blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Sekitar Sidang Media ABU - Asal Bukan Umno DI JOHOR

Friday, December 9, 2011
Kelab Persatuan Wartwan, 11, Jalan Cermat 1, Taman Maju Jaya.


JOHOR BAHRU: Seperti yang dirancangkan hari ini, serentak di seluruh negara telah dilancarkan satu gerakan dikenali sebagai Asal Bukan Umno (ABU). Di negeri Johor, sidang media pelancaran ABU ini telah diadakan pada jam 2.30 petang di Kelab Persatuan Wartwan, 11, Jalan Cermat 1, Taman Maju Jaya.

Antara NGO yang hadir petang tadi adalah daripada 7 komrad SAMM (Solidariti Anak Muda Malaysia) yang diketuai Penyelaras SAMM Johor, Ahmad Anwar Asyraf Ismail, SU PRM (Parti Rakyat Malaysia) Johor Mohd Salleh Haji Ahmad, Tim. Peng. PRM Negeri S.K Song dan wakil PKR En Tan. Gerakan Rakyat ‘Asal Bukan Umno (ABU)’ ini ditubuhkan bagi memastikan Umno BN tumbang pada Pilihan Raya Umum akan datang.

Antara wartawan yang hadir pada sidang media petang tadi


Penyelaras SAMM Johor, Ahmad Anwar Asyraf Ismail


SU PRM Johor Mohd Salleh Haji Ahmad


Tim. Peng. PRM Johor S.K Song 


Sdr Ahmad Anwar menyentuh isu-isu masalah yang dirasai oleh rakyat Johor di bawah pemerintahan kerajaan  negeri yang ditunjangi oleh parti Umno antaranya seperti masalah kos sara hidup yang tinggi, harga pemilikan rumah yang tidak mampu dimiliki oleh warga Johor sendiri terutama di kawasan bandar Johor Bahru, masalah harga air yang tinggi dibandingkan dengan negeri-negeri lain, serta masalah pemilikan tanah.

Pada sidang media yang sama, Sdr Ahmad Anwar turut mengecam amalan politik sempit dan samseng oleh Umno apabila mengelurkan satu kenyataan berbaur ugutan akan berlakunya kekacauan di atas program ceramah anjuran PR yang melibatkan Mohamad Sabu di Muar yang dirancang akan berlangsung pada 11 Disember ini seperti yang dikeluarkan di dalam akhbar Sinar Harian hari ini. Sedangkan sebagai sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, Umno sepatutnya menghormati kebebasan program-program yang dianjurkan oleh parti lain, malah PR Muar telah memohon permit Polis dan mengikut saluran-saluran yang betul untuk anjuran program ini

Penyelaras SAMM Johor, Ahmad Anwar Asyraf Ismail bersama komrad-komrad SAMM Johor mengecam amalan politik sempit dan ugutan Umno seperti yang dilaporkan dalam akhbar Sinar Harian hari ini.

ABU akan meneruskan program dari semasa ke semasa bagi memastikan Malaysia diperintah oleh parti yang menawarkan pentadbiran lebih baik. S.K Song turut mengumumkan bahawa pelancaran ABU dan forum peringkat kebangsaan akan diadakan pada 15 Disember ini di Markaz Tarbiyah PAS, Taman Melewar, Gombak.

Sidang media pelancaran ABU yang sama turut berlangsung di seluruh negeri di Semenanjung Malaysia kecuali di Sabah dan Sarawak kerana aktivis ABU dihalang dari memasuki kedua-dua negeri itu.

Antara yang menyertai ABU ketika ini termasuklah golongan mahasiswa, pekerja, petani, nelayan, pelbagai segmen NGO, parti pembangkang, golongan profesional, karyawan, mat rempit, penganggur dan kumpulan masyarakat yang tertindas di bawah pentadbiran Umno selama ini.
Read Full 4 comments

GRO 55 Tahun Antara Yang Ditahan DI MELAKA

Seramai 29 wanita warga Vietnam ditahan dalam "Operasi Sapu" oleh Jabatan Imigresen negeri di dua buah kondominium di Klebang.

MELAKA - Jabatan Imigresen telah menahan 29 wanita Vietnam yang bekerja sebagai Pegawai Perhubungan Pelanggan (GRO) dalam satu serbuan di dua unit kondominium di Klebang Kecil.

Lima belas pegawai menyerbu unit itu kira-kira pada jam 12.30 tengah hari pada hari Rabu lalu dan berjaya menahan wanita yang berusia antara 18 dan 55 tahun.

Siasatan awal mendapati 19 daripada mereka telah menyalahgunakan pas lawatan sosial, lapan orang tidak mempunyai pas sementara dua lagi tinggal melebihi tempoh.

Kesemua mereka dibawa ke Depot Tahanan Machap Umboo untuk siasatan lanjut. Yang paling tua dikalangan mereka dipercayai "mummy".

Sebelum bertindak, pegawai-pegawai telah memantau premis tersebut selama dua minggu sebelum serbuan.

"Kami terpaksa membuka pintu secara paksaan apabila ketukan kami tidak dijawab," kata Pengarah Imigresen negeri Kamalludin Ismail di Ayer Keroh pada hari Rabu.

Siasatan awal mendapati bahawa wanita-wanita tersebut bekerja di pusat-pusat hiburan di bandar raya ini.

Pengarah Imigresen Negeri Melaka, Kamalludin Ismail (kiri) menunjukkan 29 wanita warga Vietnam yang ditahan dalam "Operasi Sapu" oleh Jabatan Imigresen di dua buah kondominium di Klebang.



Pengarah Imigresen Negeri Melaka, Kamalludin Ismail (kanan) menunjukkan enam ikat resit perkhidmatan kegiatan tidak bermoral yang dipercayai dilakukan 29 wanita warga Vietnam yang ditahan dalam " Operasi Sapu" oleh Jabatan Imigresen di dua buah kondominium di Klebang. Turut kelihatan Timbalan Pengarah Imigresen, Negeri Ahmad Faiz Abdullah (kiri).
Read Full 0 comments

PENGUMUMAN : Pelancaran ABU Seluruh Negara SERENTAK HARI INI!!


Hari ini sejarah bakal tercipta. Sebuah gerakan rakyat untuk membebaskan Malaysia daripada cengkaman Umno/BN - Asalkan Bukan Umno/BN akan digerakkan di seluruh negara.

Dijemput semua untuk menghadiri sidang media pelancaran gerakan Asalkan Bukan Umno/BN (ABU). Sidang Media diadakan serentak di seluruh negara ;

Tarikh: 9 Disember 2011
Lokasi, masa dan contact person:

1. Kuala Lumpur / Selangor - 3.30pm
KL Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH)
1, Jalan Maharajalela, 50150 Kuala Lumpur
Jafree(PRM) 019-3596769, Nazrin(PSM) 017-2599050, Edyes(SAMM) 010-2675872

2. Johor - 2.30pm
Kelab Persatuan Wartwan, 11,
Jalan Cermat 1, Taman Maju Jaya
Johor Bahru
Anuar (SAMM) 017-6849693, Salleh Ahmad (PRM) 013-7313825

3. Melaka - 3.30pm
Pejabat Parti Keadilan Rakyat,
No9A Jalan Asean 1, Taman Asean, Melaka
Zuraidi (SAMM) 012-2478016

4. Negeri Sembilan - 3.30pm
Jalan Tuanku Antah, Tingkat 1,
Restoran Bidara Corner, Seremban
Saufi (SAMM) 013-6777507, Sani (SAMM) 0129781707

5. Perak - 3.30pm
Pejabat Biro Masyarakat Keadilan,
Ipoh
MatSamanKati(SAMM) 012-4381418, Mat Noh(MCLM) 019-5671477

6. Pulau Pinang - 11.00am
George Town Coffee House,
KOMTAR Walk, P.Pinang
Aidil(SAMM) 017-4760274, ZainulFaqar (SAMM) 019-4241583

7. Kedah - 3.30pm
345A Air Mendideh, Sg Petani.
(Berhampiran Hospital LamaS.Petani)
Tok Gondang (PRM) 0132946741, Viveg (MCLM) 0125426133

8. Perlis - 3.30pm
Kelab Media Perlis, Jalan Sekolah Derma,
Kangar, Perlis
Asrul (SAMM) 019-4342244

9. Pahang - 3.30pm
Pusat Khidmat PKR ADUN Semambu. A73,
1st Floor, Jalan Hj Ahmad, Kuantan Pahang
Clement (SMSL)0129883210, Suresh (PSM) 0195696964

10. Terengganu - 5.00pm
Muara Tomyam, Jalan Sultan Sulaiman,
K.Terengganu (Sebelah Wisma Tenang)
Rafzi Ramli (SAMM) 0199809974

11. Kelantan - 3.30pm
Hotel Raudhah, Jalan Maju, Kota Bharu
Fauzi (SAMM) 0175959755, Zaidi(PSM) 0123840415


Hari ini juga bakal mencatatkan sejarah penyatuan penggerak-penggerak rakyat bergabung melawan regim warisan penjajah Umno/BN. Kumpulan yang terdiri dari organisasi massa termasuk individu-individu aktivis masyarakat bergabung buat pertama kalinya berikrar menggerakkan kempen kesedaran rakyat.

Semua media dijemput membuat liputan sidang media serentak seluruh seperti yang dinyatakan di atas.


Insya'Allah.Liputan secara langsung akan dibuat oleh Pulakdah bagi pelancaran peringkat Negeri Johor. Nantikan jam 2.30 ptg ini!!: Author Faethal
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks