blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Bahagian Kiri Jururawat TERBURAI DIGILIS LORI

Tuesday, November 22, 2011
IPOH, 22 Nov -- Seorang jururawat maut dalam keadaan mengerikan dengan bahagian kiri badannya terburai selepas motosikal yang ditunggang bersama suami digilis sebuah treler di persimpangan Jalan Raja Musa Aziz, di sini, semalam.


Mayat seorang jururawat dibawa ke hospital setelah maut dalam keadaan mengerikan dengan bahagian kiri badannya terburai selepas motosikal yang ditunggang bersama suaminya digilis sebuah treler di persimpangan Jalan Raja Musa Aziz, di sini, semalam.


Suami mangsa (kiri) tidak dapat menahan kesedihan setelah mayat isterinya dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk bedah siasat.

Dalam kejadian jam 8.50 pagi, mangsa, Liew Suet Foong, 50, yang membonceng motosikal suaminya, Cheow Seng Yee, 62, dalam perjalanan dari rumahnya di Silibin ke tempat kerja di klinik swasta, Jalan Raja Ekram di sini.

Pemandu treler berkenaan dipercayai tidak menyedari motosikal pasangan berkenaan di bahagian kiri jalan ketika membelok masuk dari Jalan Tun Abdul Razak.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah, Deputi Superitendan Wan Sharuddin Wan Omar berkata, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian badan.

Kredit : Bernama
Read Full 3 comments

Dua Penyokong Indonesia MATI Kerana KUNCI Ambulans HILANG

Polis membawa keluar seorang penonton yang pengsan pada perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA 2011 malam tadi.


JAKARTA – Kepedihan warga Indonesia malam tadi semakin bertambah apabila menerima perkhabaran dua penyokong fanatik mereka terkorban di sektor 15 Stadium Utama Gelora Bung Karno (SUGBK) kerana dipijak penyokong lain.

Maklumat yang diperolehi dari pasukan perubatan, salah seorang mangsa dikenali sebagai Reno Alvino, salah seorang drummer band DOT. Manakalan seorang lagi masih belum dikenal pasti.

Peristiwa tragis tersebut berlaku di salah satu pagar di Sektor 15 yang sesak sehingga kedua-dua mangsa yang berada di antara ribuan penyokong terjatu dan dipijak-pijak penonton lain.

"Seorang bernama Reno Alvino dan yang lainnya belum diketahui. Semuanya telah dibawa ke RSCM,", katar Adjie Kurnanto, salah seorang pasukan perubatan yang ditemui di lokasi kejadian, Isnin (21/11/2011)

Keduanya sempat dibawa ke hospital, tapi proses membawa mangsa keluar daripada stadium tertunda karana kunci ambulans yang paling hampir hilang. Sementara itu, ia terpaksa mengambil masa yang lama untuk meminta bantuan ambulans yang lain. Selepas perjalanan dimulakan, proses kelancaran membawa mangsa keluar juga turut terganggu kerana masalah kesesakan lalu lintas di sekitar stadium yang teruk.

Sebelum itu sudah ada 6 mangsa yang mengalami kecederaan ringan dan berat akibat keriuhan ketika berlangsungnya pertandingan akhir bola sepak Sukan SEA 2011. Semua mangsa dibawa ke Rumah Sakit Angkatan Laut (RSAL) Mintohardjo.
Read Full 0 comments

KALAH Bola Sepak, Indon GODAM Laman Web MALAYSIA

Nampaknya kemarahan penyokong pasukan bola sepak Indonesia tidak dapat dibendung lagi. TERKINI mereka melampiaskan kemarahan gara-gara kalah di dalam pertandingan akhir penentuan pingat emas acara bola sepak di Sukan Sea 2011 dengan menggodam salah sebuah laman web berita http://www.harianmalaysia.my/ dengan mesej ugutan bahawa pemain bola sepak Malaysia tidak akan dapat kembali ke tanah air dengan selamat. Laman web ini diserang oleh penggodam Indonesia dengan nama samaran Rhie Bj.


Walaupun Indonesia mendahului senarai pungutan pingat keseluruhan namun mereka tetap tidak dapat menerima kekalahan di dalam acara bole sepak. Betul kata orang bahawa acara bola sepak adalah acara 'ibu emas'. Walaupun menang keseluruhan namun tewas dalam acara bola sepak, ia sesuatu yang memalukan. Apatah lagi kekalahan Indonesia di tanah sendiri ini sekaligus mematahkan hajat mereka untuk memadam 'kutukan' 20 tahun tanpa emas di dalam acara bola sepak berbanding Malaysia yang berjaya mempertahankan emas yang dimenangi di Laos sebelum ini. Apa yang termampu pasukan Indonesia katakan di atas kekalahan ini ialah kerana faktor 'keletihan'.



Read Full 4 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks