blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Kereta MELOMPAT Di Restoran Shah Alam, Seorang PATAH KAKI

Thursday, December 22, 2011

Suasana santai dan tenang sambil menjamu selera di sebuah restoran bertukar menjadi huru-hara apabila secara tiba-tiba sebuah kereta 'melompat' masuk ke ruang menjamu selera pelanggan di sana.

Kereta yang melompat masuk ke sebuah restoran di Giant Seksyen 7, Shah Alam itu telah melanggar seorang pelanggan lelaki lalu menyebabkan kaki kanannya patah.

Menurut seorang pelanggan, Shahrul Azwan yang turut berada di tempat kejadian, dipercayai pemandu tersebut hendak mengundurkan kenderaan, tetapi tersilap dan menyebabkan kenderaannya meluru ke depan.

Kredit gambar : FazallahPit
Read Full 1 comments

Khabar Gembira UNTUK KULUP SAKAH

Mohd Affandi Ramli dan Raja Rohaisham Raja Muhaiddin bersama adik An-Nur : kredit AdukaTaruna


Sesungguhnya Allah lebih mengasihi-mu, dan syurgalah tempat mu di sana wahai Annisa.

Annisa yang dilahirkan dalam suci dan bersih, kelak nanti di alam mahsyar, akan menjadi penolong bagi kedua orang tuanya. Namun ingatlah wahai Mohd Affandi Ramli dan Raja Rohaisham Raja Muhaiddin, anak itu hanya mampu menolong kalian jika kalian masih berada di dalam jalan Islam.

Andai kalian menyimpang dari jalan Islam atau berbagai aturan yang telah ditetapkan Allah dan Rasul-Nya, pertolongan itu akan batal dengan sendirinya. Anak ini menanti kalian disana dengan syafaat selagi kalian mentaati perintah Allah dan Rasul-Nya.

Bagaimanakah perasaan yang kalian rasakan di atas pemergian Annisa apabila secara tiba-tiba anak kecil ini dijemput sang Khaliq?. Tentu sedih dan mungkin berasa putus asa kerana kehilangan seseorang yang kita sayangi, malah Annisa sedang di dalam perhatian kita dan tumpuan kita untuk menjayakan proses perubatannya. Namun tahukah kalian, ada hikmah di sebalik setiap peristiwa, termasuklah kematian jika kita mampu menilainya secara bijak, penuh kesabaran dan keikhlasan.

Hope 2 Walk - Jom bantu Annisa dan An-Nur. Pelancaran tabung bantuan untuk Annisa dan An-Nur yang kami lancarkan bersama SAMM di Muar pada 11 Disember yang lalu.


 Kutipan bantuan sumbangan untuk 'Hope 2 Walk' diteruskan semasa perlancaran ABU di Taman Melewar.

Banting untuk kutipan sumbangan program 'Hope 2 Walk' di Taman Melewar.


”Innalillahi Wa innalilallhi Roji’un” Sesungguhnya kita ini adalah milik Allah, dan pasti kita akan kembali kepada pemilik kita, Allah Ta’ala

Nah, inilah khabar gembira untuk kalian yang kehilangan Annisa untuk seketika.

Sabda Rasulullah, diriwayatkan dari Anas ra, berkata : ”Rasulullah saw bersabda, tidaklah seorang muslim kematian tiga anaknya yang belum baligh, kecuali, Allah pasti akan memasukkannya ke dalam syurga berkat kasih sayang-Nya kepada anak-anaknya tersebut, ”(HR Bukhari muslim).

Tiga anak ?

Adakah mesti tiga atau dua anak baru kalian menikmati kemewahan syurga?. Kalau begitu bagaimana dengan orang tua yang kematian seorang anak ?. Atau yang tiada kematian anak sama sekali?.

Sesungguhnya Allah Maha pemurah lagi Maha Bijaksana, hal di atas ternyata tidak hanya berlaku bagi orang tua yang kehilangan 3 atau 2 anaknya, kepada orang tua yang hanya kehilangan seorang anak pun akan dapat merasakan nikmatnya syurga sebagaimana dengan orang tua yang tiada kematian anakdari umat Rasullullah.

Ingat, Rasulullah adalah pemberi syafaat (pertolongan ). Dan syafaat Rasulullah ini akan diberikan kepada umatnya yang dikehendaki, termasuklah kalian.

Syurga ini hanya pengganti Annisa yang dipanggil oleh Allah. Sesunguhnya Annisa merupakan ladang berkah dan rahmat, ketika masih hidup ataupun telah meninggal dunia, Annisa sentiasa memberikan manfaat bagi kalian.

Menurut Hadis Qudsi:
Allah SWT berfirman pada hari kiamat kepada anak-anak:
"Masuklah kalian ke dalam surga!"
Anak-anak itu berkata: "Ya Rabbi (kami menunggu) hingga ayah ibu kami
masuk."
Lalu mereka mendekati pintu syurga! tapi tidak mahu masuk ke dalamnya. Allah
berfirman lagi: "Mengapa, Aku lihat mereka tidak mahu masuk? Masuklah kalian
ke dalam surga!"
Mereka menjawab: "Tetapi (bagaimana) orang tua kami?" Allah pun berfirman:
"Masuklah kalian ke dalam syurga bersama orang tua kalian."
(Hadits Qudsi Riwayat Ahmad dari Syurahbil bin Syua'ah yang bersumber dari
sahabat Nabi SAW)

Penegasan oleh Allah memperlihatkan betapa besar keutamaan anak-anak dan betapa besar pula pengaruh redha, qada' dan qadar Allah bagi mereka yang sabar dan memanjatkan puji rasa syukur kehadirat Nya.

Sabarlah Mohd Affandi Ramli dan Raja Rohaisham Raja Muhaiddin. Annisa sedang menanti kalian disana.
Read Full 1 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks