blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Lelaki MENGAMUK DI SURAU Kerana Masalah Rumahtangga & Kewangan

Friday, November 18, 2011
DUNGUN, 17 Nov -- Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan, Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Paya Besar, Mohd Zukkifli Yaman (kanan) memujuk seorang lelaki yang mengamuk dipercayai mempunyai masalah kewangan dan rumahtangga di Kampung Balai Besar di sini, hari ini.


Orang ramai membantu pihak polis menangkap seorang lelaki yang mengamuk dipercayai mempunyai masalah kewangan dan rumahtangga di Kampung Balai Besar di sini, hari ini.


Orang ramai bergotong-royong membersihkan cermin Surau Ustaz Daud yang dipecahkan oleh seorang lelaki yang mengamuk dipercayai mempunyai masalah kewangan dan rumahtangga di Kampung Balai Besar di sini, hari ini.

Dalam kejadian hampir 11 pagi tadi, dua cedera manakala cermin enam buah kenderaan rosak apabila lelaki yang bersenjatakan sebatang cangkul pendek mengamuk.

Kredit : Bernama
Read Full 2 comments

SUAMI SYAHRIZAT Muncul, Tapi Lain Pula Ceritanya


Salleh Ismail, suami kepada Ketua Wanita Umno, Shahrizat Jalil, menerima RM250 juta untuk membangunkan industri lembu di Malaysia tetapi menggunakan dana tersebut untuk pembelian dua pangsapuri mewah di Bangsar.

Terperangkap dengan perbuatannya itu, beliau mendiamkan diri selama beberapa hari sebelum akhirnya muncul hari ini bagaikan cacing keluar dari bawah batu yang lembap, cuba untuk mempertahankan diri terhadap penyalahgunaan ini untuk mendapatkan kepercayaan orang ramai berikutan skandal NFC. Beliau dengan diiringi oleh peguam kegemaran Umno, Shafee Abdullah, yang mana kehadirannya itu menjadi 'tanda' beliau seorang yang bersalah.

Berdasarkan alasan dan logik Salleh ia mendapatkan pinjaman beratus juta ringgit dari dana awam, yang didakwa untuk menjalankan beberapa projek demi kebaikan awam. Kemudiannya ia berbelanja besar dengan sesuka hatinya.

Mengapa kerajaan Malaysia akan memberi kekuasaan penuh kepada NFC untuk mengeluarkan dana awam yang kemudiannya akan disalurkan kepada tujuan selain daripada tujuan asal ia dikeluarkan. Bukankah ianya merupakan jenayah pecah amanah?.

Terdapat fakta bahawa RM800,000 telah dibelanjakan untuk perjalanan 'pengarah' NFC, yang juga adalah anak kepada Shahrizat. Salleh Ismail mengumumkan bahawa mereka tidak menaiki penerbangan Kelas Pertama. Adakah ini bermakna mereka telah menaiki penerbangan Kelas Perniagaan dengan dana awam?. Ini menimbulkan kemarahan ramai. Eksekutif MNC yang berpendapatan berbilion-bilion ringgit pada hari ini juga menaiki penerbangan ekonomi. Sudah tentu, lebih banyak penyelewengan 'derma' kepada ahli-ahli politik Umno ini dengan wang yang dibayar oleh Shahrizat Jalil di antara mereka.

Salleh Ismail juga mempertikaikan laporan Ketua Audit Negara yang mengatakan projek NFC sebagai satu kegagalan. Walaubagaimanapun Salleh sendiri mengaku ia membeli lembu dari Australia dan kemudian menjualnya semula. Ini adalah apa yang NFC lakukan. NFC memberi lembu makan sebelum ia dijual. Inilah 'rahsia' kaedah untuk membangunkan industri lembu Malaysia.

Sepanjang Salleh memberikan alasan, dia turut membandingkan projek lembunya dengan pokok-pokok sawit. Beliau juga mendakwa akan berjaya menghasilkan 60,000 ekor lembu pada tahun 2015. Sudah tentu boleh, dengan membeli lembu dari Australia, tidak syak lagi.

Lembu yang ditunjukkan dalam TV juga kelihatan bersesakan, berlumpur, kelihatan tidak selesa dan sengsara. Jelas jabatan perkhidmatan veterinar perlu menyiasat NFC terhadap penganiayaan haiwan, serta masalah kebersihan. Seperti mana SPRM sepatutnya perlu juga menyiasat NFC berkaitan isu rasuah.

Malah, ia seolah-olah hanya akan dapat diselesaikan dengan diwujudkan satu Suruhanjaya Siasata Diraja untuk menjawa semua persoalan yang dilemparkan oleh skandal NFC ini.

Sekali lagi, kita kembali kepada persoalan pengawasan. Bagaimana Kementerian Pertanian tidak berbuat apa-apa tentang semua skandal terhadap NFC ini?. Bagaimana Kementerian Kewangan tidur di tempat kerja dan tidak menyedari apa yang sedang berlaku?

Menteri Kewangan adalah Najib Razak, yang juga Perdana Menteri. Beliau adalah dua kali ganda bertanggungjawab. Akhirnya Najib juga yang bertanggungjawab ke atas kemarahan yang dilakukan ke atas pembayar cukai Malaysia.

Bagi Shahrizat Jalil, jika dia mempunyai sedikit pemahaman tentang konsep akauntabiliti atau jika masih mempunyai sebarang rasa hormat, beliau akan meletak jawatan sekarang. Tapi nampaknya ia tidak akan berbuat demikian. Pernahkah anda dengar mana-mana Menteri BN yang mengambil tanggungjawab terhadap kesalahan yang dilakukan dan meletak jawatan?
Read Full 1 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks