blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

TERKINI : Memorendum BANTAHAN Penggubalan Akta Perhimpunan Aman BERJAYA DISERAHKAN

Tuesday, November 29, 2011
Lim Chee Wee bersama sembilan lagi wakil Majlis Peguam berjaya menyerahkan nota bantahan mereka sebentar tadi.

Peguam-peguam di seluruh negara yang berada di bawah naungan Majlis Peguam Malaysia sebentar tadi berjaya berhimpun di Kelab Taman Perdana Diraja, Kuala Lumpur bagi meluahkan bantahan terhadap penggubalan Akta Perhimpunan Aman 2011 dan seterusnya berarak ke Parlimen untuk menyerahkan memorendum bantahan mereka.

Rang undang-undang itu akan dibahaskan di Dewan Rakyat hari ini untuk bacaan kali kedua dijangka akan diundi pada malam ini.

Menyifatkan rang undang-undang itu akan merampas hak rakyat yang dijamin oleh perlembagaan, Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee berkata peguam di seluruh negara tidak sepatutnya hanya menyaksikan kebebasan rakyat disekat tanpa membuat sebarang tindakan.

Majlis Peguam Malaysia telah mengerahkan anggotanya supaya berkumpul di Kelab Taman Perdana Diraja pada hari ini dan berjalan kaki menuju ke Parlimen sebagai menunjukkan bantahan mereka.

Perarakan yang dinamakan ‘Walk for Freedom’, itu menyaksikan lebih 1000 peguam-peguam dan orang ramai yang menyokong bantahan ini berjalan sejauh kira-kira dua kilometer menuju ke bangunan Parlimen bermula jam 11.30 pagi tadi. Kumpulan yang menyokong Majlis Peguam terus melaungkan: "Bebas, bebas! Bebas himpun!"




Lebih 1000 peserta yang menyertai perarakan ini.


Sekatan polis di hapadan bangunan Parlimen.


Walaupun terdapat sekatan polis di luar bangunan Parlimen, namun 10 wakil akhirnya telah dibenarkan masuk untuk menyerahkan memorendum bantahan itu.

Kita nantikan pula siapakah MP yang ponteng malam ini ketika sesi pengundian dijalankan.
Read Full 1 comments

Suami Saya BILAL MASJID : Syella Kamaruddin



Woooo..minta ampun minta maaf. Nanti dulu. Rupa-rupanya suami Syella bukanlah bekas Ketua Polis Musa Hasan.

Menurut sumber dari media-media hiburan :
- Perkahwinan mewah Syella Kamaruddin bernilai RM15 juta tanpa tajaan daripada mana-mana pihak.
- Syella Kamarudin juga mengakui bahawa dia menerima hantaran berupa sebuah banglo bernilai RM5 juta.
- Suami Syella turut memberikan kereta Audi R8. Mini Cooper itu hanya digunakan sementara kerana kereta Audi itu masih belum sampai.


Fakta mengenai harga kereta :

Harga semasa Mini Cooper – RM195,000
Harga semasa Mini Cooper S – RM250,000
Harga semasa Audi R8 – RM800,000 Audi R8 G



Syella turut berkata bahawa dia tidak kisah apa tanggapan orang ramai mengenai pembaziran kerana baginya perkahwinan adalah sekali dalam seumur hidup.

“Saya tak rasa perbelanjaan ini membazir kerana saya berpendapat perkahwinan hanya sekali seumur hidup. Saya tidak kisah apa orang hendak kata, yang penting semua perbelanjaan itu saya dan suami keluarkan sendiri. Bukan tajaan mana-mana pihak, saya membelanjakan kira-kira RM800 ribu manakala selebihnya daripada suami saya.”


Fuh!!!...kayonya bilal mesjid.
Read Full 5 comments

BMW Dicuri Bersama ANAK LELAKI Yang Ditinggalkan Dalam Kereta

Kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun ini ditenangkan oleh pasangan ibu bapanya setelah ditemui

KUALA LUMPUR 29 Nov. - Tindakan seorang lelaki meninggalkan anaknya dalam kereta yang tidak dimatikan enjin membawa padah apabila kenderaannya itu dilarikan seorang lelaki.

Kejadian mencemaskan itu berlaku di Taman Perindustrian Kepong pukul 9.30 pagi semalam ketika mangsa yang berusia 37 tahun singgah di sebuah kedai untuk membeli sarapan.

Dia yang membawa seorang anak lelaki berusia 5 tahun meninggalkan kereta jenis BMW dipandunya itu di hadapan deretan rumah kedai di kawasan tersebut.

Bagaimanapun, ketika kembali ke kereta, mangsa terkejut setelah ternampak seorang lelaki berada di dalam keretanya. Sebaik sahaja ternampak mangsa, lelaki itu segera memecut kereta berkenaan membawa bersama anak lelaki mangsa.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Supritendan Rosly Hassan berkata, cemas dengan kejadian itu, mangsa meminta bantuan orang ramai dan meminjam sebuah motosikal penduduk untuk mengesan kenderaannya.

Bagaimanapun, katanya, setelah hampir sejam mencari, mangsa gagal menemui keretanya dan membuat laporan di Balai Polis Kepong.

Berikutan itu, gerakan mencari dilakukan dengan bantuan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul.

"Kanak-kanak itu kemudian ditemui dan menurut saksi sebuah kereta jenis Nissan berwarna perak dilihat menurunkan kanak-kanak itu di sebuah kawasan perumahan Bandar Baru Sri Damansara kira-kira pukul 11.30 pagi," katanya.

Tambah Rosly, usaha mencari dan memburu suspek diteruskan pihaknya sehingga berjaya menangkap empat individu termasuk seorang wanita yang dipercayai suspek yang bertanggungjawab meninggalkan kanak-kanak itu.

Katanya, kesemua mereka yang berusia antara 21 hingga 34 tahun ditahan di sebuah hotel di Sungai Buloh berdasarkan pengecaman kenderaan yang digunakan mereka ketika meninggalkan anak mangsa.

Ketika ini, kata Rosly, polis masih mengesan kereta BMW milik mangsa dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 363 dan 379A Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan agar tidak meninggalkan ahli keluarga dan kenderaan dalam keadaan enjin dihidupkan kerana ia memberi peluang berlakunya jenayah.
Read Full 1 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks