blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

BERATUR Dari Jam 4.00 pagi Untuk Beli TIKET Malaysia VS Indonesia

Thursday, November 17, 2011
Warga Indonesia bersesakan untuk membeli tiket pertandingan bola sepak Sukan SEA 2011 antara Pasukan-U23 Indonesia melawan Pasukan U-23 Malaysia yang mulai dijual di beberapa kaunter di Kompleks Stadion Utama Gelora Bung Karno, Senayan, Jakarta, Khamis (17/11).

JAKARTA - Hangatnya pertembungan di antara Indonesia dan Malaysia di dalam Sukan SEA 2011 sehingga tetap dibanjiri peminat Indonesia, walaupun Indonesia sudah layak ke final.

Ribuan penyokong telah beratur untuk membeli tiket pertandingan antara pasukan U-23 Indonesia dengan pasukan U-23 Malaysia sejak pukul 06.00 pagi waktu tempatan.

Walaupun kauter tiket hanya akan dibuka pada jam 10.00 pagi, penonton yang ingin membeli tiket pertandingan tersebut rela berkampung di hadapan kaunter sejak awal pagi. Mereka beratur di kaunter tiket di Silang Selatan seberang Hotel Atlet Century hingga memasuki ke jalan raya.

Salah seorang penyokong Indonesia paling hadapan barisan mengaku keluar dari rumahnya pada jam 4.00 pagi. Semuanya dilakukan demi menyokong perjuangan Garuda Muda Indonesia.

Pertandingan antara Indonesia dan Malaysia akan berlangsung pada jam 7.00 malam waktu tempatan (8.00 malam waktu Malaysia) dalam pertemuan terakhir Kumpulan A dimana Indonesia sudah memastikan diri melepasi ke semifinal. Jika ingin menjadi juara Kumpulan A, Indonesia hanya memerlukan 1 mata sahaja.
Read Full 0 comments

Lelaki Menang Magnum 4D RM10.4 Juta SERAH Pada ISTERI

PETALING JAYA: Seorang lelaki yang memenangi hadiah kedua Magnum Jackpot 4D sejumlah RM10.4 juta pada ulangtahun perkahwinannya yang ke-20 telah menyerahkan semua wang kemenangan itu kepada isterinya.

"Pada hari saya menjadi jutawan, ia juga merupakan hari ulang tahun perkahwinan saya. Jadi saya memutuskan untuk menyerahkannya kepada isteri saya - yang telah setia bersama saya selama ini - semua kemenangan untuk segala yang dilakukannya selama ini," kata lelaki berusia 40an itu.

Lelaki itu adalah salah seorang daripada dua individu yang memenangi hadiah jackpot kedua, masing-masing menerima RM10,434.006.

Oleh kerana tiada pemenang hadiah pertama maka apabila jumlah jackpot melebihi RM30 juta, RM10, 256.321 telah diberikan kepada pemenang hadiah kedua, menjadikannya jumlah melebihi daripada RM100, 000 hingga RM10,434.006.

Kombinasi yang dimenangi di tempat kedua 7373 (Hadiah Ke-3) + 8958 (Hadiah Khas).

"Saya telah membeli nombor-nombor ini (7373 + 8958) untuk tempoh yang agak lama kerana ianya mempunyai makna khas kepada saya," katanya.

Hadiah pertama jackpot bernilai RM29,519.142 telah dimenangi pada 20 Ogos oleh seorang pesara berusia 71 tahun, yang telah memilih kombinasi yang unggul 2273 + 8803.

Kredit : The Star


Ehem, ehem. Pada yang Muslim jangan cuba-cuba main no ekor. Nak kaya kena berniaga. Macam mana nak kaya cepat dengan meniaga, pergi niaga LEMBU. Tak caya tanya Shahrizat : Author Faethal
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks