blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Teka-Teki Suami Syella Terjawab

Sunday, December 4, 2011

Akhirnya selepas pendedahan gambar sebenar suami Syella oleh blog beatifulnara, maka terjawablah semua teka-teki siapakah suami Syella yang sebenar. Sebelum ini Musa Hasan sendiri telah menafikan sendiri di dalam sebuah akhbar bahawa bukan dirinya yang berkahwin dengan artis Syella Kamaruddin.

Sebenarnya ada beberapa sebab yang menyebabkan timbulnya spekulasi kenapa ramai yang beranggapan Syella berkahwin dengan Musa Hasan. Sebab-sebab itu antaranya:

1. Gambar yang dikeluarkan oleh blog MYARTIS menunjukkan gambar pasangan pengantin dari jauh. Apabila dilihat sekali imbas, ditambah pula ia difokus dari jauh, wajah suami Syella itu seakan-akan macam Musa Hasan.

2. Sebab kedua, pakaian pengantin yang dipakai oleh pengantin lelaki luar dari kebiasaan pengantin Melayu biasa, atau suit barat biasa. Tetapi, pengantin mengenakan pakaian pengantin seakan uniform polis. Kebiasaannya hanya polis atau tentera sahaja yang berkahwin menggunakan uniform sebegitu.

Inilah sebab ramai yang membuat andaian, suami Syella itu adalah bekas Ketua Polis, Musa Hasan.

Pengajaran daripada isu perkahwinan Syella ini, di dalam Islam sendiri menyuruh kita memaklumkan tentang perkahwinan kita agar tidak menjadi fitnah. Sebenarnya tidak mengapa jika mahukan privacy, tetapi apabila sudah dihebahkan tentang kos atau hantaran berjuta-juta RM itu mengundangkan perasaan ingin tahu pada orang ramai siapakah pasangannya itu. Ditambah pula apabila wajah pengantin lelaki dirahsiakan, dan hanya dihebahkan oleh beberapa blog hiburan.

Apapun kepada Syella, selamat berbahagia.
Read Full 1 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks