blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Bagaikan Medan PERANG! : 4 Jam Sebelum Ceramah MAT SABU Di Muar

Sunday, December 11, 2011
Kawasan tapak ceramah pada malam ini yang di pagar pita keselamatan.

Bagaikan medan perang. Itu sahaja perkataan yang layak disebut ketika berkunjung ke tapak ceramah Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang akan diadakan pada malam ini di Kampung Parit No 3, Jalan Yusof, Mukim Sungai Balang, di sini.

Sebelum ini beberapa akhbar memetik kenyataan dan laporan Polis beberapa NGO dan Pemuda UMNO Bakri berhubung bantahan mereka terhadap program ceramah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu di Muar pada 11 Disember 2011.

Memetik kenyataan SAMM Johor, di atas prinsip demokrasi dan kebebasan bersuara, kami menyambut baik langkah NGO tersebut menghantar memorandum mereka kepada penganjur, namun kami turut berpendirian agar mereka turut menghormati hak parti-parti politik selain UMNO/BN untuk mengadakan aktiviti dan program mereka di kawasan premis mereka sendiri.

Para peniaga tidak mahu melepaskan kesempatan untuk berniaga, menjangkakan kehadiran pengunjung yang ramai pada malam ini. Walaupun terpaksa memasang khemah di sebalik kain rentang yang menentang kehadiran Mohamad Sabu.


Kain rentang yang menetang keras kehadiran Mohamad Sabu malam ini tenggelam disebalik deretan kedai yang bersedia untuk berniaga.


Sedia maklum dalam beberapa siri ceramah Mohamad Sabu di Negeri Johor sebelum ini telah berlaku provokasi dan gangguan tindakan tidak bertamadun oleh sekumpulan anak muda. Sehubungan itu, SAMM Johor menyeru UMNO/BN untuk tidak lagi mempergunakan anak muda untuk tujuan politik samseng mereka. Jangan mengotori minda anak muda Muar dengan anasir politik sempit, politik samseng dan politik ugutan anda. Sdr Zainudin sendiri mengesahkan kumpulan yang sama ini akan datang lagi pada malam ini untuk menghantar memorendum bantahan.

Sdr Zainudin (baju merah) mengesahkan kumpulan yang menentang kehadiran Mohamad Sabu akan datang pada malam ini untuk menghantar memorendum.


Keris bersilang yang sinonim sebagai logo UMNO dihadapan rumah Sdr Zainudin menjadi kenang-kenangan apabila Sdr Zainudin yang merupakan ahli UMNO Muar telah meninggalkannya. Inilah antara punca mengapa program malam ini cuba digagalkan oleh UMNO.


Berdasarkan pemerhatian sehingga jam 4.00 petang tadi, kawasan tapak ceramah yang akan diadakan di rumah Sdr Zainudin Sayuti. Kawasan rumah tersebut telah berpagar dengan tali keselamatan merah putih. Betul-betul dihadapan rumah beliau, kain rentang membantah kehadiran Mohamad Sabu telah dipasang. Bagaimanapun ia tidak menggusarkan para peniaga untuk memasang khemah dan berniaga kerana menjangkakan kehadiran orang yang ramai pada malam ini.

Difahamkan juga, antara punca ketakutan UMNO/BN Johor untuk menghalang program ceramah pada malam ini adalah kerana Sdr Zainudin merupakan bekas seorang ahli UMNO yang berpengaruh sebelum ini di kawasan ini. Apabila kubu UMNO di Johor semakin retak dan roboh, ia menjadi isyarat jelas betapa UMNO semakin tidak popular di Johor umumnya, lebih-lebih lagi di Muar khususnya. Sudah tentu apabila program ceramah ini berjaya diadakan pada malam ini, ia turut memberikan tamparan kepada kawasan kuat Ahli Parlimen Muar ketika ini, Razali Ibrahim. Gelombang ABU -Asal Bukan Umno sudah pun tiba di kawasan Razali Ibrahim.

Bukan menjadi rahsia lagi bagi Razali Ibrahim, apabila beliau sendiri semakin ditolak di Muar oleh penyokong dan ahli UMNO Muar sendiri di atas pentadbiran buruknya di kawasan Muar. Tanyalah sendiri kepada penyokong-penyokong tegar Razali Ibrahim yang terdiri daripada golongan peniaga di Stesen Bas Muar sebelum ini. Jika Razali Ibrahim singgah di kawasan peniaga di sana, nescaya beliau akan dihamun kerana tidak melunaskan janji untuk mendirikan khemah kepada peniaga yang dijanjikannya sejak 3 tahun dahulu. Razali sudah tidak popular lagi di Muar. Malah sudah ada cakap-cakap dari ahli UMNO Muar sendiri, Razali tidak akan lagi bertanding di Muar pada PRU-13 kerana merasakan bahang kekalahannya itu.

Lantaran itu, program malam ini yang bakal berlangsung di kawasan Razali Ibrahim sendiri menjadi titik tolak kepada jatuh bangun Razali Ibrahim selepas ini. Jika program malam ini berjaya digagalkan, sekurang-kurangnya tidaklah malu dan jatuh air muka Razali Ibrahim jika pulang ke Muar sekali sekala nanti.
Read Full 5 comments

Tubuh Pemuda HANCUR DITIMPA LIF

Joher Saad menunjukkan lokasi tubuh mangsa yang hancur ditemui.


KUALA LUMPUR - Tubuh seorang pemungut besi buruk ditemui dalam keadaan hancurkan di bawah sebuah lif lama di Jalan Dang Wangi semalam.

Mohd Nazrul Abd Hafiz, 28, berasal dari Ampang dipercayai telah mencari besi buruk dalam bangunan tiga tingkat yang sudah ditinggalkan pada hari Khamis lalu apabila insiden itu berlaku.

Menurut seorang Eksekutif Jualan Joher Saad, 40, yang bekerja berdekatan, seorang rakan mangsa telah mencari Nazrul di sebuah bangunan yang terbengkalai, yang pernah digunakan untuk menempatkan sebuah kolej swasta.

"Rakan Nazrul datang ke sini untuk mencarinya sebelum menemui badannya yang hancur di ruangan lif."

Penolong Ketua Polis Dang Wangi Pesuruhjaya Zulkarnain Abdul Rahman berkata, siasatan awal menunjukkan bahawa mangsa mungkin telah cuba untuk melepaskan kabel dari ruangan lif, sebelum lif itu kemudiannya jatuh menimpa ke atasnya.


Kredit : NST
Read Full 0 comments

ZAHID Nafi PAPAGOMO Turut Serta Dalam Lawatan SCORPENE

Lim Guan Eng bersedia untuk 'menyelam' bersama Scorpene.

Blogger kontroversi pro-Umno Papagomo turut berada di atas kapal selam Scorpene KD Tun Razak tempoh hari, bersama-sama dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan dua orang Timbalan - Mansor Othman dan P Ramasamy.

Dalam posting blognya bertajuk "Guan Eng Nenen Perlekehkan Kemampuan Anak Anak Kapal KD Tun Razak", Papagomo berkata Ketua menteri mengeluarkan kenyataan negatif tentang kapal selam tersebut, apabila dia menaiki di atas jemputan Menteri Pertahanan Zahid Hamidi.

Beliau menyatakan rasa berbesar hati kononnyal mendakwa dia adalah blogger pertama yang dibenarkan menaiki kapal selam tersebut. Di dalam blognya juga turut memasukkan gambar-gambar persekitaran kapal selam tersebut.

Beliau memberi contoh laporan Malaysiakini yang memetik kenyataan Lim sebagai berkata tidak mempertikaikan keupayaan tentera laut tetapi mempunyai pandangan yang berbeza dengan kerajaan mengenai kos kapal selam"

Apa jenis kenyataan yang Guan Eng ini keluarkan? Sudah mengakui keupayaan KD Tun Razak namun cuba SPIN mengenai kos Kapal Selam Scorpene.

 Lim sempat melambai kepada wartawan ketika di bawa ke kapal salam KD Tun Razak.


Lim tiba ke kapal selam Scorpene KD Tun Razak.


Papagomo, si pendedah fitnah pita seks Anwar

Papagomo dikenali sebagai blogger yang mengeluarkan posting yang kebanyakannya menghentam pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat seperti Lim Guan Eng dan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

Dia terkenal kerana mendedahkan gambar-gambar mangsa yang kononnya dikatakan menerima gangguan seksual daripada anak Lim Guan Eng yang berusia 16 tahun, tetapi akhirnya terbukti ia tidak benar dan menerima kecaman secara terbuka di atas fitnah itu.

Papagomo juga telah menyiarkan klip video seks fitnah terhadap Anwar - penasihat PKR - yang melakukan hubungan seks dengan seorang pelacur pada awal tahun ini, tetapi kemudian menukar dakwaan-dakwaan tersebut.

Baru-baru ini, seorang lagi penulis blog Amin Iskandar, membuat laporan polis terhadap Papagomo kerana postingnya yang mendakwa Amin telah diliwat oleh Anwar.

Papgomo berkata semasa pelayaran selama lima jam di dalam kapal selam semalam, beliau telah bertanyakan kepada anak-anak kapal tentang segala-galanya yang berkaitan dengan kraf, butiran-butiran yang disimpan oleh Tentera Laut dan dianggap sebagai "rahsia kerajaan".

"Ada beberapa perkara yang Gomo boleh maklumkan dan ada perkara-perkara yang Gomo tidak boleh nyatakan di atas kepentingan tentera laut di negara ini," katanya.

"Apa yang pasti Harga Kapal Selam yang dibeli Kerajaan adalah yang terbaik dengan meliputi Skop Skop kepentingan STRATGIK buat negara yang tidak dapat Gomo nyatakan malah TLDM juga menyimpan segala maklumat SULIT berkaitan Kapal Selam Scorpene ini.," katanya.

Papagomo juga turut mempersoalkan bagaimana pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang telah merasai layanan istimewa Tentera Laut sedangkan ada pemimpin kerajaan yang tidak menikmati pengalaman menaiki kapal selam tersebut seperti mereka rasai.

Beliau turut mengkritik DAP kerana agenda mereka yang "jelas" untuk menjejaskan keselamatan negara, dan bertindak sebagai proksi bagi negara asing terhadap Malaysia.

Papagomo turut mendedikasi dua posting khas pengembaraan Lim Guan Eng di dalam kapal selam Scorpene semalam, termasuklah posting semalam yang mendakwa Ketua Menteri itu 'mabuk laut'.

Beberapa wartawan di atas kapal tersebut mengesahkan kehadiran blogger tersebut, tetapi Lim memaklumkan beliau tidak perasan kehadiran Papagomo.

Walau bagaimanapun, Papagomo bukanlah satu-satunya blogger yang ada tempoh hari.

Seorang lagi blogger pro-Umno, Zakir Mohammed, yang juga dikenalisebagai "Big Dog" turut dilihat bersama dengan Lim ketika beliau turun dari helikopter yang sama ketika pulang dari kapal selam tersebut ke lapangan terbang Lankawi sekitar 7:00 malam.

Menurut saksi-saksi, Zakir turut berada di atas bot yang menuju ke kapal selam dari kapal frigat yang berlabuh jauh di luar pantai Langkawi, bagaimanapun beliau tidak menaiki Scorpene.

Zakir juga menghadiri sidang akhbar di Lapangan Terbang Langkawi di mana Lim dan Zahid memberi taklimat kepada wartawan tentang perjalanan kapal selam.

Tetapi semasa persidangan itu, apabila Zahid ditanyakan soalan sama ada terdapat mana-mana penulis blog yang turut bersama lawatan kapal selam tersebut, beliau menafikannya.

"Jika kita membenarkan mana-mana blogger untuk pergi, orang lain akan minta juga," beliau berkata.
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks