blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Friday, October 5, 2012

Perkahwinan JANET JACKSON Dan Jutawan Qatar Bernilai USD 20 JUTA



DOHA - Janet Jackson dan tunangnya yang juga seorang jutawan Wissam al-Mana (gambar) sedang merancang untuk berkhwin di ibu negara Qatar, Doha dalam sebuah majlis perkahwinan mewah dianggar bernilai USD 20 juta (lebih RM 60 juta) pada tahun 2013, menurut sebuah laporan media pada hari Rabu (3/10/2012).

Menurut maklumat terdekat majlis perkahwinan tersebut akan menjadi "salah satu majlis yang terbesar, ekstravaganza yang paling diingati dalam sejarah."

"Mereka telah menetapkan tentatif selewat-lewatnya pada tahun 2013 untuk tarikh perkahwinan itu. Tetapi mereka masih merancang untuk mencari hari yang sesuai," kata sumber kepada sebuah majalah.

Pengarang buku terkenal dari Turki, Adnan Oktar (aka Harun Yahya) mendakwa semasa temu bualnya dengan rangkaian Turki pada tahun 2010, bahawa Janet, 46, dan arwah abangnya Michael Jackson telah memeluk agama Islam.

"Saya telah memberikan kepada Janet Jackson sebuah buku karangan saya," kata Adnan. "Saya juga memberikan kepada allahyarham (Michael Jackson) sebuah buku saya. Abangnya adalah seorang Muslim. Janet juga pada hakikatnya seorang Muslim. Seperti abangnya, dia menyembunyikan (identiti) itu. Dia adalah seorang mukmin yang taat ... sama seperti abangnya. "

Pasangan itu untuk merancang untuk membelanjakan USD 3 juta (lebih RM 9 juta) untuk perbelanjaan menerbangkan 500 tetamu mereka dari seluruh dunia, menurut laporan itu. Wissam dilaporkan merancang untuk menghadiahkan kepada semua tetamu jam tangan Rolex berharga USD 10,000 (lebih RM30 ribu) sebagai ucapan terima kasih kerana menghadiri majlis tersebut.

"Wissam akan menjadikan majlis perkahwinannya dengan Janet sebuah majlis perkahwinan terhebat abad ini," kata orang dalam yag tidak mahu namanya didedahkan dalam majalah National Enquirer itu.

Wissam dilaporkan 10 tahun lebih muda daripada Janet dan kedua-dua mereka telah berkenalan sejak musim panas 2010. Beliau dilaporkan telah melamar Janet pada tahun lepas cincin berlian 15-karat.

Wissam al-Mana, 36, adalah seorang eksekutif di al-Mana Group, sebuah entiti besar perniagaan di Qatar.
Sila 'share' artikel ini di facebook anda untuk manfaat bersama dengan klik butang ini --->

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks