blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

LELAKI Lukis Tatoo NAJIS Di Belakang Tubuh TEMAN WANITA CURANG

Wednesday, November 30, 2011

Seorang wanita yang berang akan mengambil tindakan saman ke atas bekas teman lelakinya selepas mendapati belakang badannya di tatoo dengan imej najis.

Rossie Brovent menuntut £60,000 (RM195,000) sebagai ganti rugi dari Ryan Fitzjerald.

Rossie yang berasal dari Dayton, Ohio, Amerika Syarikat, mahu salah satu daripada adegan daripada filem trilogi Narnia diabadikan di belakang tubuhnya.

Bagaimanapun sebaik saja dia menanggalkan baju, satu imej longgokan najis dengan hurungan lalat telah pun terlukis di belakang badannya.

Ryan yang juga seorang artis tatoo bertindak begitu kerana bertindak balas ke atas Rossie yang didapati telah menipunya kerana menjalinkan hubungan dengan rakan baiknya.

Rossie pada mulanya cuba untuk mendakwa bekas teman lelakinya itu dengan dakwaan melakukan kekasaran ke atasnya, tetapi masalahnya dia telah menandatangani borang persetujuan yang menyatakan bahawa reka bentuk tatoo adalah mengikut budi bicara artis.

Beliau berkata: "Dia telah menipu saya dengan memberikan minuman sebotol wain murah dan beberapa tegukan tequila sebelum saya menandatangani perjanjian itu dan mendapat tatoo ini.


"Sebenarnya saya telah pengsan dan tidak sedarkan diri sepanjang masa ketika tatoo itu dibuat, dan apabila saya sedar imej mengerikan ini sudah berada di belakang saya."



Kredit : The Sun
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks