KUALA LIPIS, 6 Dis -- MANGSA ... Penoreh getah, Jerkoh Wahab Saad, 59, maut selepas bergelut dengan seekor babi hutan seberat 90 kilogram ketika menoreh kira-kira 12 tengahari semalam. Binatang buas itu turut mencederakan isterinya, Napsiah Aman, 50.
Ahli keluarga mengangkat jenazah penoreh getah Jerkoh Wahab Saad, 59, yang maut selepas bergelut dengan seekor babi hutan seberat 90 kilogram ketika menoreh kira-kira 12 tengahari semalam.
Babi hutan yang terkena parang milik Napsiah, bertindak lari ke kebun bersebelahan dan menyerang seorang lagi penoreh getah, Chong Chung, 68, dan berjaya membunuh haiwan berkenaan.
Dia yang mengalami kecederaan parah di bahagian tangan dan kaki telah dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh.
Kredit : Bernama