blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Thursday, January 12, 2012

Bukan PAGAR, Tapi PEGAR. MELAYU SILAP Selepas JAWI DIMANSUHKAN

Ayam Pegar atau burung Pegar - atau dalam perkataan English berbunyi ‘pheasant’

Pertama sekali terima kasih diucapkan kepada Sdr Rashid Rahman Hassan, atau nama sebenarnya Awang Haji Abdul Rashid bin Awang Haji Damit. Pemuda melayu Brunei ini akhirnya berjaya memberi mencerahan kepada anak bangsa Melayu di Malaysia selepas berpuluh tahun kami keliru selama ini. Rashid ialah pemenang tempat kedua Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri (PABM) 2011 Kategori Nusantara yang diadakan di PICC mewakili negara Brunei.

Pemuda melayu Brunei ini lah yang telah membetulkan kesilapan peribahasa melayu lama di dalam status FB-nya bahawa 'Harapakan PAGAR, PAGAR makan padi' itu salah. Yang betul ialah 'Harapkan PEGAR, PEGAR makan padi'.

Mana ada pagar yang makan padi?. Sebaliknya ialah burung pegar. Jika di Indonesia ia dikenali sebagai ayam pegar. Pernahkah juga kita dengar pemilik sawah padi memagar batas padi mereka?. Tidak pernah. Sejak dahulu lagi batas atau petak padi tidak pernah dipagar!.

Persoalan yang lebih penting di sini. Mengapa kesilapan ini berlaku?. Apakah punca kesilapan ini berlaku?.



Menurut status FB Rashid Rahman, kesilapan ini berlaku apabila terjemahan tulisan Jawi kepada tulisan rumi. FA-GA-RA di dalam tulisan Jawi lama, berbunyi PEGAR dan juga PAGAR. Penterjemah telah tersilap dengan memilih PAGAR. Dan kesilapan ini berlaku sehingga ke hari ini. Ramai yang tidak tahu tentang perkara ini sebelum ini, (mungkin) termasuk juga guru-guru Bahasa Melayu.

Burung Pegar ni digunakan sebagai burung peliharaan yang berperanan seperti burung hantu. Ia akan membunuh tikus dan serangga perosak di sawah padi. Tetapi ketika mengharapkan burung pegar ini untuk memakan tikus dan serangga di sawah, burung pegar ini turut juga memakan padi. Dia mengkhianati kepercayaan tuannya untuk menjaga sawahnya daripada dimakan binatang perosak kerana dia sendiri adalah binatang perosak. Jadilah pepatah ‘harapkan pegar, pegar makan padi’.

Inilah padahnya apabila bangsa Melayu sendiri telah membuang tulisan Jawi. Bukan British atau penjajah yang membuang tulisan jawi di negara kita, sedangkan semasa zaman penjajahan di Tanah Melayu sekitar tahun 40-50an, tulisan jawi digunakan secara meluas.

Mari kita perhatikan sekeliling kita. Kebanyakan warga emas di Malaysia lebih fasih membaca tulisan jawi berbanding tulisan rumi kerana itulah tulisan rasmi sewaktu mereka di bangku persekolahan.

Ayah-ayah dan atuk-atuk kita sendiri banyak menulis di dalam tulisan jawi. Utusan Melayu juga kini telah terkubur. Pemasyhuran kemerdekaan pada tahun 1957 turut ditulis di dalam tulisan jawi.

Semua bencana mala petaka bagi bangsa Melayu ini bermula ketika pendita Za'ba telah memberikan nafas baru kepada tulisan jawi dengan karya agungnya 'Rahsia Tulisan Jawi', dan ia bertukar menjadi malang apabila pemimpin yang mengakui berjuang untuk Melayu itu sendirilah yang telah mentalkinkannya di dalam sistem pendidikan negara kita.

Permulaan kepada pengakhiran tulisan jawi, ialah selepas perlaksanaan Akta Bahasa 1963 di mana tulisan rumi telah dijadikan tulisan rasmi di dalam semua urusan kerajaan khususnya di dalam sistem pendidikan.

Apa yang berlaku di negara kita pada waktu tersebut ialah duplikasi sekularisasi daripada negara Turki, setelah kejatuhan khilafah Uthmaniyyah, antara keutamaan anak didik penjajah ketika itu ialah me'latin'kan tulisan Turki yang asalnya menggunakan huruf Arab.

Daripada wujudnya kelas jawi di sekolah rendah, akhirnya jawi hanya dipelajari dalam mata pelajaran Pengajian Islam sahaja. Kesannya, ramai generasi muda pada hari ini tidak tahu membaca jawi dan lebih sedih menjejaskan 'kelancaran' bacaan al-Quran mereka.

Agak-agaknya, mampukah kumpulan pejuang Melayu atau yang mendabik diri mereka sebagai panglima Melayu ini menulis nama mereka sendiri di dalam tulisan Jawi?.








Kredit - Kisah Seorang Budak U
Sila 'share' artikel ini di facebook anda untuk manfaat bersama dengan klik butang ini --->

3 comments:

alba said...

Memang agak 'confuse' kalau PAGAR boleh makan padi. Lagipun mana sawah pernah dipagar??

mola said...

Pasal buta-jawi lah maka negeri Johor tu jadi Johor Negeri Kerdil. Takzim tu maknanya kerdil, sepatutnya ta'azim bermkaud agung/besar. Tengok je lah penggunaan 'di' di TV dan lain-lain. Lintang pukang jadinya. Nak tahu pi http://ybmate.blogspot.com

opitz said...

Terbaik...
Baru aku tahu ...
Terima kasih taw info...

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks