blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Monday, December 3, 2012

POLIS Amerika Yang BAIK HATI



Seorang anggota polis New York menjadi terkenal selepas gambarnya memberikan sepasang kasut but kepada seorang gelandangan tersebar di internet. Pemuda berusia 25 tahun dan bertugas di bahagian anti-pengganas ini telah “menghangatkan” seluruh warga Amerika dengan sifat mulianya ini.

Seperti yang diceritakan oleh seorang pemerhati, Jennifer Foster pada waktu gambar itu diambil suhu udara begitu dingin sekitar 3 darjah Celcius ketika dia sedang melakukan rondaan di sekitar pusat membeli belah di Time Square New York. Ketika itu anggota polis ini melihat seorang gelandangan tanpa sepasang karut...dan kakinya sudah mula kelihatan kebiruan kerana kesejukan. Tidak lama kemudian seorang anggota polis datang sambil membawa bungkusan plastik.

Anggota polis ini duduk dihadapan pengemis ini dan memberikan sepasang kasut but yang baru sahaja dibelinya. Setelah kasut bersama stokin diberikan kepada pengemis tersebut, anggota polis tersebut sempat berpesan kepada pengemis tersebut supaya berhati-hati dan menjaga diri.

Anggota Polis New York Lawrence DePrimo dan Jennifer Foster, wanita yang bertanggungjawab merakamkan saat dia membantu pengemis yang kesejukan di dalam rancangan temubual Today.

Rakaman CCTV kedai kasut menunjukkan saat anggota polis itu membeli kasut dan stokin untuk pengemis tersebut.


Seorang pekerja di kedai kasut tersebut menunjukkan jenis kasut yang dibeli oleh anggota polis kepada pengemis yang kesejukan.

Jennifer Foster yang tersentuh dengan peristiwa tersebut segera merakamkan saat yang dianggapnya sangat mengharukan itu tanpa disedari oleh anggota polis dan pengemis tersebut lalu memuat naik ke dalam Facebooknya.

New York Times kemudiannya mengenalpasti bahawa identiti anggota polis tersebut adalah Lawrence DePrimo berusia 25 tahun dan bertugas di bahagian polis anti-keganasan. Kebesaran hatinya apabila menyumbangkan kasut tersebut kepada pengemis itu telah dijadikan simbol kemanusiaan…

Lawrence ketika ditemubual oleh New York Daily News menceritakan…"Saya yang sedang memakai kasut pun turut merasakan kesejukan, apatah lagi jika orang itu tidak memakai kasut."

Lalu saya menghampiri pengemis tersebut dan menanyakan dimana kasutnya ... lalu pengemis itupun menjawab “Semua baik-baik saja…saya belum pernah mempunyai kasut....semoga Tuhan memberkati anda kerana bertanyakan hal ini..."

Lawrence segera bergegas ke kedai kasut dan membeli stokin bersama kasut but pada harga USD 75  sebelum kemudiannya kembali semula kepada pengemis tersebut dan menyarungkan sendiri stokin dan kasut itu ke kaki pengemis tersebut.

Malah dia turut menjemput pengemis itu utk minum kopi panas tapi menolaknya sambil berkata…"Tuan sudah melakukan sesuatu yang cukup banyak berbuat diri saya…. semogaTuhan memberkati anda…saya suka anda..”
Sila 'share' artikel ini di facebook anda untuk manfaat bersama dengan klik butang ini --->

1 comments:

Semerah Cili! said...

ada jugak polis amerika yg baik erk...

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks