blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Monday, July 2, 2012

Inilah BUAYA TERBESAR Di DUNIA - Guinnes World Records


MANILA – Guinness World Records (GWR) telah mengumumkan, buaya yang melakukan serangan berdarah di selatan Filipina ini adalah merupakan buaya paling besar di dunia.

Buaya yang diberi nama Lolong ini ditangkap pada September tahun lalu di kota Bunawan, wilayah Agusan del Sur. Menurut jurucakap GWR Anne-Lise Rouse, buaya ini memiliki panjang 6.17 meter dan berat melebihi 1 ton.

Seperti dilaporkan oleh HuffPost, reptilia ini telah mengalahkan buaya dari Australia yang memiliki panjang lima meter dan berat hampir 1 ton. Menurut Datuk Bandar Edwin Cox Elorde, beliau mengakui masih risau kerana adan kemungkinan buaya raksasa seperti ini masih berkeliaran di daerahnya.


Buaya seberat satu ton ini yang dipercayai telah membaham seorang nelayan ini berjaya menarik perhatian ramai. Ia juga merupakan buaya terbesar di dunia yang berjaya ditangkap hidup-hidup.

Buaya ini berjaya ditangkap setelah tiga minggu perburuan oleh penduduk setempat yang hidup dalam ketakutan sejak lebih 20 tahun yang lalu. “Haiwan buas ini harus ditangkap kerana mengancam penduduk dan haiwan ternakan. Malah, buaya ini mampu menelan tiga orang sekaligus," tambah Edwin Elorde.

Walapupun telah menelan korban, buaya ini bagai ditakdirkan menjadi bintang. Kini, buaya ini dimanfaatkan menjadi bintang penarik pelancong di Agusan, Filipina.

Sejak penangkapannya, Lolong menjadi haiwan penarik pelancong ke kawasan itu. Ia jugal memberi pulangan pendapatan tiga juta Peso (lebih RM200 ribu). Hasil pulangan itu sebahagian besarnya digunakan untuk makanan dan rawatan buaya itu.
Sila 'share' artikel ini di facebook anda untuk manfaat bersama dengan klik butang ini --->

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks