blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Wednesday, August 22, 2012

SHEIKH Terkenal AUSTRALIA SYAHID Di Syria


SYRIA - Konflik di Syria telah menjadikanya ia sebagai salah satu pusat Jihad dunia. Ribuan Muslim telah menjadi Syuhada, antaranya termasuklah para ulama. Sheikh Mustapha Al Majzoub, seorang Sheikh terkemuka di Sidney, Australia, yang dilaporkan juga terbunuh di Syria, syahid (insyaAllah), seperti yang dilaporkan oleh The Sydney Morning Herald hari ini.

Sheikh Al Majzoub yang memiliki latar belakang keluarga dari Syria telah bertolak ke Syria pada awal Jun tahun ini untuk berjihad di jalan Allah.

Berita kesyahidannya telah juga telah disahkan oleh aktivis Syria. Ada beberapa laporan yang mengatakan bahawa Sheikh gugur akibat serangan roket ketika ia sedang memimpin operasi bersama Mujahidin lain di kota Salma.

Pada 21 Januari 2012, Sheikh Al Majzoub turut bersama dalam demonstrasi menyokong Muslim Syria yang menentang rejim Bashar Assad di Paul Keating Park, Bankstown, Sidney, Australia. Beliau juga turut berucap dalam demonstrasi tersebut. Dalam ucapannya itu Sheikh dengan penuh rasa persaudaraan sesama Islam menyampaikan pesanan tentang Muslim yang tertindas di seluruh dunia, tkhususnya di Syria. Sheikh menjelaskan bahawa bahan bakar umat Islam adalah darah-darah para Syuhada-nya. Lihat petikan ucapannya dalam klip di bawah.

Sheikh Al Majzoub syahid (insyaAllah) dalam usia muda meninggalkan isteri dan keluarganya. Kesyahidannya akan meninggalkan kesan yang mendalam di hati keluarga dan jemaah Muslim di Sidney, khususnya para pemuda Muslim. Semoga Allah menerima dan merahmatinya.


Sila 'share' artikel ini di facebook anda untuk manfaat bersama dengan klik butang ini --->

3 comments:

Unknown said...

Apahal dia pergi Syria??? Patutnya dia pi Palestine sana...syahid di bunuh Zionist...bukan mati disebabkan pertelingkahan antara puak nak rebut kerusi pemerintahan di Syria...

Umar Abdul Aziz said...

Salam anon 22082012 3:29PM, salah kah arwah pulang berjihad di tanah air sendiri? Mana tau dia nak rebut kerusi? Saudara sudah pun bersangka buruk.

author faethal said...

Unknown kena banyak baca berkenaan isu di Syria dari pelbagai sumber. Jangan hanya baca dari 'satu' sumber sahaja.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks