blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Friday, July 20, 2012

Di mana BASHAR AL-ASSAD Dan Keluarganya?


Di mana Presiden Bashar Assad?. Ia masih tidak diketahui. Khabar angin yang tersebar di Twitter mengatakan bahawa beliau mungkin berada di bandar pantai Latakia. Walau bagaimanapun, laporan dari Reuters mengatakan bahawa Menteri Pertahanan Syria yang baru telah mengangkat sumpah pada hari Khamis (19 Julai 2012) di hadapan Assad menggambarkan seolah-olah presiden masih berada di Damascus.

Laporan Associated Press pula mengatakan lokasi kedudukan presiden, isteri dan tiga anak kecil mereka masih belum diketahui. Assad semakin jarang muncul di khalayak ramai, kemunculannya semakin menjadi perhatian sejak rejim menerima serangan hebat kelmarin.

Foto ini muncul dengan menunjukkan Presiden Syria Bashar Assad berada di Damascus pada hari Khamis ketika upacara angkat sumpah Menteri Pertahanan yang baru Fahad Jassim al-Freij. Rakaman ini muncul di TV Syria, tetapi kesahihan gambar ini tidak dapat disahkan.

Bashar al-Assad yang dipercayai sedang berada di bandar pantai Latakia telah mengarah tindak balas terhadap serangan pengeboman kelmarin yang mengorbankan iparnya dan dua pegawai lain.

Khabar angin juga yang mengatakan isterinya Asma, yang membesar di London telah melarikan diri ke Rusia. Pihak pro-kerajaan semalam telah bangkit melawan serangan habis-habisan kumpulan anti rejim.

Aktivis anti-rejim berkata bahawa tentera kerajaan telah mula menyerang kawasan kejiranan di dalam dan sekitar ibu negara sebagai tindak balas terhadap serangan pengeboman semalam.

Lebih daripada 200 orang, kebanyakannya orang awam telah terbunuh dalam keganasan di seluruh negara semalam, termasuk 38 orang di Damascus, menurut laporan Pejabat Pemantau Hak Asasi Manusia yang berpangkalan di Britain.

Letupan kuat, tembakan dan serangan oleh helikopter kedengaran di Damascus, dan pasukan tentera telah memakai topeng gas, sekaligus meningkatkan kebimbangan bahawa senjata kimia turut digunakan.
Sila 'share' artikel ini di facebook anda untuk manfaat bersama dengan klik butang ini --->

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks