blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

TERKINI : Pengerusi BEBAS, Safwan Anang KRITIKAL DIBELASAH POLIS

Sunday, January 1, 2012
Safwan Anang, Pengerusi BEBAS yang dibelasah polis kini dlm perjalanan ke Hospital Slim River sumber : twitter SMM




Sambutan tahun 2012 menjadi dimulakan dengan adegan pembantaian nyawa pelajar pelajar UPSI yang mengadakan demonstrasi membantah pihak UPSI dan menuntut keadilan sebenar diberikan kepada pelajar, bukan menuruti kemahuan pemerintah zalim yang takut dengan kebangkitan rakyat.

Pada sambutan tahun 2012 sebentar tadi, kira-kirar 40 mahasiswa yang berkumpul di depan UPSI telah diserang polis dan di angkut ke dalam trak. 9 mahasiswa kemudiannya telah ditahan dan dibawa ke penjara Tanjung Malim.


Gambar mahasiswa mangsa kekejaman polis pada tahun baru 2012

Menurut twitter dari SMM, kesan dari pergelutan ketika tangkapan itu, Sdr Safwan Anang yang juga pengerusi BEBAS telah tidak sedarkan diri. Manakala Sdr Ahmad yang cedera juga telah mendapatkan rawatan dan dijahit di Hospital Tanjung Malim. Safwan pula telah dipindah dari hospital Tanjung Malim ke hospital Slim River dalam keadaan kritikal.

Antara berita yang terkini kami terima, Sdr Khalid Ismath juga antara yang ditahan polis.

Menyedari tindakan susulan daripada mahasiswa yang akan berhimpun di hadapan Balai Polis Tanjung Malim untuk desak pembebasan rakan-rakan mereka. Pihak Polis telah membuat sekatan jalan bagi jalan-jalan yang menghala ke arah Balai Polis Tanjung Malim. Orang awam telah dihalang untuk melepasi sekatan jalanraya ini,  dan hanya peguam yang dibenarkan.

Peguam-peguam yang ada di Balai Polis Tanjung Malim bagaimanapun masih tidak dibenarkan bejumpa (sehingga laporan ini ditulis) dan diminta menunggu dokumentasi yang sedang dibuat oleh polis. Peguam hanya akan dibenarkan berjumpa dengan mahasiswa yang ditahan dokumentasi lengkap.


Berita lanjut akan menyusul.




Sumber :  twitter SMM
Read Full 6 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks