blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Saturday, September 22, 2012

Manisnya PUTERI Sultan Brunei Dan KERABATNYA BERTUDUNG Ketika MAJLIS PERKAHWINANNYA



BRUNEI - Bandar Seri Bagawan baru sahaja meraikan majlis pernikahan Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah dengan Pangeran Haji Muhammad Ruzaini. Proses pernikahan puteri Sultan Brunei, Hasanal Bolkiah itu berlangsung dengan meriah di Istana Kesultanan Brunei Darussalam pada hari Jumaat (21/9/2012). Lebih manis pengantin perempuan, pengiring pengantin dan kerabat diraja Brunei lengkap bertudung melambangkan kepatuhan mereka kepada pegangan agama Islam yang kuat.

Hafizah adalah anak kelima Sultan Hasanal Bolkiah, yang juga merupakan salah seorang terkaya di dunia, dari isterinya Ratu Saleha. Sultan Hasanal Bolkiah memiliki 12 anak, terdiri dari lima putera dan tujuh puteri hasil daripada tiga perkahwinannya.

Hafizal dan Ruzaini sama-sama bekerja sebagai pegawai awam negeri. Hafizah yang merupakan sarjana pentadbiran perniagaan bekerja di Kementerian Kewangan manakala Ruzaini di pejabat Perdana Menteri.




Majlis pernikahan akan berlangsung selama seminggu lebih bermula dari hari Ahad (23/9/2012). Para pemimpin ASEAN dan perwakilan negara asing akan turut hadir dalam pesta tersebut.

Jumlah undangan yang akan menghadiri majlis tersebut belum diketahui. Sebagai perbandingan, pada majlis pernikahan pangeran Al-Muhtadee Billah pada 2004, seramai 2,000 undangan yang hadir termasuk anggota kerajaan Malaysia, Jordan, Inggeris, dan Jepun.

Pada upacara majlis kali ini, pengantin akan berada di istana dan dikawal siang malam. Namun, pengantin akan diperkenalkan kepada umum melalui perarakan. Pasangan pengantin akan dibawa menaiki Rolls Royce, yang juga merupakan kenderaan rasmi kerajaan.
Sila 'share' artikel ini di facebook anda untuk manfaat bersama dengan klik butang ini --->

1 comments:

ibnu marzuki al firdaus said...

Tetek pun manis gak, bai... Haha

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks