blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Tuesday, June 19, 2012

Zulkifli Hir MASIH HIDUP

Ibu kepada pemimpin Jemaah Islamiyah, Aminah Abdul Aziz, 64, yang tinggal di Kampung Jeram Masjid, Bakri, Muar, Johor bersama gambar anaknya Zulkifli Hir

Anggota kumpulan pengganas Jemaah Islamiyah (JI) kelahiran Muar, Zulkifli Hir, yang didakwa terbunuh dalam serangan udara tentera Filipina Februari lepas, dipercayai masih hidup tetapi cedera parah.

Menurut sumber perisikan serantau, Zulkifli yang lebih dikenali dengan nama samarannya, 'Marwan', kini disembunyikan kumpulan Abu Sayyaf di Pulau Jolo dengan kawalan keselamatan yang ketat.

Sumber itu, yang enggan mendedahkan dirinya disebabkan maklumat tersebut amat sensitif, juga berkata kumpulan Abu Sayyaf yang melindungi Zulkifli kerap berpindah daripada satu lokasi ke lokasi lain bagi mengelak dikesan.

"Mereka (kumpulan Abu Sayyaf) kerap berpindah kerana tekanan yang amat kuat (daripada tentera Filipina yang dibantu tentera Amerika Syarikat)," katanya.

Kredit - Bernama
Sila 'share' artikel ini di facebook anda untuk manfaat bersama dengan klik butang ini --->

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks