blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Cubaan SAMUN Kedai Emas GAGAL Kerana KERETA TIDAK HIDUP

Tuesday, December 13, 2011
KUALA TERENGGANU, 13 Dis -- Kereta milik seorang penyamun yang berjaya ditangkap oleh orang ramai selepas menyamun sebuah kedai emas di Pekan Batu Enam di sini hari ini.


Pemilik kedai emas, Syarifah Ayub (kiri) memberi keterangan kepada pegawai penyiasat mengenai kejadian samun oleh seorang lelaki di Pekan Batu Enam di sini hari ini.


Pemilik KedaiEmas, Syarifah Ayub (kiri) menunjukkan rantai emas yang cuba disamun oleh seorang lelaki di Pekan Batu Enam di sini hari ini.

Kejadian kira-kira jam 2 petang tadi membabitkan seorang lelaki menyamar sebagai pelanggan kemudian cuba melarikan seutas rantai emas tetapi gagal menghidupkan enjin keretanya kemudian ditangkap oleh orang ramai dan diserahkan kepada polis.


Kredit : Bernama
Read Full 0 comments

Kenapa Perlunya ABU - 'Asalkan Bukan Umno' ?

Twitter adalah satu platform terbuka kepada apa-apa saja dan segala-galanya (buat masa sekarang). Anda boleh menjadikannya tempat untuk berlucu, marah, benci, suka, sopan, ganas, berniat jahat, dakwah, prolifik perniagaan sendiri, menyebarkan pembohongan, pemikiran peribadi, perselisihan politik, gangguan dari cybertroopers dan boleh juga diringkaskan semuanya untuk yang baik, yang buruk dan yang hodoh daripada aktiviti twitting.

140 had aksara telah menyebabkan banyak tweets disalah faham dan disalah tafsir kerana ramai yang cuba untuk berdebat dan menegakkan sesuatu dengan terhad. Inilah juga yang berlaku kepada orang-orang seperti saya yang agak lemah dalam Bahasa Inggeris dan tidak dapat untuk mengarang ayat pendek yang mudah difahami.

Terdapat persoalan yang dikemukakan kepada saya di dalam Twitter mengapa "Anything But Umno/BN (ABU) yang mungkin dari penyokong MCA. Saya tidak boleh jawab soalan ini dalam 140 aksara dan saya berjanji akan menjawabnya di dalam blog untuknya.

Kita tidak boleh menyalahkan generasi muda atau pengundi kali pertama kerana tidak memahami ABU. Mereka masih belum merasai ketirisan yang sistematik hampir di  mana-mana sahaja di bawah pemerintahan Umno / BN selama lebih 50 tahun.

Saya akan memberikan 5 isu mengapa 'Asalkan Bukan Umno / BN " bukan bersifat politik tetapi adalah fakta bahawa UMNO / BN telah gagal terhadap rakyat dan negara setelah memerintah selama lebih 50 tahun.

1) Umno adalah BN, BN adalah Umno

Apa-apa saja yang dipersetujui oleh Majlis Tertinggi Umno mestilah diterima oleh semua. Walaupun BN terdiri daripada gabungan 14 parti politik, tidak ada diantara mereka yang mempunyai kuasa untuk bersuara menentang atau untuk tidak bersetuju dan malah jika ada yang berani, mereka akan menarik balik selepas diserang oleh Umno. Umno-lah sebenarnya yang memerintah negara, bukannya BN


2) Pendidikan

Untuk mana-mana kerajaan, pendidikan harus diletakkan sebagai keutamaan dan tidak boleh ada seorang kanak-kanak di Malaysia pun boleh diabaikan atau ketinggalan. Pendidikan adalah nadi kepada sesebuah negara yang bertenaga, progresif dan matang.

Hakikatnya, sistem pendidikan kita dalam keadaan kucar-kacir. Saya boleh memberi jaminan bahawa pendidikan kita pada tahun 60-an adalah antara yang terbaik di Asia (Saya telah mendapat pendidikan pada tahun 60-an) dan di mana kita sekarang?

Pendidikan kita menjadi dalam keadaan kucar-terutamanya disebabkan oleh campur tangan politik, sekatan dan kawalan sukatan pelajaran yang hanya akan membenarkan pelajar untuk belajar tidak lebih daripada apa yang mereka harus pelajari.

Menteri Pelajaran negara ini dilantik bukannya dari mereka yang tahu apa-apa mengenai kaedah menjalankan sistem pendidikan tetapi sebagai pentas untuk individu mendaki ke tahap seterusnya.

Kerajaan yang diterajui Umno adalah menggunakan pendidikan sebagai alat untuk mengawal minda pelajar-pelajar supaya hanya dapat melihat fatamorgana yang baik tentang kerajaan dan tidak dapat melihat perkara-perkara buruk yang mereka lakukan secara tertutup.

Tidakkan anda fikir bahawa sudah sampai masanya untuk menggantikan jawatan Menteri Pelajaran daripada mereka yang beraliran pendidikan, daripada golongan pendidik profesional untuk merangka satu sistem pendidikan koheren. BM akan kekal lulus prasyarat bagi semua peperiksaan manakala pendidik akan berusaha dengan sukatan pelajaran mata pelajaran lain dan apa mata pelajaran bahasa yang akan diajar, mengingatkan mereka bahawa kita bukan sekadar mencabar diri sendiri tetapi dunia.


3) Rasuah

Saya benar-benar tidak tahu bagaimana untuk menulis tentang perkara ini. Ramai yang tidak merasa betapa mustahaknya isu ini kerana dikaburi oleh sokongan mereka kepada UMNO / BN, dan mereka merasakan kesalahan-kesalahan itu bukannya satu isu. Ia tidak akan menjejaskan negara atau hanya pada kadar minimum, yang berlaku pada tahap terendah di antara orang biasa dan penjawat awam.

Terdapat arahan untuk berhenti memberi dan berhenti menerima, kesalahan-kesalahan korupsi ini akan dibanteras. PM pernah berkata kepada rakyat "Anda tolong saya, saya tolong anda" semasa pilihan raya boleh diterima, dan bukannya rasuah. Dan kini mereka mahu memperkenalkan ikrar integriti dan berharap bahawa kesemua kesalahan-kesalahan itu boleh dihapuskan. Semua itu hanya sekadar gula-gula.

Kepada mereka yang diamanahkan untuk memerangi kesalahan-kesalahan korupsi, SPRM & Pemandu, pertama sekali harus sedar dan faham bahawa kesalahan-kesalahan yang begitu berakar di dalam sistem pentadbiran ini tidak akan mudah pulih dengan gula-gula atau panadol.

Ia menjadi bertambah buruk apabila penyokong Umno/BN yang buta diluar sana, menyuarakan seruan-seruan untuk memerangi kesalahan-kesalahan korupsi tetapi berdiam diri atau mempertahankan pemimpin-pemimpin mereka sebagai bersih apabila rakyat sendiri dapat melihat bahawa keseluruhan tubuh badan mereka ditutupi dengan kotoran korupsi.

SPRM juga tidak menjadi lebih baik, tidak mampu untuk melaksanakan tugas mereka "tanpa rasa takut atau pilih kasih". Sekadar menangkap ikan bilis terutamanya dari parti pembangkang, melakukan soal siasat yang bersungguh-sungguh sehingga mati disebabkan pertuduhan rasuah RM2.5K tetapi tidak bertindak atau bergerak dengan sangat perlahan apabila melibatkan jerung besar.

Berbilion-bilion yang dimiliki oleh rakyat telah hilang melalui penyelewengan dan ketirisan daripada peringkat tertinggi. Lebih malang lagi, mereka yang pakar dalam memerangi kesalahan-kesalahan korupsi ini pula gembira dengan pencapaian mereka menangkap dan menyelesaikan ratusan kes rasuah kecil.


4) Institusi Kerajaan

Hampir semua institusi kerajaan dikuasai oleh Umno. Mereka boleh menjerit dan berteriak untuk menafikannya, tetapi rakyat boleh melihat semua itu.

a) SPRM

SPRM kelihatan gagal dalam menyelesaikan kes-kes melibatkan jerung besar dan hanya mampu pergi kepada ikan bilis dan pembangkang. Berapa banyak kes mereka mampu selesaikan berdasarkan laporan AG yang keluar dari setahun ke setahun. Bolehkah kita mendakwa berlakunya kesalahan-kesalahan utama di peringkat tertinggi, sudah tentu kita tidak boleh, mereka akan mahukan bukti-bukti tetapi mereka tidak dapat menjelaskan di mana hilangnya berbilion-bilion wang negara.

b) PDRM

PDRM sepatutnya berkhidmat untuk melindungi rakyat, tetapi apa yang kita dapat lihat mereka sekadar melindungi Umno lebih dari sepatutnya. Mereka akan bertindak dan mengikut peraturan apabila anda bantahan terhadap kerajaan yang diterajui Umno atau mengadakan vigil lilin. Tetapi undang-undang seolah-olah tidak ada apabila demonstrasi kepala lembu boleh dibenarkan malahan Menteri Dalam Negeri mengalu-alukan penunjuk perasaan itu ke dalam pejabatnya. PDRM dan SB membuang banyak sumber dan tenaga semata-mata untuk memastikan segala perbezaan pendapat orang ramai terhadap kerajaan Umno ini digagalkan dan tidak akan berlaku lagi, oleh kerana itulah anda mendapat Rang Undang-undang Perhimpunan Awam (PAB2011)

c) Badan Kehakiman

Hanya satu soalan dan anda boleh menilai sendiri bagaimana sistem kehakiman negara melaksanakan atau siapa yang mereka lindungi. Kenapa mahkamah tidak meminta PDRM untuk memberikan motif dan siapakah yang mengeluarkan arahan pembunuhan Altantuya?


5) Kerajaan

Bolehkah sesebuah negara untuk terus hidup dibawah pentadbiran politik?. Dari 4 isu di atas, kita hanya dapat melihat, ia adalah sebuah kerajaan yang lebih prihatin dengan kelangsungan hidup parti mereka berbanding bekerja untuk ke arah sebuah negara yang lebih baik dan berkhidmat kepada semua rakyat Malaysia. Saya boleh bayangkan ramai pembaca yang kini bersedia menembak saya, PM hebat kitalah yang telah memulakan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan, pelan transformasi, GTP, ETP, NKEA, NKRA, EPP bla bla bla..

Pada masa yang begitu singkat PM menyangkakan bahawa dia boleh melakukan magis pada kesemuanya tanpa benar-benar ingin menyelesaikan atau mengeluarkan barah yang sudah berlaku dalam sistem kerajaan.

Ia benar-benar mengejutkan seluruh negara apabila Najib sebagai PM yang bercakap tentang 1Malaysia, GTP, ETP dan sebagainya tetapi mula menghidupkan perkauman apabila berhadapan dengan masyarakat Melayu semasa perhimpunan Umno dan seterusnya bertemu dengan Pekida. Permainan yang paling bahaya apabila mereka bermain-main dengan agama, ia menjadi makanan kepada Perkasa, Utusan dan parti komponen BN. Sesungguhnya ia sangat mengejutkan. Itulah sebabnya kita menolak 1Malaysia PM Najib.

Saya tidak mahu menyentuh berkaitan satu lagi gula-gula yang diberikan kepada rakyat, anda semua harus tahu sebab mengapa ia hanya berlaku sekarang. Sila lihat pada RM500 melalui BR1M. Apabila negara masih kaya, saya tidak menerima satu sen pun, tiada wang untuk biasiswa atau membina lebih banyak sekolah (yang sempurna terutama di pedalaman) atau berjuang untuk mengurangkan kadar kemiskinan. Tetapi bagaimana apabila negara kita hampir di ambang muflis, kerajaan UMNO boleh mengeluarkan semua ini secara bayaran tunai?. Perlukah kita menghargai dan berterima kasih kepada Presiden Umno dengan pemberian RM500 ini apabila sebenarnya ia bukan datang daripada peti simpanan Umno, tetapi daripada duit cukai yang mereka kenakan kepada rakyat?

Pemimpin-pemimpin UMNO gagal apabila mereka sekadar berusaha untuk menjadi yang terbaik di antara yang terburuk. Mengapakah kita tidak boleh berusaha untuk menjadi yang terbaik di antara yang terbaik.

Dengan pencapaian pentadbiran yang tidak mencapai standard mana-mana kerajaan, adakah anda fikir bahawa kita harus terus membenarkan Umno terus merosakkan negara ini?

Jadi, panggilan sekarang adalah sangat kuat dan jelas "Asalkan Bukan Umno/BN" (ABU) untuk kedatangan PRU 13.


Kredit : ousel


Rapat Rakyat 15 Dis. 2011, 8.30 mlm, Tmn Melewar, Gombak.

Kenyataan Umum
13 Disember 2011

9 Disember lepas satu sejarah telah berlaku di mana satu sidang media serentak di seluruh negara berlaku dengan menyuarakan satu maksud yang sama. Tanpa pimpinan 'besar', hanya rakyat biasa dari perbagai latar belakang seperti peniaga kecil, pelajar, pekerja kilang, aktivis masyarakat dan lain - lain tampil untuk bertemu media di seluruh negara dengan menyatakan iltizam bersama menggerakkan rakyat dengan semangat 'ABU' Asalkan Bukan Umno.

ABU bukan organisasi seperti NGO, jauh sekali sebagai parti politik. ABU ialah semangat yang mengikat rakyat dan satu gelombang kesedaran betapa Umno (United Malay National Organisation) merupakan pewaris penjajah yang menjadi punca kecelaruan dan perbagai masalah dalam negara ini.

Dari masalah perkauman melampau, ketegangan antara agama membawa ke masalah ekonomi, rasuah serta kelemahan pentadbiran sehingga pembaziran melampau yang mencipta kepayahan hidup sehinggalah kenaikan kos hidup (harga barang) secara mendadak dan melampau. Semuanya ialah kerana Umno yang dicipta penjajah mewarisi negara ini dan lebih - lebih lagi ia sudah terlalu lama berada ditampuk kuasa.

Siapa ABU ?
ABU ialah saya, saudara dan kita semua rakyat biasa yang bersetuju mengenepikan perbezaan dalam mencari kesamaan melawan kezaliman Umno sehingga tumbangnya Umno dari kekuasaan. ABU tidak dimonopoli oleh mana - mana parti politik atau organisasi. ABU milik rakyat yang sedar perlunya bangkit dengan berani dan dengan tegas menyatakan tidak kepada Umno. ABU ialah trend kebangkitan melawan penindasan. Semua rakyat, organisasi dijemput bersama dan ialah pemilik gerakan ABU. SAMM terlibat menggerakkan ABU atas kesedaran tetapi ABU bukan milik SAMM.

RAPAT RAKYAT
Gerakan kesedaran ini bergerak dengan perbagai pendekatan dari kempen umum, pengedaran risaalah, vcd. Penyampaian mesra media baru tanpa menolak secara konvensional seperti edaran bahan ke rumah - rumah dan pejabat - pejabat. Hinggalah ke kempen secara grafiti dan sabotaj. ABU juga bergerak secara anarkis dan organik. ABU berteraskan rakyat.

Gerakan ABU ini wujud sudah lama cuma sudah sebulan lebih SAMM cuba menggerakkan secara serius mengikut skala yang kami mampu dengan mengikat beberapa lagi organisasi termasuk parti politik dalam usaha serius menyedarkan rakyat mengenai ABU.

Satu program memperkenalkan ABU akan diadakan di peringkat kebangsaan dan negeri. Semua dijemput ke program memperkenalkan ABU peringkat kebangsaan seperti berikut :

Rapat Rakyat ABU
"bersatu ASALKAN BUKAN UMNO"
15 Disember 2011
8.30 malam
Dataran Sebelah KUIZM, Tmn Melewar, Gombak.

Program ini akan menampilkan kelainan dengan mengetengahkan pidato dari rakyat biasa yang mengenengahkan masalah sebenar rakyat, dari pemandu teksi,setinggan, pekerja kilang, suri rumah, pengamal rawatan alternatif, kerani, pegawai bank, cikgu, artis sehinggalah pimpinan parti politik.

Antara pimpinan politik yang telah mengesahkan kehadiran ialah YB Datuk Mahfuz Omar (PAS), Arulchelvam (PSM), Dr. Rohana (PRM) dan Haris Ibrahim (MCLM). Kemunculan khas kali pertama dalam pentas rakyat di semenanjung ialah Datuk Seri Yong Teck Lee (Presiden SAPP) yang akan membuat pengumuman khas bersangkutan ABU.

Majlis juga menjemput Hishamuddin Rais yang porpular dengan blognya Tukar Tiub, beliau didapati antara yang awal menggunakan perkataan ABU sehingga menjadi trend kepada khususnya anak muda.

Diharap semua rakyat yang bersetuju dengan ABU dapat sama membantu menghebahkan maklumat program juga hadir beramai - ramai dan kemudian menjadi agen penyampai maklumat ABU. Ini bukan cerita siapa nak jadi YB atau kerusi pilihanraya tetapi kisah kesedaran rakyat menolak Umno untuk sama menyelamatkan Malaysia.

Asalkan bukan Umno, selamatkan Malaysia.
Read Full 1 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks