blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Hasan Ali TARIK BALIK Kritikan TAPI..

Saturday, December 24, 2011
Bekas pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali hari ini memohon maaf berhubung kritikannya terhadap konsep negara kebajikan yang dianjurkan parti itu dan menarik balik kenyataannya berhubung perkara itu.

Sebagai ahli PAS dan ahli jawatankuasa pusat, katanya, beliau mengakui terdapat unsur-unsur yang keterlaluan apabila beliau mengulas perkara itu.

Dengan itu, katanya, beliau menarik balik komennya tentang negara kebajikan dan memohon maaf kepada kepimpinan PAS kerana keterlaluannya itu.

Exco Selangor yang kontroversi ini bagaimanapun menegaskan lebih cenderung kepada konsep 'negara Islam' berbanding 'negara kebajikan'.

Hasan sebelum ini mengecam golongan bukan ulama dalam PAS dan menuduh parti itu telah menyeleweng daripada perjuangan Islam.

Dalam sidang akhbar pada Selasa lepas, sebagai contoh, beliau berkata golongan bukan ulama "yang lebih cenderung mengamalkan politik akomodasi" yang beliau dakwa telah "mengorbankan prinsip perjuangan parti".

Beliau berkata ini menyebabkan parti telah berubah dari landasan 'negara Islam' kepada 'negara kerajaan perpaduan' dan terkini 'negara kebajikan'.

“Negara Berkebajikan ini tidak perlu dilakukan oleh PAS. Mana-mana negara hebat seperti Sweden dan United Kingdom semua negara berkebajikan  ...orang-orang sekular dan terpelajar ini mampu melakukannya,” kata beliau ketika itu.

Bekas Pesuruhanjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali ketika mengadakan sidang media mengenai kenyataan yang dibuat oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali yang mengaitkan beliau dengan agenda UMNO di kediamannya di sini, hari ini.


Sumber : Bernama,Mkini
Read Full 0 comments

Dijangkiti HIV Selepas Membuat TATOO Di BALI


Jabatan Kesihatan Australia Barat telah mengeluarkan amaran selepas "semua bukti-bukti" menunjukkan bahawa tatoo yang dibuat di Bali baru-baru ini merupakan punca kepada jangkitan HIV.

Pengarah Jabatan Kawalan Penyakit Berjangkit, Paul Armstrong berkata membuat tatoo dan tindikan pada tubuh di luar negara, terutamanya di negara-negara yang sedang membangun, tidak digalakkan.

"Sedangkan kaedah membuat tatoo di Australia Barat perlu mematuhi peraturan-peraturan dan kod amalan yang ketat dan, peraturan membuat tatoo di luar negara mungkin tidak memenuhi standard yang sama," kata Dr Armstrong.

"Kes ini menunjukkan betapa risiko kesihatan amat tinggi jika prosedur (membuat tatoo) di luar negara," katanya.

Difahamkan Pusat Kesihatan Australia Barat dimaklumkan oleh pusat selepas seorang penduduk di Australia Barat menjalani ujian darah apabila dia kembali daripada Indonesia.

Umur dan jantina mangsa yang membuat tatoo di Bali itu bagaimanapun tidak didedahkan.

Sumber: Agensi
Read Full 0 comments

NAJIB Ziarah Allahyarham HAMID OTHMAN

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi penghormatan terakhir kepada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Allahyarham Tan Sri Abdul Hamid Othman, di kediamannya Taman Tenaga, Puchong di sini malam tadi. Allahyarham,72, meninggal dunia dipercayai akibat serangan angin ahmar.


Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan takziah kepada isteri bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Allahyarham Tan Sri Abdul Hamid Othman, Puan Sri Jamilah Mohd Said di kediamannya Taman Tenaga, Puchong di sini malam tadi.


Kredit : Bernama
Read Full 0 comments

ADUN Tendong MENINGGAL DUNIA

Dr Muhammad bin Daud, ADUN Tendong, Pasir Mas

Baru sahaja terima berita kematian Allahyarham YB Dr Muhammad bin Daud, ADUN Tendong, Pasir Mas sebentar tadi.

Beliau dikatakan meninggal secara mengejut di rumahnya. Takziah diucapkan kepada keluarga beliau, semoga pemergiannya semasa masih berkhidmat dikira sebagai amalan yang baik di sisi Allah SWT.

Dan semoga Allah SWT memasukkannya di kalangan hamba-hamnbaNya yang soleh.


Sumber : FB
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks