blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

HAMID OTHMAN Meninggal Dunia Selepas SERANGAN STROK

Friday, December 23, 2011
Tan Sri Dr Abdul Hamid Othman.

KUALA LUMPUR, 23 Dis -- Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu meninggal dunia hari ini dipercayai akibat serangan strok.

Abdul Hamd, 72, yang merupakan penasihat Maju Holdings Sdn Bhd meninggal dunia kira-kira pukul 4.45 petang ketika sedang menjalankan urusan kerja di pejabatnya di Maju Junction di sini.

aL-Fatihah
Read Full 0 comments

SAH, AC Mizal Dan Eizlan Yusof BERGELAR "DATUK" Hari Ini

PEKAN, 24 Okt -- SYUKUR ... Pesonaliti televisyen terkenal Datuk Mizal Zaini lebih dikenali AC Mizal (kiri) bersama kawanya Datuk Idris Md Yusof lebih di kenali Ezlan Yusof menerima pingat Peringkat Kedua Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran "Datuk".


Pesonaliti televisyen terkenal Datuk Mizal Zaini lebih dikenali AC Mizal (kiri) dan isteri Datin Emylia Rosnanda Abdul Hamid bersama kawanya Datuk Idris Md Yusof lebih di kenali Ezlan Yusof dan isteri Datin Viashantie Harun melihat pingat Peringkat Kedua Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran "Datuk" yang diterima suami masing-masing selepas pada Majlis Istiadat Pengurnian Darjah-Darjah Kebesaran Pahang sempena memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan yang ke-81 Sultan Pahang di Istana Sultan Abu Bakar di sini, hari ini.



Kredit : Bernama
Read Full 1 comments

MUFTI PERLIS Tempelak JPN, Anak BUKAN WARGANEGARA MALAYSIA


KUALA LUMPUR - Mufti Perlis Dr Juanda Jaya hari ini membidas perkhidmatan awam dan Putrajaya selepas Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menafikan taraf warganegara Malaysia kepada anaknya.

Kejadian itu berlaku pada awal pagi tadi apabila Juanda, yang berbangsa Melanau, cuba untuk memperbaharui kad pengenalan anak perempuannya yang berusia 12 tahun itu di pejabat JPN di Kuching.

"Anak saya tanpa kerakyatan! Sistem jenis apakah ini? Adakah kita berada di Afrika atau Zimbabwe yang huru-hara?" katanya dalam satu kenyataan.

"Dalam masa begitu ramai warga asing dikatakan telah diberikan kewarganegaraan, anak perempuan saya yang berbangsa Melanau, Bumiputera Sarawak yang berhak mendapat kerakyatan yang jelas dipelihara di dalam Perlembagaan, tiba-tiba dikatakan bukan seorang warganegara Malaysia."

Juanda berkata walaupun isterinya adalah seorang warganegara Indonesia, tidak ada sebab anaknya harus menjadi mangsa, lebih-lebih lagi kerana di dalam rekod JPN sendiri telah mengenalpasti kanak-kanak itu sebagai berbangsa Melanau.

Beliau berkata anak perempuannya telah menziarahi saudara-maranya di Jakarta awal bulan ini menggunakan pasport Malaysia, jadi bagaimana dia mungkin boleh ditandakan sebagai bukan warganegara bukan dalam sistem JPN ini.

"Bagaimana anda rasakan jika, sebagai seorang Bumiputera yang jelas disebut dalam Perlembagaan sebagai pribumi ... dalam negara ini dimana hak perlembagaannya terjamin, tetapi anda secara tiba-tiba telah dinafikan hak-hak oleh sistem negara tercinta ini?

"Ini hak minimum untuk kewarganegaraan. Bukannya hak untuk mendapatkan lesen pembalakan atau projek-projek durian runtuh. Tambahan lagi, bahawa hak ini dinafikan oleh sistem yang sedia ada," katanya.

Juanda, yang menuntut di pusat pengajian berprestij Universiti Al-Azhar Kaherah, juga menyamakan interaksi beliau ketika berurusan dengan pegawai JPN Kuching bagaikan seorang pegawai Mesir di bawah Hosni Mubarak semasa permohonan visa tahunan beliau ketika beliau menuntut di sana suatu ketika dulu, dan beliau turut mempersoalkan dakwaan-dakwaan kerajaan bahawa perkhidmatan awam mereka kini lebih cekap .

Beliau berkata telah diberitahu oleh seorang pegawai JPN di sana untuk mengemukakan sijil perkahwinan, walaupun pada hakikatnya ia bukanlah satu keperluan dan tidak pula dinyatakan pada mana-mana papan kenyataan di sana, dan (dokumen) itu tidak pernah diminta ketika dia membuat permohonan untuk kad pengenalan anak perempuannya sebelum ini.

"Kenapa begini? Menteri Dalam Negeri boleh memberikan taraf kewarganegaraan kepada warganegara asing tetapi anak kelahiran Malaysia sendiri dinafikan hak kewarganegaraan?

"Apa yang berlaku kepada sistem negara kita? Siapa yang akan membantu anak perempuan saya mendapatkan kerakyatan beliau?," tambahnya.


Kredit : TMI
Read Full 0 comments

LELAKI Mati Terkena KEJUTAN ELEKTRIK Ketika MANDI

Mangsa renjatan - Tye Chuan Sin

GEORGETOWN - Seorang lelaki ditemui maut setelah terkena renjatan elektrik ketika mandi di bilik air di rumahnya di Changkat Bukit Gambir, petang semalam.

Tye Chuan Sin, 40 tahun ditemui dalam keadaan hos mandian berbelit pada lehernya.

Terdapat juga kesan terbakar pada mulut, bahu kanan dan dadanya, dipercayai kerana renjatan elektrik daripada alat pemanas air yang mengalami masalah litar pintas.

Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng, walaupun kes ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut, siasatan masih diteruskan jika ada sebarang unsur-unsur jenayah.



Kredit : The Star, Sinar
Read Full 0 comments

(RAKAMAN) Berita PEMERGIAN ANNISA Di Dalam BULETIN PAGI

Berita pemergian Annisa di dalam slot BULETIN PAGI hari ini.


Seperti yang diketahui ramai, khususnya teman-teman blogger yang mengenali blogger Kulup Sakah, semalam adalah merupakan hari yang mendukacitakan bagi Mohd Affandi Ramli dan Raja Rohaisham Raja Muhaiddin, di atas pemergian Annisa Afendi, 10 yang mengalami kecacatan cerebral palsy (CP), menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 8.50 pagi semalam di Hospital kajang. Selain berita pemergian Annisa ini dimaklumi oleh rakan-rakan seperjuangan, ia juga turut menarik perhatian stesen TV3 yang membuat liputan berita ini dalam slot Buletin Pagi hari ini. Lihat rakaman di bawah :



Jenazah Annisa kemudiannya disolatkan di Masjid Jamek, Kajang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Kantan, selepas solat Zohor.

Sebelum ini, kempen Hope 2 Walk ini bermula dari idea Mohd Affandi selepas mendapat inspirasi seorang penulis dan rakan Encik Hassan Suyut dan Cikgu Dora. Siapa mereka? Lihat di sini. Buku mereka ini bagaikan memberi peluang kepada Annisa dan adiknya, An-Nur Affandi, 8 menikmati kehidupan yang lebih baik seperti kanak-kanak lain.

Hope 2 Walk dilancarkan untuk mengumpul dana bagi pembiayaan perubatan An-Nur dan Annisa yang mengalami CP atau Mitochondrial Disease. Walaupun selepas pemergian Annisa, kempen Hope 2 Walk ini tetap diteruskan bagi menjayakan rawatan kepada An-Nur. Semoga usaha dan jariah kalian mendapat ganjaran selayak dari-NYA di Mahsyar kelak. AMIN.


Kredit : Zunar
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks