blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Monday, December 31, 2012

TEMBOK Setinggi 60 METER, Ia TERTINGGI Di KL


KUALA LUMPUR:  Tembok penahan hakisan di Bukit Setiawangsa adalah tembok tertinggi di bandar itu.

Pengarah Jabatan Kejuruteraan Awan dan Saliran DBKL, Tan Keng Chok berkata berdasarkan garis panduan semasa, tembok tersebut "terlalu tinggi" dan tidak lagi dibenarkan sekarang.

Beliau berkata garis panduan hanya membenarkan seperti tinggi tembok penahan seperti itu pada ketinggian 36 meter. Jika melebihi ketinggian tersebut akan dianggap berbahaya.

Perbezaan penggunaan tembok penahan hakisan jenis 'shotcrete' dan 'active netting' - kredit The Star

"Tinggik tembok penahan hakisan Setiawangsa menjangkau 60 meter dan adalah yang tertinggi yang pernah dibina di bandar ini. Itulah sebabnya jalan itu dinamakan Puncak Setiawangsa, ia dinamakan sempena puncak bukit itu, " katanya semalam.

Ditanya sama ada kekurangan penyelenggaraan adalah salah satu punca keruntuhan, Tan berkata: "Garis panduan hari ini memerlukan program penyelenggaraan yang ketat dan berkala. Ikram (Institut Kerja Raya Malaysia) masih dalam proses untuk mengetahui apa yang telah menyebabkan tembok tersebut runtuh dan kita tidak akan membuat sebarang spekulasi," katanya.

Tan berkata pihaknya telah cuba untuk mengenal pasti kawasan-kawasan lain menggunakan tembok yang serupa yang mungkin juga berisiko.

Beliau menambah bahawa antara jenis tembok penahan hakisan jenis shotcrete di bandar ini adalah terletak di Sri Hartamas dan Taman Esplanade, Bukit Jalil.

"Kedua-duanya adalah agak rendah dan tidak membimbangkan. Kebanyakan tempat lain menggunakan tembok konkrit dan tetulang.

"Pada masa lalu, kita tidak mempunyai rekod di mana penggunaan tembok jenis ini digunakan. Pemaju yang membinanya dan menyelenggarakannya. Tetapi selepas insiden terbaru ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan memantau lebih dekat pada mereka," katanya.
Sila 'share' artikel ini di facebook anda untuk manfaat bersama dengan klik butang ini --->

1 comments:

liza said...

Buat lah tembok cina sekalipun kalau dh kehendak Allah nak musnahkan tidak mustahil. Sikap rakus & tamak manusia tu sendiri menjahamkan bumi ciptaan Tuhan yg seharusnya dipelihara akhirnya mengundang bala!

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks