blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Sunday, January 1, 2012

TERKINI : Pengerusi BEBAS, Safwan Anang KRITIKAL DIBELASAH POLIS

Safwan Anang, Pengerusi BEBAS yang dibelasah polis kini dlm perjalanan ke Hospital Slim River sumber : twitter SMM




Sambutan tahun 2012 menjadi dimulakan dengan adegan pembantaian nyawa pelajar pelajar UPSI yang mengadakan demonstrasi membantah pihak UPSI dan menuntut keadilan sebenar diberikan kepada pelajar, bukan menuruti kemahuan pemerintah zalim yang takut dengan kebangkitan rakyat.

Pada sambutan tahun 2012 sebentar tadi, kira-kirar 40 mahasiswa yang berkumpul di depan UPSI telah diserang polis dan di angkut ke dalam trak. 9 mahasiswa kemudiannya telah ditahan dan dibawa ke penjara Tanjung Malim.


Gambar mahasiswa mangsa kekejaman polis pada tahun baru 2012

Menurut twitter dari SMM, kesan dari pergelutan ketika tangkapan itu, Sdr Safwan Anang yang juga pengerusi BEBAS telah tidak sedarkan diri. Manakala Sdr Ahmad yang cedera juga telah mendapatkan rawatan dan dijahit di Hospital Tanjung Malim. Safwan pula telah dipindah dari hospital Tanjung Malim ke hospital Slim River dalam keadaan kritikal.

Antara berita yang terkini kami terima, Sdr Khalid Ismath juga antara yang ditahan polis.

Menyedari tindakan susulan daripada mahasiswa yang akan berhimpun di hadapan Balai Polis Tanjung Malim untuk desak pembebasan rakan-rakan mereka. Pihak Polis telah membuat sekatan jalan bagi jalan-jalan yang menghala ke arah Balai Polis Tanjung Malim. Orang awam telah dihalang untuk melepasi sekatan jalanraya ini,  dan hanya peguam yang dibenarkan.

Peguam-peguam yang ada di Balai Polis Tanjung Malim bagaimanapun masih tidak dibenarkan bejumpa (sehingga laporan ini ditulis) dan diminta menunggu dokumentasi yang sedang dibuat oleh polis. Peguam hanya akan dibenarkan berjumpa dengan mahasiswa yang ditahan dokumentasi lengkap.


Berita lanjut akan menyusul.




Sumber :  twitter SMM
Sila 'share' artikel ini di facebook anda untuk manfaat bersama dengan klik butang ini --->

6 comments:

..cik faTiha Tea'ah... said...

sedihnya baca nih..situasi seolah diluar negara,insan2 yg menuntut hak diperlakukan tanpa belas kasihan..sedangkan sang pemimpin sdg bersuka ria di malam tahun baru..yaALLAH, berikanlah kekuatan kpd mereka2 yg telah teraniya...

fikir... said...

boleh percaya ke tu... jgn tertipu dengan gambar konspirasi... mcm himpun bersih dulu... jgn mudah terpedaya dengan pembohongan semua ini ...

Detik Islam said...

Assalamualaikum, Encik, mohon untuk link kan blog Detik Islam di sini. http://detikislam.blogspot.com/

Terima kasih

azman kamarul said...

ada juga pencacai umno dalam komen kat sini ni....cukup2 lah jadi wakil syaitan...biarlah syaitan je yang buat kerja syaitan.
BUDAK2 TU DAN NAZAK DIBELASAH DIK PUAKA-PUAKA TU MASIH NAK JADI PENCACAI LAGI KE....fikir lah ....biar guna akatl dan OTAK.

PenganutPAS said...

ya anda ada hak untuk bersuara tapi bukan memanggil pihak berkuasa sebagai anjing .

anda bebas menuntut kebebasan akademik tapi anda perlu sedar kebebasan akademik bukan dijalanraya.

anda boleh berdemo tapi bukan dengan memanjat dan menggoncang pagar tempat anda mencari ilmu

anda boleh zahirkan ketidakpuasan hati tapi bukan cara melawan undang2 dan larangan pihak berkuasa.

anda bebas untuk memperjuangkan hak tapi bukan dengan memecahkan pintu klinik.

anda boleh mengutarakan prinsip anda tapi bukan dengan cara menjadi kuda tunggangan ahli politik

dan anda boleh berbaring diatas jalan sampai anda tua tapi jangan sesekali menyusahkan orang lain.

Jadi siapa yang buat keje syaitan ??

1M'sia said...

Salam..
Tahniah kpd mahasiswa kerana mahu berubah membebaskan institusi pengajian tnggi ke arah p'capaian tinggi tanpa konkongan politik pemerintah BN dgn p'undngan AUKU keatas pelajar..Kecewa dgn pihak polis tanpa rasa malu memukul insan yg b'statuskn 'mahasiswa' ini..ugut, herdik, kejar dan pukul mnunjkkan tindakan keatas mahasiswa ini xade bezanye dgn pnjenayah jahat dan snggh memalukan..Negara perlukn perubahan, hampir keseluruhan rakyat sudah bangkit untuk berubah, berubah ke arah cara hdup yg lebih baik drpd rasuah (lembu dll), fitnah (kes yg menjijikkn dll), kos k'hdupan yg makin tahun m'bbankan, jgn hlang kami kerana negara hidup b'teraskan demokrasi sptmane samelah jgak slogan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks