merasakan ianya adalah balas dendam oleh Umno kepadanya. Kami berdoa untuk keselamatan anaknya, sehinggalah hari beliau  memberi temu bual pertama kepada STAR ketika itu.


Kejutan STAR

Ya, kita merasakan dia mengecewakan kami dalam temu bual itu, selepas menghentam Rosmah bertahun-tahun, tiba-tiba dia mengalihkan sokongan beliau untuk Najib dalam satu temu bual. Serta merta, pembaca setianya akan dapat menghidu bau tikus. Pembaca senyap kepadanya. Beliau menjadi paria, walaupun begitu, sebahagian daripada kita masih mengharap kepadanya, kita tahu tangannya digari.

Mana ada bapa yang akan membenarkan anaknya dikenakan tindakan kerananya dan kerja-kerja yang dilakukannya. Kami fikir bahawa mereka yang berkuasa akan menggunakan langkah-langkah yang melampau memujuknya, dan kami betul setakat itu. Anaknya dibebaskan tidak lama selepas temu bual itu. Sekarang saya akan tanya soalan kepada RPK mengenai hubungannya dengan Anwar - ya, hubungannya yang sering panas dan sejuk dengan Anwar dan parti Keadilan. RPK datang masuk dan keluar Keadilan mengikut keinginannya.

Anda juga sedar, sejak dari awal kita tidak ambil kira kepada Anwar atau orang-orang dalam Keadilan, kerana mereka semua daripada Umno. Oleh kerana itu, kami merasakan mereka sudah biasa dengan rasuah dan berat sebelah, dan semasa berada dalam Umno, Anwar kerap kali melayan orang India dengan cara yang salah. India tidak begitu mengigemari Anwar.

Melalui era Reformasi, pertama sekali orang ramai sebenarnya simpati kepada Wan Azizah, kemudian Nurul Izzah dan kemudian barulah Anwar, tetapi melalui kempen Bebaskan Anwar oleh RPK, dia telah membuat kita percaya kepada Anwar semula.


Pembelotan terakhir?

Namun, hari ini kawan ku RPK, anda memilih untuk menghentam Anwar. Kami tidak peduli jika ia adalah pendapat anda atau apa yang anda fikirkan tidak betul sebelum ini tetapi menjadi betul pada hari ini. Setakat yang kami tahu, kita telah menerima Anwar dan Pakatan Rakyat. Ya, Anwar bukanlah malaikat seperti mana anda melihat Najib atau Rosmah yang berharga bagi anda sekarang.

Anda lihat, Anwar berkarisma dan itulah mengapa dia mampu menggabungkan hubungan dalam Pakatan dan mereka boleh bergerak walaupun pelbagai halangan yang dilemparkan oleh Umno dan BN. Anwar, tidak kira bagaimana anda membencinya, adalah pemangkin untuk Pakatan - satu gabungan pembangkang yang mampu menggerunkan Barisan Nasional (BN).

Kita rakyat Malaysia perlukan Pakatan untuk melakukan semak dan imbang pada Barisan Nasional (BN). Pakatan telah berkembang semakin kuat untuk sepanjang 3 tahun ini. Ia mempunyai kelemahan. Sebagai mana RPK berkata, Pakatan Rakyat tidak boleh menang GE-13, dia mungkin betul atau juga mungkin tidak betul, tetapi itu kita tidak peduli. Kita hanya mahu pembangkang menamatkan 54 tahun pemerintahan buruk oleh Umno dan Barisan Nasional. Cukup cukup lah.

Tidak kira apa yang anda katakan, wahai RPK, tidak lama lagi, kita akan mempunyai pembangkang sebagai kerajaan dan mereka akan matang pada masa itu. Anda berkata Selangor akan jatuh, tetapi saya berani bertaruh dengan anda, ia tidak akan berlaku.

Apa sahaja yang anda fikir terhadap Anwar kami tidak peduli, walaupun Anwar benar-benar 'torpedo' Saiful, atau 'melayan' pelacur Thai kita tidak peduli. Ia adalah masalah peribadinya sehingga ia benar-benar terbukti. Kami hanya mengambil berat kepada Pakatan dan Anwar adalah sebagai pemangkin dan oleh itu jangan timbulkan masalah.


Pakatan Rakyat lebih kuat daripada anda sekarang, malah blogger Umno adalah lebih baik daripada anda sekarang

Jika Anwar tidak penting, mengapa Najib mahu membayar anda begitu banyak atau menghabiskan begitu banyak usaha untuk membenarkan anda bercakap bagi dirinya. Mengapa terus menerus menyerang Anwar? Apa yang hebatnya tentang Anwar sehingga dia tidak benar-benar hebat?.

Juga, sedih untuk mengatakan walaupun wawancara sensasi dalam akhbar-akhbar Melayu, saya tidak fikir ramai rakyat Malaysia akan mengenepikan skandal NFC, layanan polis di UPSI, protes Adam Adli atau keputusan kes fitnah Liwat II 9 Januari ini. Keputusannya akan sama. Rakyat akan membenci Umno kerana Najib dan Rosmah. Akhirnya, ia bukan Anwar yang akan hilang kerana temu bual anda itu. Tetapi adalah anda sendiri, wahai RPK, yang telah membuat pertaruhan dan kalah dengan teruk.

Tidak, wahai RPK, hari ini anda telah membeli kebebasan anda dan akan pulang ke rumah tidak lama lagi. Saya fikir ada "udang di sebalik batu" dalam kes anda, dan saya merayu untuk berbeza pendapat apabila anda mengatakan anda tidak kisah dengan pengkritik anda seperti saya atau apa yang kita fikirkan.

Kebenaran yang menyedihkan adalah orang-orang seperti Big Dog Mohamad Zakhir, Rocky Bru Ahhrrudin Attan dan juga Parupu Kari atau Papagomo adalah orang yang lebih baik daripada anda sekarang, RPK. Sekurang-kurangnya mereka tetap pada akar mereka dan tidak menundukan kepala begitu rendah sehingga anda boleh menghidu bau najis dalam seluar mereka.

Bagaimanapun, kami ucapkan semoga yang terbaik untuk anda demi persahabat lama kita, selamat tinggal kepada anda dan Malaysia Today.


Penulis:  Mathias Gomes, Stan Lee
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks