blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

GAMBAR WANG Kertas Dan Syiling BARU

Wednesday, December 21, 2011
KUALA LUMPUR, 21 Dis -- Kakitangan Bank Negara, Nor Aimah Mohd Nor,32, menunjukkan Note baru Ringgit Malaysia yang akan di keluarkan pada Julai tahun depan, di sini, hari ini.


Gambar Wang kertas dan Wang syiling keluaran terbaru oleh Bank Negara Malaysia yang akan di gunakan pada Julai tahun depan di sini, hari ini.


Kakitangan Bank Negara, Nor Aimah Mohd Nor,32, menunjukkan nilai Wang kertas Note baru RM20 yang akan di keluarkan pada Julai tahun depan di sini, hari ini.


Kredit : Bernama
Read Full 3 comments

PENIPUAN FACEBOOK Meningkat Selepas Kematian KIM JONG IL

Inilah yang sering terjadi disaat diktator yang terkenal meninggal dunia. Para penipu di dunia maya akan berlumba-lumba memanfaatkan nama Kim Jong Il untuk melakukan kejahatan dan penipuan. Bagaimana caranya?.

Bagi kumpulan penipuan kad kredit atau identiti yang biasa dikenali sebagai Phisher akan sibuk mencari kaedah yang menguntungkan mereka apabila berlakunya kematian tiba-tiba diktator Korea Utara Kim Jong Il. Hal ini juga serupa seperti yang terjadi ketika Osama bin Laden dan Muammar Ghadafi terbunuh.

Berhati-hatilah jika anda menerima pautan di Facebook atau dari hasil carian Google yang menawarkan kepada anda gambar ‘eksklusif’ jasad Kim, koleksi minuman keras Kim atau sebagainya.

Pautan-pautan ini akan membuatkan anda membuka laluan yang mampu menjangkiti komputer anda. Cukup seladar hanya dengan membuka pautan tersebut. Di Facebook pula, seperti dilaporkan Foxnews, jangkitan boleh terjadi melalui klik pada butang ‘Like’.

Jika anda merasa tidak yakin pada sesuatu pautan, sebaiknya anda mengakses laman web yang benar-benar sudah memiliki reputasi yang baik. Selain itu, pastikan firewall komputer aktif dan anti-virus anda sudah diperbaharui.
Read Full 0 comments

Bendera Najib, KIM JONG-IL Versi MALAYSIA

Bendera Kim Jong-Il pada mesyuarat kebangsaan tahun 2004


Salah seorang daripada pelajar yang berdemo menentang Akta Universiti dan Kolej Universiti yang pada Sabtu lepas, Adam Adli telah menurunkan bendera Najib Tun Razak. Tidak jelas mengapa Najib Tun Razak telah mentransformkan dirinya dan diterbangkan sebagai bendera. Adakah dia menyangka dirinya adalah sebuah negara?.

Ini adalah kali pertama kebanyakan di antara kita mendengar amalan seperti ini oleh Perdana Menteri Malaysia. Najib Tun Razak mempunyai benderanya sendiri dan dikibarkan di hadapan ibu pejabat parti itu. Ia adalah lebih cenderung kepada perkara-perkara yang diinginkan oleh mendiang Kim Jong-il.

Sebenarnya wajah Najib yang dicetak pada bendera berdiri ini adalah hasil gabungan dengan lagu yang dipanggil 'PM Kita' yang sering dimainkan kerajaan BN adalah propaganda biasa.

Ia jelas adalah satu amalan yang cuba diwujudkan Najib. Beliau telah memulakan kultus personaliti!. Atau mungkin kita harus menyebutnya secara jujur, ia boleh juga dipanggil suatu kultus kekurangan-personaliti. Jika ada sesiapa yang cuba membandingkankan sifat-sifat yang membezakan di antara Najib dan Anwar Ibrahim,  Anwar adalah lebih karisma, personaliti dan kecerdasan yang sentiasa bersedia berbanding Najib.


Kim Jong-Il Versi Malaysia 

Jika kita ada rancangan Oprah, kita mungkin boleh melihat peristiwa-peristiwa yang mungkin berlaku di zaman kanak-kanak Najib yang telah menyebabkannya sentiasa sedih, dan amat gemar untuk menarik perhatian. Tetapi kita tidak ada rancangan itu, dan kita akan mencadangkan kaedah-kaedah lain untuk menarik perhatian lain yang boleh digunakan oleh Najib.

Dia boleh membuat cawan atau mug Najib, topi Najib, lukisan cat wajah Najib pada LRT dan keretapi KTM dan juga imej Najib yang berseri-seri pada sisi kapal terbang Air Asia. Juga boleh diwujudkan bas Najib, beg sekolah Najib, bola golf Najib dan perkataan Najib yang ditulis di langit menggunakan kapal terbang.

Jika ini tidak mencukupi, maka dia boleh menerbitkan kisah-kisah bagaimana Najib berjaya membuat 12 pukulan hole-in-one pada kali pertama beliau bermain golf (Kim Jong-Il pernah mendakwa berjaya membuat 11 pukulan) atau bagaimana sebuah komet muncul di langit pada saat dia dilahirkan.


Polis dan samseng-samseng Umno mengamuk kerana kejadian itu

Adam Adli, yang cuba untuk membuat laporan polis kerana menerima ancaman dan ugutan bagaimanapun telah diserang dan dipercayai dilakukan oleh seorang anggota polis berpakaian biasa (ya, ia ada di YouTube). Anggota polis yang sama, mendakwa namanya adalah 'Ruslan Mokhtar', cuba mereka fiksyen bahawa dia adalah orang biasa yang berasa marah dengan perbuatan Adam kerana menurunkan bendera Najib.

Ruslan juga menafikan bahawa dia adalah 'Gangster Umno' walaupun tindakannya sama seperti itu. Adalah sukar untuk menentukan sama ada 'Ruslan' adalah 'Gangster Umno' atau seorang anggota polis berpakaian biasa kerana kedua-duanya tidak banyak perbezaan. 'Ruslan' juga turut mengancam untuk 'mencari' dan 'mengajar' Adam.

Anggota polis yang ada pada masa itu tidak berminat untuk mengamalkan undang-undang dengan menangkap 'Ruslan' kerana ancaman itu. Mungkin pada mereka, seperti biasa, menunggu laporan dan jika tidak mereka tidak boleh bertindak ke atas perkara itu.


Tiada lagi wakil tunggal orang Melayu

Apa yang jelas perbuatan Adam itu telah menyebabkan Umno terkesima dan gelisah. Mereka telah bertindak balas dengan memanggil Adam sebagai 'kurang ajar', mengancam beliau secara fizikal dan secara amnya akan mencari beliau. Tentulah sebelum ini kita tidak pernah dengar ada orang Melayu yang berarak ke ibu pejabat Umno dan menurunkan bendera presiden. Tetapi masa telah berubah, dan Umno perlu menerima bahawa mereka bukan lagi wakil tunggal orang Melayu.

Mereka sudah tidak menjadi wakil Melayu sejak beberapa tahun yang lalu. Sudah tentu Umno tidak boleh menjadi wakil kepada orang Melayu termiskin yang membentuk 70% daripada mereka yang berada di bawah garis kemiskinan di Malaysia. Sebaliknya, Umno kini hanya mewakili kumpulan minoriti Melayu yang kaya dengan dasar-dasar dan layanan istimewa yang menjahanamkan negara, kaum Melayu dan kaum-kaum lain.

Bagaimana mereka boleh jangkakan belia Malaysia akan menghormati seseorang yang lemah dan tidak cekap

Umno begitu bertolak-ansur dengan seorang Menteri, dimana pasangan suami isteri dan anak-anak mereka ini telah menyapu berjuta-juta dana kerajaan untuk kondominium mewah di KL, Singapura dan lain-lain kekayaan yang kita tidak tahu. Rasuah seperti itu tidak hanya merosakkan seorang individu di dalam Umno tetapi ia terus meregut rasa hormat hingga ke akar umbi teradap sebuah parti yang pernah dihormati suatu ketika dulu.

Sebagai contoh NFC yang telah dianugerahkan kepada keluarga Shahrizat Jalil ini menunjukkan Muhyiddin telah membenarkan satu penyerahan dana awam, tanpa sebarang had perusahaan, dan sebelum menandatangani apa-apa perjanjian. Dan ia semakin nyata dilakukan dengan cara yang tidak betul apabila muncul Khairy Jamaluddin yang cuba mempertahankan (pada mulanya), dan melindungi Shahrizat Jalil. Bagi rakyat yang terpaksa mengikat perut di dalam menghadapi kenaikan harga barang makanan, juga boleh membuat kesimpulan bahawa mereka semua sebenarnya bersama-sama di dalam hal ini.

Bagi Adli Adam yang dianggap kurang ajar, dia berjaya membuktikan dirinya bagaikan jerami yang mematahkan punggung unta, (peribahasa Arab), dan yang paling penting, dia adala seorang Melayu sebenar, dan wira Malaysia. Letakkan gambarnya pada bendera dan dia lebih berhak kerana lebih berwibawa berbanding Najib Razak yang lesu, suram dan kurang bermaya.


Oleh : Ismail Dahlan, Malaysia Chronicle
Read Full 1 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks