Sebuah lukisan yang menyerupai gambar artis dalam skandal seks Edison Chen, telah dipamerkan di sebuah pameran seni di Nanjing, China.
Lukisan yang menunjukkan seorang wanita separuh bogel yang mirip bintang Hong Kong, Cecilia Cheung dalam sebuah karya seni Yang Linchuan.
Postur wanita yang mendedahkan bahagian dada adalah itu menyerupai salah seorang penyanyi-pelakon yang pernah timbul dalam skandal Edison pada 2008.
Yang juga dikatakan telah melukis gambar-gambar wanita yang menyerupai artis pelakon veteran China, Zhang Xiaoqing, dalam beberapa hasil kerjanya yang lain.
Yang bagaimanapun menafikan dia melukis mana-mana individu secara khusus.
"Ia hanyalah andaian orang, yang berfikir imej wanita ini kelihatan seperti wanita itu dan itu," katanya kepada Henan Shangbao.
Guru Besar Sekolah Zhongshan Sastera dan Sains menimbulkan kekecohan tahun lalu, apabila dia berbogel di dalam kelas dan selepas model yang sepatutnya muncul tidak datang untuk pelajar-pelajarnya.
Peristiwa ini membuat dirinya digelar dengan nama samaran "MGuru Besar Naked Model".
- Henan Shangbao