blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

AYAHANDA Berdemo Kerana KARTUN

Friday, December 16, 2011

IPOH, 16 Dis -- Wakil-wakil Majlis ayahanda-ayahanda Perak dan NGO berkumpul secara aman di perkarangan Pejabat DAP Perak untuk menyampaikan memorandum kepada Setiausaha DAP Perak Nga Kor Ming di sini hari ini.

Mereka membantah tindakan pihak pembangkang yang cuba mencemar kedaulatan Negeri Perak dengan isu 'Perak Darul Kartun' dan kutukan terhadap Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir.

Kredit : Bernama




Apsal muda-muda muka 'Ayahanda'..? : Author Faethal
Read Full 2 comments

TERTIPU, Pemuda Beli iPhone 4 BERISI BESI

Mohamad (kanan) mengadu kepada Ketua Biro Aduan Barisan Nasional (BN) Kota Melaka, Ronald Gan (tengah).


Seorang lelaki berbangsa China telah mendekati seorang remaja dan merayu untuk menjual kepadanya sebuah telefon pintar "iPhone4" dengan harga RM500. Bagaimanapun selepas remaja itu membuat pembayaran, ia hanya mendapati telefon iPhone4 itu hanyalah sekadar sebuah 'kulit' telefon iPhone4 yang berisikan kepingan besi.

Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun, Mohamed telah membuat aduan perkara tersebut ke Pusat Aduan Barisan Nasional Kota Melaka di No. 1-17&19, Jalan PM13, Plaza Mahkota, Bandar Hilir, 75000 Melaka dan mengadu kepada Ketua Biro Aduan Barisan Nasional (BN) Kota Melaka, Ronald Gan

Mohamed menceritakan, pada jam 2:30, seorang lelaki Cina di dalam lingkungan usia 30 tahun telah mendekatinya dan menunjukkan sebuah "iPhone4", sambil berkata tiada duit untuk makan dan hendak menjual telefon tersebut. Pada mulanya lelaki tersebut menawarkan harga RM800 untuk telefon tersebut, bagaimanapun selepas tawar menawar akhirnya dia bersetuju untuk menjual telefon tersebut pada harga RM500.

TERTIPU...sarung iPhone4 yang berisi kepingan besi.

Mohamed kemudiannya memeriksa "iPhone4", dan mendapati semuanya normal, lalu pergi ke bank untuk mengeluarkan duit. Lelaki itu kemudiannya menerima duit dan berlalu pergi. Ketika Mohamed memeriksa semula "iPhone4" tersebut, dia mendapati skrin sesentuhnya tidak berfungsi dan pergi ke sebuah kedai telefon berdekatan untuk memeriksanya.

Ketika telefon itu diperiksa, akhirnya beliau dapati dirinya tertipu kerana mendapati bahawa ianya hanyalah sarung "iPhone4" yang berisi kepingan besi.
Read Full 1 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks