blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

TAKZIAH Khairul Fahmi Di Atas Pemergian Adik Tercinta

Monday, December 5, 2011

Salam Takziah daripada Author Faethal kepada Khairul Fahmi di atas pemergian adiknya yang telah meninggal dunia. Berdasarkan sumber-sumber di dunia blogger dan Facebook, difahamkan adiknya meninggal dunia kerana demam panas.

Walaubagaimanapun kita masih menunggu khabar rasmi dari pihak keluarga Khairul Fahmi sendiri.

Selain itu adik Khairul Fahmi juga dipercayai mengalami masalah jangkitan paru-paru. Semoga apek dapat bersabar dengan dugaan ini. Al-Fatihah untuk arwah.
Read Full 0 comments
Read Full 1 comments

Mana Syahrizat Untuk Bela HAK GURU WANITA?

Langkah Kementerian Pelajaran untuk menafikan semua faedah kepada guru-guru sementara mungkin memberi kesan kepada sistem pendidikan.

PETALING JAYA: Jasmine Leong* sentiasa berminat untuk menjadi seorang guru, walaupun sebagai seorang guru sementara. Memilih kerjaya itu sejak ia tamat belajar, sehinggalah beliau telah menghabiskan masa sebagai pengajar sejak sedekad lalu mengajar dari pada murid berusia 8 tahun sehinggalah yang berusia 17 tahun dan ia bukannya perkara yang sedikit. "Lakukan apa yang kamu sayangi, bukannya kerana wang," itulah nasihat yang sering didengarinya, "dan anda akan mendapat ganjaran akan banyak."

Jasmine, seperti juga beribu-ribu rakannya yang lain, amat merasai kesan daripada perlanggaran hak-hak asasi saraan beliau sedang dinafikan. Beliau mengibaratkan keputusan Kementerian Pelajaran untuk mengurangkan potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), sumbangan bonus, cuti bersalin dan lain-lain faedah bagaikan beban yang amat berat bagi mereka.

"Terdapat begitu ramai di antara kami (guru) yang melakukan kerja ini kerana kami suka dapat memberi tunjuk ajar dan panduan yang positif kepada pendidikan kanak-kanak dan remaja. Kami tidak melakukannya kerana wang.

"Tetapi apabila Kementerian Pelajaran melakukan perkara-perkara seperti ini ia seolah-olah mengkhianati kami," katanya.

"Terdapat ramai guru yang menjawat jawatan guru sementara ini," tambah Saidah Ali, seorang lagi guru sementara.


"Kami sedang bercakap tentang beribu-ribu mereka di seluruh negara. Jika seseorang guru mengajar di sekolah yang sama selama tiga tahun di atas kontrak sementara, ia masih dianggap sebagai jawatan sementara. Bagi saya dan ramai guru-guru lain, ia adalah jawatan guru tetap yang diisi oleh guru sementara demi kemudahan kementerian."

Guru-guru sementara, yang bekerja di bawah kontrak setahun akan mengisi kekosongan guru yang bercuti, amat berisiko sekali apabila berlakunya pengurangan bajet.


Kehilangan faedah

Jasmine merasakan bahawa sebahagian besar daripada mereka yang kehilangan pekerjaan sementara ini tidak dilaporkan. Kebanyakan tajuk-tajuk besar berita utama menunjukkan berita-berita penyerapan kepada guru tetap sehingga di bawa ke dalam mesyuarat lembaga sekolah yang penuh dengan guru-guru dan ibu bapa yang marah, sedangkan beratus-ratus guru-guru sementara seringkali secara senyap-senyap telah kehilangan pekerjaan mereka kerana kontrak mereka tidak diperbaharui.

"Di sekolah tempat saya mengajar di Kuala Lumpur, sebagai contoh, 15 orang guru sementara telah kehilangan pekerjaan apabila kontrak selama setahun mereka tidak diperbaharui. Guru-guru ini tidak tahu sama ada jika mereka akan dilantik semula sehingga kelas bermula pada bulan Januari tahun depan," kata Sheila Kumar.

Nampaknya sekarang kekurangan peluang pekerjaan ini menyebabkan kehilangan faedah kepada hal pengajaran.

"Jika Kementerian Pelajaran benar-benar tidak mempunyai wang seperti yang didakwa, mengapa tidak menteri berkata sesuatu tentang RM100 yang telah diberikan kepada pelajar-pelajar sekolah baru-baru ini? Sepatutnya, mereka tentu tahu tentang perkara ini.


"Jika menteri berkata dia tidak sedar atau tidak mahu bercakap mengenainya, maka dia tidak layak menjadi pemimpin? Lebih RM500 juta telah diagihkan kepada lebih lima juta pelajar, dan sekarang mereka kata tidak mempunyai wang?. Ia sangat mudah untuk menggunakan guru-guru sementara sebagai kambing hitam untuk menanggung beban dalam pengurangan bujet pendidikan," kata Jasmine.

Menurut laporan FMT baru-baru ini menyatakan bahawa kekurangan dana dalam Kementerian Pelajaran telah menyebabkan ia untuk menukar status pekerjaan guru-guru sementara daripada "contract for service" kepada "contract of service".

Terma-terma kontrak baru ini telah mengecualikan kementerian daripada membayar KWSP, bonus, bersalin dan lain-lain faedah asas. Timbalan Menteri Pelajaran, Wee Ka Siong berkata bahawa langkah tersebut adalah untuk menyusun semula kontrak guru-guru sementara kerana kementerian tidak mempunyai "dana yang mencukupi".

"Saya tahu saya mungkin akan dipandang serong oleh guru-guru tetap untuk mengatakan ini, tetapi memandangkan risiko pemotongan yang bakal kami hadapi ini, yang sepatutnya kami dapat, saya fikir saya dibenarkan untuk menyatakan, untuk rekod bahawa terdapat lebih ramai guru sementara yang berdedikasi daripada rakan-rakan guru tetap mereka," kata Sheila.

"Saya setuju dan saya rasakan inilah sebabnya mengapa ramai diantara mereka ini yang menganggap kerja mereka sambil lewa dan ada yang tidak peduli langsung, kerana bagi mereka ini mereka tidak suka untuk mengajar, tetapi kerana ia hanya tempat yang selamat," kata Saidah.


Layanan yang tidak adil

Menurut Jasmine, ramai guru sementara mempersoalkan jurang perbezaan ini. Oleh itu, sebahagian besar daripada mereka, "cuba untuk mendapatkan sebanyak pengalaman yang mungkin untuk membolehkan mereka berharap agar suatu hari nanti mereka akan dapat menghadiri latihan dan akhirnya diterima menjadi guru guru tetap.

"Kementerian sendiri berkata bahawa guru-guru sementara yang mempunyai pengalaman mengajar lebih daripada dua tahun layak untuk masuk ke dalam pusat-pusat latihan guru. Tujuh daripada rakan-rakan saya, masing-masing dengan sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman mengajar, telah mencuba dan gagal. Jadi, apa yang kementerian cakapkan ini?" tanya Sheila.

Saidah menambah bahawa lebih tidak dapat diterima akal apabila potongan faedah ini diambil daripada apa yang mereka usahakan secara bulanan. "Kami sedang bercakap tentang hak-hak pekerjaan asas di sini. Adakah kesatuan guru akan melakukan sesuatu mengenai perkara ini?. Siapakah yang kita boleh harapkan untuk membantu menyuarakan untuk layanan yang tidak adil ini?. Guru-guru sementara dipanggil apabila ia diperlukan, untuk mengisi kekosongan.

"Di mana kumpulan-kumpulan hak-hak wanita? Bagaimana tentang cuti bersalin?. Bukankah ini hak seorang wanita itu?. Apakah tindakan Shahrizat Abdul Jalil (Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) tentang hal ini atau dia sedang sibuk 'memerah susu' isu-isu lain? "



*bukan nama sebenar

Kredit : FMT
Read Full 1 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks