blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

6 MAUT, Kemalangan Bas Ekspres BRUNEI DI SABAH

Tuesday, December 20, 2011
TAMPARULI, 20 Dis -- Penumpang warga emas Brunei bergelimpangan sementara menunggu bantuan dalam kemalangan bas ekspres warga Brunei, yang berlaku di KM8.9 Jalan Ranau-Tamparuli dekat Kampung Koporingan dekat sini petang tadi.


Anggota bomba membantu salah seorang warga emas Brunei yang terlibat dalam kemalangan bas ekspres Brunei.


Anggota bomba membantu warga emas Brunei yang terlibat dalam kemalangan bas ekspres warga Brunei.


Penumpang warga emas Brunei bergelimpangan sementara menunggu bantuan dalam kemalangan bas ekspres warga Brunei.

Setakat ini enam orang terkorban dalam nahas ini termasuk dua yang terkorban di tempat kejadian.


Kredit : Bernama
Read Full 0 comments

Jasad KIM JONG IL Dipamerkan Dalam KERANDA KACA

Jasad badan pemimpin Korea Utara Kim Jong Il telah diletakkan dalam keranda kaca di Kumsusan Memorial Palace, Pyongyang


Jasad pemerintah Korea Utara, Kim Jong Il telah dipertontonkan kepada umum di dalam sebuah keranda kaca dan dikelilingi orang ramai yang berkabung meratapi pemergiannya yang memenuhi dataran awam.

Televisyen menunjukkan imej-imej jasadnya di dalam keranda yang terbuka, dikelilingi dan ditutupi dengan selimut merah.

Kim Jong Un - anak ketiga dan pewaris kerajaan - telah memberikan penghormatan kepada bapanya bersama-sama dengan tentera atasan dan pegawai-pegawai Parti Buruh Korea dalam satu istiadat penuh.

\
Jasad pemimpin yang meninggal dunia pada usia 69 tahun ini dikelilingi oleh jambangan bunga, pingat dan diselimuti dengan selimut merah.

Korea Utara mengumukan tempoh rasmi berkabung selama 11 hari dengan bendera-bendera yang dikibarkan pada setengah tiang oleh semua unit tentera, kilang-kilang, perniagaan, ladang-ladang dan bangunan awam.

Jalan-jalan di Pyongyang juga tenang, tetapi ramai orang yang berkumpul di kawasan mercu tanda untuk memberi penghormatan kepada Kim Jong Il.

Jasadnya yang ditempatkan di Kumsusan Memorial Palace, iaitu makam yang sama di mana jasad bapanya - pengasas negara Kim Il Sung - telah dipamerkan di dalam keranda kaca sejak kematiannya pada tahun 1994.

Upacara pemakaman rasmi akan diadakan pada 28 Disember ini.
Read Full 0 comments

ADUN Bukit Gasing MENINGGAL DUNIA


SHAH ALAM: Anggota Dewan Undangan Negeri DAP dari Bukit Gasing, Edward Lee Poh Lin meninggal dunia awal pagi ini kerana penyakit kanser, menurut seorang pemimpin veteran DAP.

Sesiapa yang ingin membuat kunjungan terakhir pada Jumaat, 23 December 2011 jam 10.00 pagi di BCM Hall, 99A Jalan Gasing. Seterusnya majlis pengkebumian akan berlangsung di Meru Christian Cemetry, Klang

Mendiang meninggal dunia pada usia 61 tahun.
Read Full 0 comments

Ini Bukan ARMAN ADHA...Pui, Pui, Pui!! (WAJIB TONTON)

Tindakan biadap mahasiswa yang memasuki laman sosial myspace dan mengkeji myspace dan mengagungkan facebook.

Menaikkan api kemarahan top friends myspace tom. ptui!!

.
Read Full 2 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks